:: Malu ::


Assalammualaikum sahabiah bil Islam semua.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga kerja-kerja kewangan yang menjadi asbab kesibukan saya pada dunia. Allahu Allah, semoga kesibukan lalu menjadi pengajaran saya hari ini dan untuk hari-hari seterusnya. Apa yang penting, jangan pernah melupakan Allah dalam setiap kesibukan kita.



Saya malu bila ada yang memuji saya. Sungguh saya takut pada setiap pujian dari sesiapa sahaja. Bukan apa, saya takut rasa riak itu berlebihan dalam diri saya. ASTAGHFIRULLAH!!

Kadang-kadang, rasa pujian itu tidak layak langsung untuk diri saya. 

"YA ALLAH, pujian itu memakan diri hamba ya Allah. Hamba tidak layak dipuji melainkan ENGKAU. Kerana hamba ini datangnya dariMU dan kembalinya kepadaMU. Jadi, hanya ENGKAU yang layak mendapat pujian kerana ENGKAU pencipta hamba yang dipuji."

Allahu Allah.

Cukupkah setakat melihat gambar saya, saya mendapat pujian? Ya Allah.. Terus terang saya katakan saya hamba Allah yang sangat lemah dan hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa. Maaf, saya amat-amat tidak menyukai pujian. Fitrah kita manusia inginkan pujian, iya begitu juga saya. Tapi, saya bukan seperti yang anda sangkakan. Pujian itu.....ahhhhhhhhhh....maaf maaf maaf maaf. Saya MALU!!!!

Kata-kata nasihat yang saya berikan?? Itu semua dari Allah. Dont forget to say "thank YOU ALLAH". Aduh!! Maaf, nasihat itu sememangnya untukmu, tapi untuk diri ini yang utamanya saya tujukan. Ya Allah... Saya hanya membantu dirimu, sekiranya nasihat itu membuatmu senang, membuatmu tenang, membuatmu bahagia.. Alhamdulillah saya turut merasakan yang sama.

 Saya hamba Allah yang lemah dan penuh dosa. Malu hamba bila dipuji sedemikian. Hamba bukanlah seorang yang baik dari yang terbaik. Rasa tanggungjawab saudara seakidah membuat saya ingin melihatmu senang, tenang dan bahagia.

Duhai teman,
Maaf...bicara hati ini sukar dipendam. Akhirnya terluah sebagai kata "MAAF" dihujung lidah.

Perhubungan ini sangat unik. Didalamnya ada pelbagai hikmah, selautan rahmat dan segunung barakah. Bersulamkan maghfirah yang dijanjikan Allah, bertakhtakan mahkota darjah al'MuttaQin, selembar sayang bersama sifatNYA yang penyayang, berwadahkan sesuci kasih yang putih bersih.

"ya Allah, dihari yang baik ini, rahmati kami meniti USIA..rahmati perjalanan ini menuju BARZAKH, rahmati kehidupan ini FISABILILLAH, rahmati perjuangan ini memegang taklif DINUL ISLAMIAH. Akan kami teguhkan ukhwah FILLAH, mengubat hati yang lara dengan RABITOH.."

insyaALLAH.

--------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah wa syukurillah..

Memulakan hariku dengan BASMALLAH.
Mengakhiri hariku dengan SYAHADAH.

"ana uhibbuki fillah"

p/s : kak ajlaa...adik rindu akak T_T. Salam sarat rasa rindu dan sayang LILLAH :)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers