:: Janji Terpatri ::

Assalammualaikum WBT

Allah, lamanya meninggalkan teratak usang ni. Rindu sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Apa kabar orang Sabah?
Apa kabar orang Semenanjung? *sahabat-sahabat tercinta PLKN, MM dan FB*
Apa kabar orang Sarawak? *sihat...jawab sendiri..hikhikhik*
Apa kabar orang Rusia? *kekasih hatiku disana...rindu padamu sayang T_T*
Apa kabar saudara-saudara di Palestin?? -_- *doaku untukmu*
Apa kabar semua?????????????? ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baca cerita seterusnya ya ^_^

“ada rumah sewa sudah ka?”

“belum ade lagi..tengah mencari”

“nah..ok la tu. Rumah sewa saya ada satu kosong”


Inilah detik pertemuan saya dengan Kak Syuhada. Kenal dia sambil promote bilik sewa. Alhamdulillah bertambah lagi seorang kawan. Terus minta no phon kak syuhada ni.

Esoknya, saya dengan kak Abot ambil la Kak Syuhada ni di asrama pelatih. Aduh ciannya tengok dia. Beg dia besar! Kesian saya tengok dia angkat beg tu. Heran bin ajaib juga. Apa la isi dalam beg besar macam tu. Saya pun muat juga tambah kak Ada sekali pun masih muat. hehehe.

Kak Syuhada tidak tengok bilik lagi, dia terus terima masuk dalam rumah tu. Mungkin sebab dia percaya sama kitorang ni kot..kot..hehe. tapi ya la, Saya faham perasaan orang yang first time duduk jauh. Lebih-lebih lagi negeri yang tidak pernah disangka-sangka. Tiada kaum kerabat pula tu. Huu!!

Tapi kehadiran kak Syuhada ni banyak buat saya gembira. Almaklumlah ada juga teman bicara. Ada juga teman berkongsi cerita. U ol tahu ka, kak syuhada cakap first time jumpa saya dia ingat saya ni pegawai!

Wow!! Ada muka pegawai ka? insyaAllah satu hari nanti. Amiin ^_^. Sebenarnya saya ni kerani biasa saja. Siap orang jadikan teka teki lagi.  ‘sebanyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?’. Jawapannya ‘keraNI’. Terima kasih cipta teka teki ni. Lucu juga but saya ni bukan la kera ^_^

Lama kelamaan, saya dengan kak syuhada ni boleh masyuk. Kira kepala kitorang 2 x 5. Suka buat lawak, suka ketawa, suka bercerita. Banyak la. Itu ini kami cerita. Saya banyak share kisah-kisah silam saya dengan kak syuhada ni. Hehe so, jan heran kalau tiba-tiba  jumpa kak syuhada dia sudah banyak tahu tentang kamu. Terutamanya Sue, Nas, Lar, Dayang, Su, Fi, Syira, Kila, Kak Ajlaa, Kak MM..sepa lagi?? Ramai la.

About si….ya..itu la.. hehe pun kak Ada tahu. Kira saya share cerita dari zaman budak-budak sampailah sekarang ni. Kak syuhada pun share juga tapi kehidupan kak syuhada berbeza dari kami. Time sekolah dulu-dulu kak syuhada dan kawan-kawan dia budak baik. Bukan macam kami ni. Ada jak kes yang timbul. Kan kawan-kawan yang sewaktu dengannya?? Hikhik Tu pasal banyak kisah lucu, sedih, gembira, pahit, manis, masam, pedas, masak kari, masak rending.. eik!!! Apa kes masuk bab makanan ni?? *ketahuan pemilik belog kuat makan +_+*

Tak kering gusi kak syuhada dengar cerita saya. Biasanya saya yang banyak cerita. Kak syuhada banyak ketawa lepas tu ada la ulasan dari dia. Masa bagi ulasan tu pula, siap dia pula buat lawak. Haha. Sweet kakak ni. Antara anugerah terindah dari Allah untuk haye juga. Ops!!! Haye??? Hehehe..shutttttttt.

Kak syuhada pun selalu cerita tentang life dia. Kalau lucu saya ketawa. Kalau sedih, saya menangis. Dalam hati jak la. Tetiba pulak emosional depan kak syuhada. Nda pasal-pasal kak syuhada nangis juga. Apa kes!! hahaha. Nda la, selama kenal kak syuhada lebih dari 8 bulan ni, kak syuhada seorang anak yang tabah, baik, taat. Eh, jeles la ^_^

Kak syuhada banyak ajar saya. Doa naik kenderaan. Mengaji Quran. Ajar itu ini. Ops!!! Ajar itu ini?? Apa tu?? Haha. Ada la bha tu. Takkan mau tau juga kan. Hehe. Ok ok, ajar tentang solat, ajar tentang sahabat, ajar tentang hidup, ajar tentang….banyak la. Kalau dijadikan cerita, memang tidak cukup menaip seharian. Capek deh!

Mau tahu, masa belajar doa naik kenderaan, kak syuhada ni di antara sahabat yang banyak bersabar la dengan karenah saya. Saya ni sudahlah seorang yang mudah lupa. Tapi Alhamdulillah, akhirnya saya sudah pandai baca doa naik kenderaan. Korang sudah hafal ka? Kalau belum dan perlukan seseorang untuk ajar, just tulis nama pada ruang komen. Nanti saya bagi tempat kak syuhada. Haha…abis la saya ni kena dengan kak syuhada. *Kantoi*

Oh ya, pasal tulis nama diruang komen tu saya main-main saja. Tak pasal-pasal kak syuhada mengamuk dengan saya. Haha. I’m cory kak Ada ^_^.

Time belajar ngaji lagi best. Garang beb!! Tapi best. Saya ni asyik tersengeh. Kadang-kadang keluar juga ketawa gaban saya. Tidak tahan bha. Kak syuhada tetap sabar melayan karenah saya ni time mengaji. Kak syuhada ajar dari mula. Alif, Ba, Tha.. lucu. Lepas tu kena suruh baca tulisan jawi pula.

Masih ingat la ayat jawi yang kak syuhada tulis tu. Mau tau apa? Mau tau ka? Kalau mau tahu, angkat tangan macam saye ni..kite bako…bako…bako…ops..alamak tesasar suda. Ini semua terikut-ikut hantu kak limah la ni.hehehe.

Ish, banyak la kenangan kitorang. Ops!! Ok ok saya tidak lupa. Nak tau kan apa yang kak syuhada tulis dalam ayat jawi tu? Jeng jeng jeng. Sediakan tisu. Nanti nangis. Haha. Tiada la. Gurau saja. Ok, mau tau ka? *oi!! Cepat la kami mau tau suda ni…*

*mak ai…marah pulak da…*

Kak syuhada tulis….

~di keheningan malam…tafakur di ke syahduan…………….~

Itu saja sebenarnya. *La…ingatkan apa*

*yang ko ingat apa? Kata pujangga?* hehe.

Kalau isnin dan khamis, kitorang puasa. Sunnah ^_^. Lepas tu, ada masa kitorang baca yasin sama-sama. Ataupun ajar saya mengaji quran. Lepas tu kitorang buat usrah. Usrah kami tiap-tiap hari. Tidak akan lepas. Tapi usrah kami ni bersifat santai. Yang biasa-biasa saja, mengikut kemampuan ilmu yang kami ada.

Maksud saya tiap-tiap hari, hmmmmmmmm macam ni dalam sehari kami mesti share something yang terjadi dekat ofis, atau apa-apa saja. Jadi, secara tidak langsung terjadilah usrah keci-kecilan diantara kami. Ada faham??

Kalau bab makan, ha…. Roti canai itu febret kami. Roti canai double. Kadang-kadang triple. La, lantak kami la mau makan banyak mana. Kami bayar sendiri ma.. *ganas nya ayat. Tak leh sopan sikit ke?* ops. Maaf la, ter’ganas’ pulak.

Biasanya roti canai NONO yang jadi pilihan. Promote sikit, ok kalau korang gi sri aman kan…carilah kedai NONO CAFÉ. Berhadapan dengan balai Polis. Kedai NONO ni sebangunan dengan bangunan tabung haji dan baitulmal. Sila-sila datang. Kalau dah datang tu, jangan lupa ajak saya dan kak syuhada sekali. Hihi

Oh ya, hari tu saya, kak syuhada dan kak atik ikut kursus pra-perkahwinan. Ok la juga kursus tu. Tapi ya lah, sudah namanya manusia kan. Ada saja kelemahan dan kesilapan yang terjadi. Kami sebagai peserta redha saja dengan kekurangan yang ada. Kelebihan disyukuri, kelemahan diterima ^_^

Eh, nak story mory apa lagi ya pasal kakak seorang ni? Oh ya, kan saya ada kata tadi yang saya selalu story mory about sahabat-sahabat saya. Jangan risau sahabatku, cerita yang molek-molek blako. Kalau ada yang tidak molek dan tercerita, maafkan diriku ini T_T.

Eh, kenapa pula emo ni. Dah-dah.. jangan menangis. *kata si hati*

*ting *ting *ting

Nampaknya masa mencemburui saya. Izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.

*opsssss…terbawa-bawa pula…* maaf maaf maaf.

Hehe. Ok sampai sini saja la story mory saya tentang sahabat saya ni Norsyuhada Abd. Muri. Jumpa dilain hari yang belum pasti. Hehehe

~yati yang selalu buat kak Ada bengang, ketawa, sedih, kecewa, sakit hati DLL~







*kenangan bersamamu ^_^*

~kasihan kak Ada, ada adik macam haye. Suka sangat berposing. Terpaksa la kak Ada pun ikut sekali adik dia ni berposing. Adik dia ni pulak ajar si kakak posing.~

"kak Ada, kak Ada tengok macam ni. Tengok arah tu. Jangan tengok kamera ni. Ala-ala candid gitu."

"yati..akak malu la.. Cepat tau"

"sabar la. Mesti amik cantik-cantik."

"Dah ke?"

"bulum!!!!! tengok ni blurrrrr. Sekali lagi!!!"

"tak nak..tak nak..akak malu la. Orang pandang tu.."

"ish...biar la bha orang tu. kak Ada tutup mata la. Hahaha"

~kak Ada ni pemalu orangnya~

*ye ke pemalu?? tengok sikit muka tu?? hikhikhik*





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers