:: Pemilik Belog Yang Pemalas ::

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalammualaikum wbt dan Salam sayang dari Bumi Kenyalang ^_^

Lamanya tidak ‘masak’ dalam teratak ni. Puh!!! Auchoo…….*bersin*…Banyaknya debu. Maaf maaf. Saya datang ni nak sapu sawang yang ‘mengindahkan’ teratak saya. Tarima kasih En.Sawang. Hari ini ‘tugas’ mu selesai. Sila balik ketempat asalmu. Eik…jahat kan saya ni =_=

*virus-virus malas menaip, inilah jadi ^_^*

Alhamdulillah hari ini Allah masih memberI peluang dan ruang untuk saya hidup dibumiNYA. Begitu juga yang sedang ‘menikmati’ ‘masakan’ hangus saya ini. Apa khabar iman kita? Allah, turun naik itulah lumrah kita sebagai manusia. Nama pun tidak sempurna, tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk terus menurunkan saham akhirat kita.

Yuk sama-sama ingat Allah… *hehe versi indon*

Subahanallah…. Walhamdulillah…wala’ilahaillallah…allahuakhbar.. *ulang 3 kali*

Alhamdulillah wa syukurillah.

Senang hati ‘memasak’ bila kita mulakan dengan menyebut asma Allah. Semoga isi dalam ini tidak melalaikan. Almaklumlah, empunya teratak seorang hamba yang sedang ditarbiyah. Jadi, empunya belog masih tertatih dalam agama. Masih banyak yang perlu dipelajari. Mohon teguran dan mohon tunjuk ajar bilamana apa yang dicoretkan menyimpang dari landasan syariat Allah.

Alhamdulillah, siap juga satu kerja ofis. Sepatutnya boleh siap dalam masa sejam, tapi kerana virus-virus malas menyerang, maka tugas sejam boleh siap menjadi dua tiga hari baru siap. *jangan tiru akhlak ini*

Oh ya, tadi kan terjumpa satu ayat ni dari Tunjuk Langit Cinta..jap, copy paste dulu ;-

diberikan masa, daku jadi leka
diberikan waktu, daku tertipu
diberikan rahsia, daku tidak percaya
diberikan ilmu, daku mahu
diberikan cinta ...
daku tanya, siapa gerangannya ?

Amacam ok tak kata-kata ni?? Saya rasa best, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh kak Sha. Saya pun apa lagi, terus copy paste dan jadikan status saya selepas saya siap buat kerja ofis. *buat kerja pun sempat berFB*

diberikan masa, daku jadi leka *ASTAGHFIRULLAH*
diberikan waktu, daku tertipu *INNALILLAH*
diberikan rahsia, daku tidak percaya *LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH*
diberikan ilmu, daku mahu *SUBAHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKHBAR*
diberikan cinta ...
daku tanya, siapa gerangannya ? *WALLAHU'ALAM*

Ada Nampak status ni?? Kalau anda tengok dalam profil saya, kompem anda tidak menjumpainya sebabnya saya kunci profil saya dari tatapan siapa-siapa. Maaf, mungkin itu yang terbaik ^_^

Kalau Nampak, cuba kita kaitkan dalam hidup kita seharian. Allah beri masa, tapi saya terleka. FB seharian sehingga kerja ofis tergendala. Astaghfirullah T_T. Allah beri waktu, tapi saya tertipu dek keseronokan yang sementara. Oleh itu, perlulah kembali kepada Allah. =_=. Allah beri rahsia, *ujian disebalik kesusahan sekarang* tapi saya tidak percaya akan hikmahnya akan datang. Yakinlah duhai hati, tiada daya kekuatan melainkan dengan izin Allah. Allah beri ilmu, Alhamdulillah itulah yang menjadikan kita mengenali nikmat islam.

Allah beri cinta…Tapi siapa gerangannya. Wallahualam. Itu rahsiaNYA ^_^

8888888888888888888888888888888888888888888

Kembara hambaMU :-

5-8 Mei 2011 = Majlis Ilmu yg mengharapkan keredhaanMU, Bintulu (Majlis Tilawah Alquran)

9-11 Mei 2011 = Pencarian ilmuMU dibumi Kuching. (Sistem espkb, ep, baucer, sebut harga)

12-13 Mei 2011 = IlmuNYA ku raih lagi, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching (Perjanjian Konsensi, Pharmaniaga)

14-22 Mei 2011 = Terus menjalankan amanah di MUSB SA.

23-26 Mei 2011 = Jejak iLmu di daerah Betong. (Kursus Kewangan)

27 Mei = Balik sabah atau x????????? =_= Thinking @_@ *tiket belon belum beli lagi*

88888888888888888888888888888888888

Alhamdulillah, semoga ilmu yang bakal dipelajari mampu saya praktikkan dalam jabatan saya. Lepas dari kursus-kursus ni, saya diamanahkan pula untuk buat talk dalam pejabat. Aik.. Manalah saya berani buat talk di hadapan orang ramai even hanya rakan-rakan sekerja. Malu =_=. Semoga diberi kekuatan.

88888888888888888888888888888888888888888

Tazkirah Pagi dari Murabbi,  Surau Hospital Sri Aman.

Tahukan kita semua, kerja ini juga satu ibadah jika kita lakukan Lillah, kerana Allah. Oleh itu, jangan lupa mulakan dengan basmallah. Melangkah keluar sahaja dari rumah, jangan lupa berdoa semoga kerja yang kita lakukan dahulu, hari ini dan akan datang menjadi satu ibadah kita. Jika itu yang terjadi, insyaAllah kerja-kerja kita akan diberkati Allah.

Tinta Hati : sama2 kita menjadikan kerja sebagai salah satu ibadah ^_^


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers