:: Si Cengeng ::

Assalammualaikum wbt dan Salam cinta dari hamba ..

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berada didunia yang sementara ini, untuk dipinjamkan kenikmatan yang menguji erti kesyukuran kita. Mari sama-sama mengucapkan hamdalah “Alhamdulillah” untuk nikmat sihat dan iman ini. Tidak semua manusia beruntung dapat menikmati dan merasai kasihNYA.

Ayuh sama-sama kita saling mendoakan. Semoga nikmat iman dan islam ini akan terus menemani kita sehingga liang lahad menyeru nama kita. Jangan pernah lupa untuk mendoakan insan-insan disekeliling kita agar mereka juga diberi nikmat iman dan islam.

Pesanan ini buat diriku yang utamanya,

“Adalah lebih baik mendoakan dia diberi hidayah dari mengutuk perbuatannya, adalah lebih baik mendoakan moga dia istiqomah dari memuji kebaikannya”.

Iya, sudah tiba masanya kita jangan asyik mencari kesalahan dan kesilapan manusia. Terutama kesalahan orang disekeliling kita yang sangat akrab dengan kita. Kalau kita asyik mencari kesalahan manusia, saya yakin kesalahan dan kesilapan itu akan sentiasa ada kerana manusia itu lumrahnya tidak sempurna. Itulah fitrah kejadian kita. Oleh itu, sebaiknya kita mendoakan dirinya. Siapa tahu dia lagi tinggi darjatnya disisi Allah berbanding kita.

8888888888888888

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya diawal pagi tumpah juga gugusan air jernih dari empangan yang sering pecah!

Hati berbisik “ya Allah, kenapa perlu menangis untuk satu perkara yang kecil”

Sejak kebelakangan ini, hati sangat sensitive pada perkara-perkara kecil. Perubahan hormon?  Tidak mungkin, belum lagi masanya. Tapi kenapa terlalu lemah hati untuk menempuhi sekecil-kecil perkara.

Pagi tadi, banyak yang terjadi. Mencuba untuk bertahan, akhirnya menangis juga. Ish cengengnya! Saat itu, suara kakak lah yang saya dambakan. Talifon terus dicapai. Mencari nama kakak untuk didail. Alhamdulillah, akhirnya teknologi canggih dengan bantuan Kuasa Allah menyatukan hati-hati ini. Syukran ya Allah.

Kumulakan dengan salam cinta buatnya, mencuba untuk bertahan agar tangisan ini tidak dikesan. Tapi naluri sedarah sedaging tidak mampu dibohongi.

“Kenapa macam menangis suara ni Dui??” Menangis ka ni?”

“Eh tidak la. Mana ada. Biasa seja pun”

“Kenapa ni? Ada masalah? Cerita la.”

Saat itu, tangisan tidak lagi mampu untuk aku bendung. Kubiarkan mata yang memandang. Tidak peduli dengan lirikan mata teman sekerja. Tidak peduli talifon berdering atas meja. Tidak peduli kerja-kerja yang meminta agar disiapkan segera. Yang menjadi tujuanku saat itu, menangis dihadapannya kerana aku tahu, aku ada dekat dengannya. Lebih dekat dari hati yang merindu. Aku merasa dakapan itu sangat erat untukku.

Satu persatu kuluahkan. Panjang lebar aku berbicara. Air mata yang tumpah kubiarkan mengalir dipipi. Tidak disentuh, tidak dilap. Allah, kumerindui saudara kandungku!!

Poi, Erna, Odea, Boi, Ndung, Apik

Sangat rindu, tersangat rindu. Rindu berkumpul dan mengingati memori yang menjadi kenangan terindah dalam hidup kami. Saling berkongsi cerita.

Poi, dengan cerita lucu, dilumur bubur bercampur kicap dimukanya.
Erna, masih teringat bibirnya yang membengkak kerana terhantuk kepala keras jiran sebelah ketika bermain.
Odea, dengan botol susu kesekolah, menangis tatkala digelar dirinya anak bekas tentera Jepun.
Boi & Apik, lawaknya yang membuat keluarga tak kering gusi.
Ndung, aduh!!!! Aku sangat merinduinya. Ketika kecil sentiasa bersama, baju sama hingga kami dikatakan kembar. Allah..

Ya Allah, berkati dan rahmati keluargaku T_T

Si kakak mula membuka mulut, ku amati nasihatnya

“Dui, biarkan saja mereka membuatmu seperti itu. Apa yang penting, buatlah kerja-kerja seperti yang diminta. Jangan mengeluh. Percayalah, itu satu ilmu buatmu. Kalau bukan kau, siapa lagi yang menyiapkan kerja-kerja semua tu? Orang sabar itu kan ada ganjarannya. Rajinlah bertanya kepada yang lebih tahu, insyaAllah itu membantumu. Hadirkan senyuman tika dirimu dilukai. Kalau tidak dapat ditahan rasa hati, carilah tempat yang sunyi supaya tidak terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya. Pergilah ke surau. Bersihkan diri dengan wudhu, solatlah. Itulah sebaik-baik penenang. Semalam saya pun hampir bertengkar dengan pengiring yang bawa kami. Kalau semua mahu bersuara, kedamaian susah kita dapat. Saya ambil keputusan untuk keluar dari bilik. Bukan kerana protes tapi mencari ruang untuk muhasabah. Siapa tahu, kita punca utama. Akhirnya saya jumpa surau, disana segalanya saya luahkan. Menangis dihadapannya. Apa yang saya dapat?? Ketenangan. Bila balik bilik, Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik. Boleh berbincang bersama. Yakinlah, Allah mendengar doa hambanya. Sudah, jangan nangis lagi. Doakan yang terbaik.”

Allah.. tenangnya hati ini disirami kata-kata nasihat dari kakak terchenta.

“Hello!! Itu la, saya suruh buat asaimen tu awal-awal, tapi ko buat lambat-lambat. Tengok apa sudah jadi? Beginikah mahu jadi pelajar yang cemerlang. Hahahahahaha”

Aduh, adikku ini membuatkan aku ketawa.

“ok cikgu. Pik, macam mana diatas pentas tadi? Jadi peserta pertama pula tu. Apa-apa pun, semoga Allah permudahkan. Harap-harap dapat masuk final.”

“Aik..alhamdulillah ok juga. tapi nebes la juga. bergegarrrrrr.”

“insyaAllah, nanti tu ok juga. Amiin. Ok, jaga diri. Assalammualaikum warohmatullah”

“Waalaikummussalam. Jangan nangis…hahahahahaha”

Tut…tut…tut…tut…

Semangat!!!

Erna, na….rindu mahu kumpul ramai-ramai. Cerita itu ini. Jom balik sabah  =_=


Lepas saja menangis, air mata aku lap. Semangat mahu siapkan kerja. Perut sudah meminta untuk diisi, tapi ditangguh dahulu kerana ada yang lebih penting dari perut yang insyaAllah boleh diisi bila-bila saja.

Aku mulakan dengan basmallah.. Berusaha untuk ikhlaskan hati. Menyemak satu persatu perkara yang perlu diisi. Alhamdulillah kehadiran sahabat sekerja meringankan beban. Diberi tunjuk ajar cara-carra mengisinya.

Jam 12.30, Alhamdulillah semuanya siap. Terus ku buka email staff KKM, menghantar email kepada sipeminta laporan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah ^_^

Lapar tidak lagi terasa, hilang begitu sahaja setelah kerja selesai.

Usai solat, kantin menjadi tujuanku. Nasi suda tersedia di dapur pejabat, tinggal saja aku membeli lauk pauk dikantin. Tidak ada menu lain, cucur tulang menarik perhatian.

“Kak Amboi, kamek maok cucur tulang 3 ringgit kei makan nasi”

Kuajak teman-teman lain makan bersama. Alhamdulillah, nasi bertambah dua kali. Eik, dah lapo bebenor.

*dapat gift dari oversea. Comey. Thanks bos ^_^*

Tinta Hati : insyirah yang cengeng @_@

*entry kelmarin. Line slow, hari ni baru dapat publish*

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers