:: Temuduga Terbuka ::

(barisan-barisan yang menanti giliran termasuk juga diriku yang hina ini T_T)
TEMUDUGA TERBUKA!!!
SEMUA MANUSIA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga.
(untuk A ni, kita susah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Kalau nak masuk U, kena usaha lebih. Kena zakatkan masa bermain untuk study. So, jangan lupa zakatkan masa untuk menunaikan solat ya..kerana solat amalan pertama yang akan dihisab –dihitung-)
B. Ahli Neraka.
(ha..yang ni kita dah tahu dah..senang2 dulu baru susah. Malas nak berzakat, ni la jadinya.)
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
(ni pula untuk kita yang kejap malas kejap rajin, taubat tapi buat lagi, buat baik tapi nak dihargai dan banyak lagi. Kebanyakan kita berada disini. Nauzubillah)

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

Tinta Hati : Ya Allah..hamba tak layak untuk syurgaMU tapi hamba sangat takut akan nerakaMU..ampunkan dosaku terimalah taubatku...

1 comment:

  1. menarik perhatian artikel ini.. :)
    syukran enti untuk perkongsian..salam ukhuwah. assalamualaikum enti

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers