:: "Bila" ::

Bila, Bila, Bila...

Bila BOS tiada dalam opis

Bila kena panggil masuk dalam bilik BOS


Bila BOS bagi kerja


Bila hari gaji tiba

Bila ada manyak kerja yang nak dibuat

Bila kawan seopis buat hal

Bila geng-geng opis satu kepala

Bila mood kawan dalam opis gila2

Bila duit gaji tinggal sejemput

Bila memikirkan PayDay lama lagi

Bila barang-barang dapur habis

Bila cuti rehat diluluskan bos

Bila dapat balik kampung

Bila cuti rehat hampir menamatkan riwayatnya

Bila terpaksa meninggalkan kampung terchenta

Bila tiba hari isnin (kerja)

Bila Jumaat melabuhkan tirainya

Bila hujung minggu

Bila otak diserang virus a.k.a JEM

Bila kawan serumah suka kacau time2 tengah badMOOD


Bila teringatkan ama  apa

Bila tak dapat apa yang diingini


Bila 'dotdotdot' tu kacau lagi dan lagi dan lagi tak reti2 bahasa

Bila rasa kecewa

Bila tiada tempat untuk meluahkan rasa hati

Bila rindukan sahabat-sahabat

Bila dapat mesej dan panggilan dari sahabat

Bila dapat panggilan dari ama apa

Bila kakak, abang dan adik mesej

Bila hati tengah panas

Bila tetiba tiket murah!!! and C>U>T>I
 

Sebenarnya tidak sabar mau cuti. SABAH!!! im coming!!!

Stress dengan ujian yang bertimpa-timpa. Terkadang rasa lemah. Nangis tengah2 malam. Nangis sorang2. Tak ada yang pujuk. Hee sebab tak ada yang tahu ^_*

~elya, akak datang 8_8~

Tapi apa pun yang kita rasa, ingatlah Alquran ada jawapan untuk semua tu..Jom kita tengok tips yang Allah sediakan untuk kita.. ^_^ Semoga berguna buat kita semua. Kita bertanya, Alquran ada jawapannya ^_^

1 . Kenapa aku diuji?? (Surah al'ankabut ; 2-3)

----> -2-Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? -3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

2 . Kenapa aku tak dapat apa yang aku inginkan?? (Surah al'baqarah ; 216)

----> -216- Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

3 . Kenapa ujian seberat ini?? (Surah al'baqarah ; 286)

----> -286- Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

4 . Kenapa rasa kecewa?? (Surah ali'imran ; 139)

----> -139- Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

5 . Bagaimana harusku hadapi?? (Surah al'baqarah ; 153)

----> -153- Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

6. Apa yang aku dapat dari semua ini?? (Surah at'taubah ; 111)

----> -111- Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

~Ingatlah firman Allah dalam surah Ash'shar ; 5-6 ---->Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)


 Tinta Hati -> HARYATI a.k.a Insyirah.... pesan sahabatku Ummu Aiman, "harus K.U.A.T". Alquran sebaik-baik penawar. Take wudhu, perform the solah and read Quran. Try to cry..Lets try!!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers