:: Aku Takut Ditinggalkan Dan Dilupakan ::

Sebagai manusia biasa, ditinggalkan dan dilupakan itulah perkara yang paling aku takut. Padahal aku sudah sedia maklum bahawa semua didunia ini hatta diri aku sendiri pun bukan milik aku. Tapi milik mutlak Allah. Kenapa perlu aku rasa seperti itu? Allah.. Semalaman tidak keruan. Keluh sana, keluh sini. Terlalu banyak yang aku fikirkan. Innalillahi wa innailahirojiu.

"Salam..kenapa ana takut ditinggalkan seseorang? Kenapa dengan ana ni? Rasa x tertahan"

"Wsalam..siapa yg mahu tinggalkan enti? shbtku syg..pasakkan dlm jiwamu, kita x memiliki apa2. Kita hanya dimiliki olehNYA. Dgn itu dirimu xkan takut bila kehilangan, x resah bila ditinggalkan..krn tiada yg mjadi milik mutlak kita, smuanya hnya pinjaman semata"

"enti, kenapa ana takut kehilangan -----i? kenapa ana ni?"

"Nah..i2 tndanya enti sdh serahkn hati nti pd dia, sbb 2 takut kehilangan."

"apa la mau bt?eh...knapa ni?? mau nangis"

"knp enti pkir enti khlgn dia?"

"Ntah..bingung! :( "

"ai..jgn mcm tu..ana phm jgk 2, bhya tu hehe..enti, syg dn cnta 2 fitrah, agama kita x m'halang fitrah tapi dlm b'cinta kita kena ada jihad cinta, slh 1nya kena ada rasa redha andai khlingn. Pasti ada yg lebih baik..d sini la ujian keyakinan pd Allah d uji"

"..enti... :("

"Laa..jgn sdih..luahkan la apa yg enti rasa..ana bantu apa yg mampu.."

"ana sdh ambl kptsan x mhu bhubung dgn dia..sbb ana x mhu ada hbungn mcm ni..ana tkut lalai. Alhamdulillah dia trma..tp ana tba2 tkut khlangn dia :("

"Ana fhm..tp insyaAllah enti..smoga enti dgn dia *akn b'temu lg dlm keadaan yg lbh baik*. Enti kena fhm dn yakin dgn kptsn enti..biasanyaa bila iman kuat kita akan amik kprsn mcm tu tp bila masa iman kurang sikit, masa tu lah kita akan rasa mcm tu, rasa tkt khlgn"

Mungkin bila berbicara soal cinta, ramai adik-adik dan kakak-kakak menganggap aku kuat. Tapi sedarkah, aku juga manusia biasa, sama seperti kalian. Punya hati dan perasaan. Ingin disayangi dan menyayangi. Aku juga tidak terlepas dari segala macam perasaan seperti yang kalian rasai.

Terkadang nasihat yang aku berikan adalah untuk diriku yang utamanya kerana kita punya masalah hati yang sama. Sekarang tiba saatnya aku pula diuji dengan apa yang sering aku katakan pada kalian. Maaf, aku juga manusia. 

Sering aku katakan, jika segalanya kerana Allah keredhaan itu melebihi rasa kecewa. Tapi apa yang terjadi pada aku saat ini? Rasa takut kehilangan, sedangkan sebelum membuat keputusan segalanya aku serahkan kepada Allah. Meninggalkan segalanya kerana takut pada murkaNYA.

Kembali muhasabah diri, mungkin ada perkara yang aku buat bukan keranaNYA. Allah. Mungkin tiada keikhlasan dalam diriku ketika berbicara tentang perintahMU. Allah. Wajiblah aku diuji seperti ini.

Tinta Hati -> Aku juga manusia biasa. Pasti tidak terlepas dari semua ini. Hanya kepada Allah aku bergantung harap. Semoga akhirnya, aku dapat mencari semula diri yang hilang. Kurindui keindahan pantai...kumerindu ketenangan malam..


1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers