Aku Sayang ALLAH


disaat iman kian menipis dalam kabus maksiat yang menebal..
aku patah harap dalam tebal dosa yang membelit..
lesu aku melangkah batas hari dengan beban dosa yang membukit..
parah palit dosa kian membengkak..salur dada kian sempit..
aku ingin pulang..jauh dari semua lendir yang semakin kejap membelit..
kalimah itu lama aku lupakan..
kalimah itu pernah aku laungkan..
kalimah itu dulu dilaungkan di telinga ku saat aku masih merah..
kalimah itu kunci syurga..tapi aku cicirkan dalam mengejar dunia..
kelu lidah menuturkannya kembali..
ya ALLAH..betapa aku berdosa..tiada daya aku selain rahmat mu..
aku ingin laungkan kalimah itu biar bergema dalam penjara dosa..
runtuhkan lah tirai besi maksiat ini ya Allah !!..
biar kalimah itu membugar kembali iman yang telah bersalut lumpur noda..
aku ingin berlari menuju kepada mu..membuang beban dosa..
bersama alunan kalimah mentauhidkan mu..
aku bisa gagah depani hari..
walau dulu aku tersungkur di perut dosa..aku tak peduli.
kini aku mahu kembali gagah..biar kalimah itu ralit aku zikirkan..
aku mahu hanyut dalam nikmat mensucikan mu ya Allah..
ya Allah terimalah..


Aku sayang kamu..
Aku sayang DIA..
Tanpa DIA kita tak mungkin bersua..
Kerana DIA aku mampu lihat kamu..
Kerana DIA aku boleh lihat dunia...

Aku sayang kamu..
Aku juga sayang DIA..
DIA yang mengajar tentang semua..
Tentang kehidupan..
Tentang manusia..
Tentang kamu..
Jangan kamu pisahkan..
Antara aku dan DIA..
Andainya aku..kau tinggalkan..
Aku hanya digelar…“bekas” kekasih…

Tapi…
 Jika aku tinggalkan DIA..
Tiada “bekas” untukku..
Tiada “bekas” untuknya..
 Kerana…
 Darah merah yang mengalir adalah 'darah' DIA…

Kemaafan darimu ku pinta..
Aku tidak akan sayang kamu..
Tanpa restu dari DIA..
Aku tidak akan sayang kamu..
Tanpa keredhaan-NYA..

Salam Sarat Rasa Rindu Bertemu DenganMU

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers