:: Header Baru ::


Duhai Setiap Kalam Yang Berbicara,

Biarlah Ia Tinta Yang Mengeratkan Ukhwah,
Biarlah Ia Tinta Yang Saling Mengingatkan
Biarlah Ia Tinta Yang Memanfaatkan
Kerana Saat Ia Melalaikan,
Saham Akhirat Menerima Pertanggungjawaban..
Ya Allah, Lindungi Tangan Yang Menutur Kalam Di Maya Ini..
Terimalah Segala Tulisan Kami Dalam Jihad Fi Sabilillah..

Assalammualaikum wbt dan Salam cinta Lillah Qaseh buat semua.

Teringat pesan seorang sahabat, apa yang kita tulis menjadi saham akhirat kita. Syukran Asrar Safiya yang juga merupakan Abbasy Safiyyallah.

Pencerahan : Siapakah Abbasy Safiyyallah? Sebenarnya pemilik nama itu belum muncul lagi didunia ini. InsyaAllah itulah nama impian ukhti Asrar untuk puteranya akan datang insyaAllah. Mohon maaf kepada sesiapa yang tersalah tafsir. Maaf, maaf, maaf, maaf, maaf. Tiadalah niat untuk menyakiti. Mohon maaf kepada yang berkenaan. Syukran kepada Akhi Putera yang menegur agar lebih berhati-hati ketika berbicara. Takut kelak menjadi fitnah diri sendiri. Astaghfirullah.

Oh ya, disini juga insyirah nak copy and paste pesanan dari Asrar.
Bila reading here please do not discount ur kerja, ur solat time, ur belajar time, ur office time dengan hanging around kat sini. I’ve the saham oso. Make it good ^_^ Enjoy reading and shoutouting. May Allah bless.

Header bertukar? Ya, saja insyirah merajinkan diri untuk menukar header baru. Berlatarkan buang-bunga berwarna pink yang gugur menyembah bumi.



Begitulah juga kita. Satu saat kita pastikan akan menemui Allah. Even kita dah ready or not. Tua or muda. Sihat or sakit. Masa lapang or time kita sempit. Semua itu bukan ukuran untuk Allah menjemput kita. Kalau itu ukurannya, tua pasti di ambil, muda dibiarkan tua..Insyirah yakin dan pasti ramailah penghuni syurga. Tapi Allah itu maha adil sayang.

Teringat kisah ini ->

*****************
Renungan untuk kita bersama

Ini kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. 


Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak 



Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” 


Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga.. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.”


Walahualam bisowab


*****************


Bila baca artikel ni, air mata bergenang. Teringat pada keluarga yang masih mengabaikan perintah Allah. Padahal kita tahu, ada hikmah kenapa dan mengapa Allah mewajibkan kita menutup aurat. Betapa sayangnya Allah pada kita. Diperintahkan kita menutup aurat kerana tidak mahu kita menjadi hamba yang rugi.

Rugi?? Ya, rugi dan sangat rugi. Bukankah sepatutnya kecantikan kita hanya tatapan buat suami tercinta? Bukankah menjadi kerugian bagi seorang lelaki yang mendapat wanita yang kecantikannya telah pun dilihat lelaki lain? Telah pun disentuh lelaki lain? Allah..

Ya Allah, berilah hidayah kepadaku, ibubapaku, saudara kandungku, sahabat-sahabatku, kaum muslimin dan muslimat dan kepada semua hambaMU.

Kembali semula kepada header blog yang bertukar tadi, Dalam header tu insyirah tulis macam ni :-

Duhai Setiap Kalam Yang Berbicara,
Biarlah Ia Tinta Yang Mengeratkan Ukhwah,
Biarlah Ia Tinta Yang Saling Mengingatkan
Biarlah Ia Tinta Yang Memanfaatkan
Kerana Saat Ia Melalaikan,
Saham Akhirat Menerima Pertanggungjawaban..
Ya Allah, Lindungi Tangan Yang Menutur Kalam Di Maya Ini..
Terimalah Segala Tulisan Kami Dalam Jihad Fi Sabilillah..

Sesuai dengan apa yang ukhti Asrar katakan, apa yang ditulis, apa yang anda baca..itu adalah saham akhirat buat si penulis.

Insyirah juga mohon, tegur dan ingatkan insyirah bila apa yang insyirah tulis melalaikan anda dan selalulah kita nasihat dan saling menasihati. Syukran buat mereka yang selalu menegur dan mengingatkan. Saham buatmu.

Dan paling penting, menulis biarlah kerana Allah. Teringat pesan Ukhti Su. Usrah yang singkat tapi sangat bermakna masa dalam dewan kuliah,

“ti, kalau ada walau sebesar zarah rasa riak dalam hati, sia-sia lah amalan kita. Biar segalanya kerana Allah. Tidak termakan dengan pujian, tidak terasa dengan cacian”

Tinta Hati : Semoga apa yang ditulis, dapat insyirah laksanakan walaupun tidak semua tapi pastikan ada terlaksana. Hanya kepada Allah aku berserah diri. Merindui Suria, Nasita, Larisa dan Dayang. Tidak sabar memelukmu sahabat. Adikku sayang eyla, akak sayang adik lillah. Bukanlah rasa sayang ini kerana kepentingan peribadi bukan juga sayang ini didunia sahaja..tapi insyaAllah sayang ini hingga ke syurga ^_^. Buat saudara kandungku, menatap wajahmu satu anugerah yang tidak dapat aku gambarkan. Mama dan Bapa, memandang wajahmu pahala percuma untuk akhiratku, salam cinta kudui untukmu..Sahabat, gengam tangan ini untuk sama-sama kita berjuang lillahi ta’ala..


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers