:: Boleh Ke Yati Ni?? ::

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Semalam gi berziarah rumah Kak Leela. Alhamdulillah Kak Leela selamat melahirkan seorang lagi ulama dalam rumahtangganya ^_^. Ulama mereka ni bernama Imran Rafie. Subahanallah. Kak Leela terpaksa melahirkan anak keduanya dengan cara pembedahan. Tidak dapat melahirkan secara normal iaitu dari rahimnya sendiri atas sebab-sebab tertentu.

Quote:
          16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Teks Arab :
المرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها كالمرابط في سبيل الله 
Ulasan:
- Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
- Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).



Dari rahim seorang wanita keluarnya seorang ulama dengan kehendak Allah. Subahanallah. Besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Besarnya kesakitan yang terpaksa ditanggung seorang wanita bergelar ibu untuk melahirkan seorang ulama. Apa lagi alasan untuk kita tidak menghormati seorang wanita bergelar ibu.

Ma..... saya rindu mama T_T

Ingatlah sahabiah semua, Syurga itu ditelapak kaki ibu!! Tapi bila wanita itu sudah bersuami, syurganya ditelapak kaki suami tapi kalau lelaki pula syurganya kekal dibawah tapak kaki ibu. Maksudnya, bila si isteri sudah berkawin maka menjadi kewajipan baginya untuk mentaati suaminya yang utama tanpa mengurangkan rasa taat kepada ibunya ^_^. Dan suami pula wajib mentaati ibunya yang utama tanpa mengurangkan rasa kasihnya terhadap isterinya ^_^

ini berdasarkan ;-

Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

Alhamdulillah. Hari tu ada la sahabat yang bertanya "kenapa pula kalau sudah berkhawin, syurga tu ditelapak kaki suami? tidak kekal sahaja ditelapak kaki si ibu?"

Dengan ilmu yang cetek dan menjawab menggunakan akal logik, saya menjawab 

"kalau kita perempuan ni, time mahu akad nikah kan kena ada wali. Dan wali tu kan ayah kita, kalau tiada ayah, abang dan seterusnya. Masa ayah mewalikan akad nikah, disitu gugurnya tanggungan si ayah dan diserahkan kepada si calon suami. Sebabnya tujuan si calon suami menikah ialah mengambil alih tanggungjawab si bapa dalam urusan si calon isteri. Semua itu sudah disepakati sebelum akad kan. Wallahualam kak. Saya jawab ikut kemampuan saya. Almaklumlah ilmu pun sikit sahaja ^_^"

sekadar hiasan
"Satu lagi, masa akad kan si suami ada kata -aku terima nikahnya si fulan bin si fulan dengan mas kawinnya 100 ringgit tunaiiiiiiiiiiiiiii- Duit itu menjadi hak si isteri. Si suami tidak boelh ambil duit tu lagi melainkan dengan rela si isteri menyerahkannya ^_^"

---------------------------------------------

Amboi..semangat mahu kawin ni ^_^

Ok.. Masa berziarah ke rumah Kak Leela, saya sempat juga angkat baby tu dan letak di pangkuan saya.

kawan-kawan ofis cakap "boleh ke yati ni??"

uisss...saya pun tidak berani. Tapi, hati ni teringin sangat letak baby tu dalam pangkuan saya. Akhirnya...

Jom kita tengok gambar saya dengan baby ni ^_^






Saya pandai la.. time kecil-kecil dulu, dalam usia saya 10 tahun saya boleh mandikan baby tau. Baby yang belum sampai usianya sebulan. Boleh ^_^

So, yati ni boleh tau ^_^


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers