:: Jangan Tangisi Apa Yg Bukan Milikmu ::



Hari ini 12/3/2011 genap 2 tahun jelajah insyirah dibumi Sri Aman. Banyak yang telah insyirah pelajari. Suka duka, pahit manis. Pelbagai peristiwa yang mengajar insyirah. Sujud syukkur padaNYA atas segala nikmat. Tiada kalimah agung yang mampu dilafazkan melainkan kalimah hamdalah 'Alhamdulillah'. Alhamdulillah ya Allah!!

Iya, sudah tiba masanya untuk insyirah menjadi seseorang yang matang. Bukan tangisan yang melemahkan matang, bukan kerinduan yang membunuh kematangan, bukan rasa sedih yang menikam kematangan. Hari ini, insyirah kena bangkit.
Tapi kena ingat juga, menangis itu penting agar terbentuk keseimbangan dalam pembentukan jiwa yang cemerlang.  
Tetapi memahami tujuan menangis itu jauh lebih penting kerana dengannya jiwa akan mencapai kesedaran yang tinggi & proposional. Melaluinya ia akan mengetahui kelebihan menangis seperti  ia tahu kelebihan ketawa.

Untukmu, maaf sekiranya dirimu terluka dangan keputusan yang telah insyirah beri. Bukan niat untuk melukakan. Hati ini terasa lelah dan penat kerana kerap teruji dengan cinta lelaki, insyirah cuba juga sedaya upaya mungkin menepis cinta yang tak halal buat insyirah. Insyirah hargai perasaan setiap insan yang datang pada tetapi insyirah tetap dengan prinsip ‘cinta untuk seorang suami takkan ku kongsi!’.  Kau lebih mulia berbanding insyirah yang hanya insan hina yang cuba meraih redha dimataNya.

Insyirah masti tidak boleh menerima kalian memandangkan hati ini tidak bersedia untuk menerima sesiapa.  Bukanlah niat insyirah untuk menyakiti hati sesiapapun, malah insyirah cukup merasa serba salah bila orang kecewa dan patah hati kerana insyirah.  Ketahuilah insyirah cuma kasihankan kaummu wahai adam kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda

"Tidak ada fitnah terbesar buat seorang lelaki di akhir zaman melainkan seorang wanita"

Insyirah Cuma  takut tergolong dalam golongan yang menjadi fitnah kepada lelaki.  Insyirah tidak mahu melalaikan seorang lelaki yang bakal menjadi mujahid agama.  Betapa berdosanya insyirah jika menjadi punca kejatuhan mereka. Ketahuilah insyirah tidak mengharap yang sempurna kerana insyirah juga srikandi dengan silam yang kelam!!

~Bila segalanya kerana Allah, redha itu melebihi rasa kecewa~

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, atau pilihan hidup kita, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Yakinlah pada kalam suci dari kitab Agung anugeran Allah, Al'Quran nur Karim..

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Tinta Hati --> Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


2 comments:

  1. Berkelana adalah sunnah para ulama dalam menuntut ilmu dan ketinggian.

    ReplyDelete
  2. Jodoh Yang Hilang – Mario Teguh

    Engkau yang cintanya tak berbalas,
    kudengar senandung lirihmu

    Aku melihatmu berjalan dengan dia yang bukan aku,
    bertaut jemari dalam senyum dan tawa kecil yang menyayat hatiku.

    Aku berharap itu aku
    yang bergetar hatinya karena sentuhan jemarimu yang anggun.

    Ooh .. betapa aku berharap itu terjadi

    Aku melihatnya bergelayut manja dan bersender lembut ke tubuhmu yang damai dan wangi.

    Aku berharap itu aku
    yang luruh hatinya dalam syahdu karena menghirup udara beraroma kesurgaan yang mengitarimu.

    Ooh … betapa aku berharap itu terjadi.

    Aku melihatmu merapihkan rambutnya sambil membisikkan rencana keindahan penyatuan jiwamu dengannya.

    Aku berharap itu aku
    yang menggenang matanya dengan air mata haru, karena keindahan dari janji pernikahan yang jujur dan setia.

    Ooh … betapa aku berharap itu terjadi.

    Tuhanku Yang Maha Lembut,

    Temukanlah aku dengan belahan jiwaku,
    yang mengobati pedihnya cinta yang terabaikan ini,
    yang mengisi palung kehidupanku yang dalam dan kosong karena kesendirian yang sunyi ini.

    Aku berharap itu aku …,
    yang berbahagia dalam pernikahan yang memanjakanku dalam kemesraan dan kesetiaan.

    Wahai Yang Maha Cinta,

    Ooh … betapa aku berharap itu terjadi.

    Aamiin


    Jodoh Yang Hilang
    Oleh : Mario Teguh

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers