:: Seriuskah Dirimu? ::

Assalammualaikum dan salam 1 akidah.

Allahu Allah.

Semalam saya dapat mesej dari seorang sahabat.

"Hati kita milik Allah dan RasulNYA. Andai kata ada orang merisik dan melamar diri kita, dengan cara apa yang kita mahukan?"

Selepas habis baca mesej sahabat saya tu, saya mula berfikir dan mengenang..

(gambar ni hiasan je ok..saja bagi suasana ni x macam serius sangat..kan senang juga ati membacanya)

Allahu Allah. Dalam situasi diri saya yang masih banyak kelemahan, malah dosa masih juga bertimbun yang sememangnya semakin bertambah, untuk menjawab soalan itu rasanya saya terlalu hina untuk menjawab soalan itu. Entah kenapa rasa saya ni tidak layak untuk memberi nasihat atau pandangan kepada yang memerlukan.

Kejahilan saya yang dulu entah kenapa masih membelenggu diri saya sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah istighfar kerap dihujung lidah. Saya sedar, bukan mudah untuk sesetengah manusia untuk membuang persepsi tentang diri saya yang dulu, tentang kejahilan yang pernah saya lakukan. 

CINTA dan COUPLE.

Iya, saya dulu seperti itu. Bercinta sakan. Tapi itu kerana kejahilan yang lalu. Saya bukannya lahir dalam suasana keluarga yang mementingkan alQuran dan Sunnah. Jadi, wajarkan dulu saya seperti itu. Alhamdulillah akhirnya saya sedar bahawa CINTA itu banyak membawa saya kepada kelalaian. Saya faham dan cuba untuk menghindari. Tapi bila saya berkata tentang COUPLE dan dengan kudrat yang ada untuk menasihati, akan ada suara sumbang yang mengatakan "alaa ko dulu pun couple juga. Simpan saja lah nasihat tu untuk diri ko sendiri."


Oh rupanya berada dalam situasi ketika memberi nasihat tentang CINTA, saya membuat percaturan dalam hidup. Setiap langkah saya diperhati. Yang hairannya, kesalahan dahulu itu masih juga menjadi perhatian dan menjadi asbab apa yang saya katakan tidak diendahkan. Dari itu, saya kembali untuk melihat diri saya di hadapan cermin. Bertanya segala macam pertanyaan.

Mungkin khilafnya ada dalam diri sendiri. Saya sedar tidak semudah itu untuk kita menerima sesuatu lebih-lebih lagi ianya bertentangan dengan kehendak kita. Saya faham sebab saya juga seperti dia bila mula-mula sahabat memberi nasihat. Tapi, kalau kita betul-betul mahu berubah kita tidak akan mendahulukan nafsu dunia semata-mata. mmmmm

Mesej itu saya tetap jawab walaupun terasa diri ini terlalu hina untuk menjawab. ASTAGHFIRULLAH.

"Allahu Allah..kalau saya seelok-eloknya biarlah dengan perantaraan..sebab lelaki @ perempuan yang baik, dia akan melamar seseorang melalui orang perantaraan. Dan orang perantaraan itu biarlah keluarga (yang utama) atau sahabat rapat kita atau sahabat yang kita yakini kesolehan @ kesolehaannya. Wallahualam ***. Kenapa?"

Malu sebenarnya diri ini pada Allah. Setiap kata-kata nasihat saya itu sepertinya saya ini seorang yang baik, tapi ASTAGHFIRULLAH. Hanya Allah yang tahu. Allah itu Maha Baik pada hambaNYA. Yakin lah kepada Allah. Banyak dosa yang kita lakukan tapi tetap juga tertutup kemas dalam buku catatan kita sehingga kita sendiri tidak mengetahui isi kandungan catatan amalan kita. Lihat betapa Allah itu maha penyayang.

Kalau sahaja dihamparkan buku catatan amalan kita, ALLAH!!!! dunia pun tidak sanggup untuk menanggungnya. Subahanallah. Tapi, yakinlah KEAMPUNAN ALLAH itu lebih luas, lebih besar dari segala dosa yang saya, awak, awak, awak, anda, anda, anda, kamu, kamu, kamu dan kamu buat. SUBAHANALLAH. Tiba masanya kita koreksi diri, berusaha untuk bertaubat kerana kalau bukan sekarang bila lagi kita mahu berubah?? Jangan tunggu nyawa tercabut, jangan tunggu pipi ini menyentuh tanah baru mahu bertaubat kerana masa itu sudah tidak ada peluang!! Yang ada hanya sesalan.

"Ya Allah, tiada kerehatan abadi yang hamba inginkan melainkan kerehatan husnul khatimah"

-------------------------------------------------------------

Bila waktu pulang dari kerja tadi, satu mesej lagi saya dapat dari seorang sahabat.

"Salam sahabatku sayang..sebenarnya dalam beberapa hari ini ada merisik soal dirimu kepadaku dan saya jawab seadanya yang saya tahu"

ALLAH!!!!!

Berdegub jantung saya ni. Allah apa lagi yang harus saya jawab. Lepas satu, satu lagi yang datang.
(amboi...macam la banyak yang datang...PERASAN.. ^^,)

Baiklah, biar disini saya memberi jawapan pada setiap persoalan yang dikemukakan.

********************************************

Persoalan yang ingin saya tanya, ketika awak sedang berusaha untuk mengenali saya melalui sahabat saya adakah keluarga terutama mak dan ayah awak tahu?? (soalan skema...heheheh)

Maaflah, saya bukan apa. Ehem..saya juga pernah melamar seseorang melalui seorang sahabat saya dan alhamdulillah ianya dalam pengetahuan keluarga saya ok ^^, hehehehe. Walaupun akhirnya lamaran itu ditolak atas sebab yang KUKUH dan Alhamdulillah saya sangat-sangat menghormati keputusan yang dibuat dan itu adalah yang terbaik kerana soal hati dan AGAMA. Dahulukanlah AGAMA!!!

Kena ingat, biarlah apa yang kita buat kerana Allah. Dan bila segalanya kerana Allah, pasti keredhaan itu melebihi rasa kecewa! Saya rasa tenang ^_^

Saya juga tertanya, apa yang menjadi sebab awak mahu mengenali saya sedangkan saya dan awak saling tidak mengenali dan awak tidak pernah pun melihat siapa dan bagaimana diri saya.

Hmmm.. Kenapa? 



Sampai saat ini saya belum mampu untuk menjawabnya. Kerana jawapan itu hanya ada padanya.

GAMBAR??

Maaf, mungkin bukan ini masanya untuk awak tengok gambar saya. Kata mujahid ;-

3) menjadi orang yg prasan terlebih dahulu. iaitu, kalau cantik nah! waspadah^^. nanti kena ganggu. Klu sanggup pakailah niqab^^

Jadi, ok saya perasan yang saya ini cantik (hahahaahahahah). Jadi untuk membenarkan awak melihat saya, rasanya bukan ini masa yang sesuai. Lebih-lebih lagi keseriusan untuk awak merisik itu tiada. Faham kan maksud saya??
(saya jenis yang serius, lebih2 lagi pasal perkara ni OK =p)
(macam lah hamba Allah tu baca blog saya ni ^^,)


Seriuskah dirimu??

"Ya Allah, hamba menyerahkan segalanya kepadaMU"

-------------------------------------------------------------



Memilih pasangan hidup ini bukan seperti tangkap muat, cantik ambil, hodoh ketepi. Tapi ingatlah, pilih pasangan hidup ini biarlah kerana AGAMAnya bukan kerana yang lain-lain.

(ok la..waktu subuh sudah menghampiri masanya. Semoga Allah permudahkan urusanmu jika itu adalah yang terbaik untukmu.)

Before tu, maaf jika entry saya kali ini membosankan anda yang membaca. Maaf juga sebab tiba-tiba masukkan topik ni. Hmmmm. Lagi satu, pasal cantik ni. Eh...kalau awak meluat baca tak apa la. Saya terima. Maaf. Tapi itu la, demi menjaga diri ni..saya perasan saya cantik. So, insyaAllah saya akan pakai niqab. InsyaAllah niqab saya akan sampai hari ini. Tidak sabar rasanya memakai niqab bila jalan2. Tapi kalau pergi ofis tu, hmmmm rasanya tidak dapat. Kerajaan kan.. 

*nisa diluar sana, mesti ada sikap perasan cantik tau..hehehehe..tapi jangan terlalu perasan diri tu cantik. Nanti riak pula. So, bila rasa diri tu cantik berusahalah hindari dari dipandang-pandang oleh rijal. Nisa dan rijal kena sama-sama jaga diri. Jangan la latak gambar kamu yang comey-comey dalam FB k..nanti ada yg terpikat =p*

ok ok ok..

stop. mengada2 sudah saya ni ^^,



1 comment:

  1. Salam Yati.. Cek suka lagi melalui perantaraan seseorang.. Nampak lebih sopan dan tertib... n_n Selalu camtu la..hehe

    p/s : kdg diri ini lupa pada kesenangan yg diberikan...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers