:: Tragedi November ::

Assalammualaikum tautan hati ^_^

Innalillah.. (kepada Allah kita kembali)

Ya. Benarlah segala yang telah Allah firmankan "setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."

Kelmarin 18/11/2010 Allah membuktikan kepada warga Sri Aman khususnya dan kepada kita amnya bahawa mati itu pasti. Tidak akan berkurang tidak akan bertambah masanya. Segalanya dari diri kita sendiri sama ada kita sudah bersedia ataupun belum bersedia. 

Masanya telah Allah catatkan di Loh Mahfuz. Tempat yang tersimpan segala tentang kita, tentang alam ini. Tapi Allah rahsiakannya dari pengetahuan kita. Tujuannya hanya satu, melihat siapa diantara hambaNYA yang beriman, bersabar, dan bertakwa. Kalau kita bersabar, insyaAllah syurga setia menanti. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Saya tidak melepaskan peluang pergi rumah mayat. Itulah pertama kali dalam hidup saya masuk rumah mayat. Tapi saya just masuk, untuk tengok mayat-mayat tu mungkin bukan ini masanya. Bukan saya takut tengok mayat, tapi saya tidak sanggup tengok keadaan mereka yang teruk sebab dihempep treler.

Masa mayat tu diturunkan dari lori polis, ramai sanak saudara mangsa yang menangis. Tangan saya digenggam erat oleh kak Atik. Sebak tengok keadaan keluarga tu. Satu persatu mayat diturunkan. Siapa yang dulu diturunkan tu saya tidak pasti. Yang pasti ada 3 mayat. 2 melayu dan 1 iban (kalau x silap).

Salah satu mangsa kemalangan tu adalah Wan Malik. Pak cik yang sangat peramah. Baik hati. Suka belajar baca alQuran dengan tarannum. Lepas tu dia suka ajar budak-budak pula mengaji. Masyaa Allah. Pak cik tu memang baik. Semoga Allah menempatkanmu dalam kalangan hambaNYA yang soleh. Amiin.

Lepas semua mayat dimasukkan dalam rumah mayat, keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk untuk pengecaman mayat. Masa itu lah pekikan dan raungan mereka kedengaran. Alhamdulillah yang menangis meraung itu bukan antara saudara kita. Yang menangis dan meraung tu ahli keluarga yang iban. Jangan hairan kerana itu antara adat mereka.

Masa itulah air mata saya mengalir. Saya nampak ayah kepada Wan Malik terduduk dan tidak mampu untuk cakap apa-apa. Mak kepada Wan Malik pula pengsan dalam rumah mayat tapi selepas itu mak Wan Malik nampak lebih tenang. Ayah Wan Malik pun tenang dan berusaha untuk mengurus jenazah. Alhamdulillah itulah nikmat iman dan Islam. Redha dengan apa yang Allah takdirkan.

Isteri Wan Malik pun mulanya menangis tapi bila keluar sahaja dari rumah mayat dia nampak tenang. Banyak berdiam. Anak arwah yang lelaki tu usianya 25 tahun something like that la menangis sangat. Labih-lebih lagi mereka ni sama tempat kerja. Ya Allah, menangis sampai terduduk si anak lelaki. Teersentuh tengok. Hati lelaki ni sekeras mana pun tetap akan lembut. Dalam hati ada taman.

Lepas sahaja kejadian tu banyak hamba-hamba Allah yang bercerita itu ini. Tentang kejadian aneh dan pelik yang dilakukan oleh si mati. Terutama sekali arwah Wan Malik. Kalau setakat bercerita tentang kebaikan si mati, saya tidak kisah dan jika diselitkan doa-doa untuk si mati rasanya itu lebih baik. Tapi masalahnya mereka-mereka ini percaya kepada perkara-perkara aneh,pelik dan ganjil yang terjadi sebelum kejadian tu.

Saya bukan apa, tidak mahu la mereka ini percaya pada perkara-perkara seperti itu. Allah sudah takdirkan bahawa begitulah cara mereka menghadap Ilahi. Mungkin dengan cara itu, dosa-dosa mereka diampunkan Allah. Lebih-lebih lagi niat mereka bermusafir tu niat yang insyaAllah baik sebabnya mereka mahu mengambil lembu untuk dibuat korban.

Saya pun berharap, lepas ini kita ambil pengajaran bahawa mati ini sememangnya tidak diduga. Jangan terus sibuk mengata tentang si mati tapi bermuhasabah la melihat kejadian macam tu. Yang mati sudah terlepas ujian ketika nyawa dijemput Malaikat Maut, bagaimana pula caranya bila kita yang dijemput Malaikat Maut?? Itu sebenarnya yang sepatutnya terjadi.

Muhasabah diri bila sesuatu terjadi jangan terus bertanya kenapa, mengapa, bagaimana, apa dan segala macam pertanyaan. Sebabnya jawapan sudah Allah firmankan "jadi, maka jadilah". Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Lagipun kita datangnya dari Allah dan kembali kepada Allah.

Alhamdulillah. Semoga mereka tabah menghadapi ujian yang Allah berikan. Semoga Allah tempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman..

------

Gambar yang sempat diambil..






















Semoga kita jadikan ini sebagai iktibar bahawa mati tidak mengenal sakit atau sihat, muda atau tua. Tidak mengenal cara. Tidak mengenal masa. Tidak mengenal waktu. Kalau Allah kata "jadi, maka jadilah" Usah dipersoalkan tapi diamati. Muhasabah diri. Semoga kita beroleh kematian husnul khatimah.. Kematian yang dirahmati.


2 comments:

  1. dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah kita kembali...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. salam,

    innalillahwainnailaihirajiuun
    moga roh mereka dicucuri rahmatNya..

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers