:: Tidak Menghalang ::

Assalammualaikum.. ^_^

Tadi saya jalan-jalan dalam alam maya. Tengok gambar sahabat-sahabat yang dulu. Lepas tu saya teringat pada satu sahabat saya ni. Kenal time PLKN. Memang rapat la dengan dia ni. Sama kelas dan memang sentiasa bersama dengan dia ^_^

Tidak pernah terputus hubungan. Walaupun jarang bertanya khabar tapi setiap minggu pasti ada kata-kata dari dia. Lepas tu, bulan lalu saya ada dapat sms dari dia. Bertanya khabar la. Alhamdulillah dia sudah berkerja di Jabatan Kebajikan Ranau. InsyaAllah mahu balik sabah, mahu jumpa dia ni. InsyaAllah ^_^..

Paling saya terharu, dia sudah pakai niqab. Subahanallah. Lepas tu saya sempat juga tanya cabaran-cabaran yang dia lalui. Dia cakap memang ujian tu besar juga. Kena kuat hadapi dunia luar. Lebih-lebih lagi jarang orang Sabah yang berniqab. Saya pun berazam untuk pakai niQab. PASTI!! ^_^ 

Jangan anggap berniQab ni menghalang pergerakan, komunikasi kita. Kita berniQab still boleh cakap kan. Pengalaman sendiri ketika berniQab, tiada masalah komunikasi malah boleh makan di kedai-kedai lagi ^_^. Jangan terlalu sempitkan minda kita ini. Dengan berniQab, insyaAllah fitnah keatas diri kita berkurang. 

Kalau makan macam mana?? Aduhaii...cari meja yang letaknya disudut yang tidak sangat dilalui oleh orang-orang lepas tu buka la niQab tu dan makan la. Senang kan?? 

Kalau orang nampak macam mana?? hihihih... tidak apa la kalau orang nampak. Lagipun jangan terlalu mewajibkan niQab ni sehingga menghalang kita untuk makan diluar, berkomunikasi dengan orang luar. Yang penting, batas tu kena jaga. Time makan, diam la. Jangan bercerita. Kalau mahu cerita juga, slowkan suara ^_^

Sahabat saya ni namanya Aisyah. Tengok dia disekolah pun pakai niQab juga. Tidak menghalang kan?? Siapa berani buat macam ni?? Saya pun surendder. Mana saya berani. Muka dia memang cantik la. Layak sangat dia tutup. ^_^

ok...ni dia sahabat saya ^_^




Alhamdulillah. Kalau semua muslimah macam dia. Berani. InsyaAllah, maruah kita pasti terjaga ^_^. Malangnya saya sendiri belum ada kekuatan untuk pakai niQab bila di Sabah. Family tidak menggalakkan. Tapi kalau di Sarawak ni Alhamdulillah saya ada sabahat yang sentiasa bagi sokongan dan cousin yang sentiasa membantu. So, di Sarawak saya boleh berniQab ^_^

Pengalaman?? Subahanallah.. ^_^

Turun sahaja dari kereta time mahu pegi pasar Satok, semua orang pandang-pandang. Yang budak-budak pula semuanya terdiam lepas tu asik tengok saya sahaja. Saya buat biasa sahaja. Panas??? Allahu Allah. Pertama kali pakai niQab, panas bukan main..Mak haii..Macam mahu nangis. Oh mungkin ini ujian dari Allah untuk saya.

 Lepas tu ada pula perasaan menyesal pakai niQab. Perasaan tu muncul mungkin sebab saya masih belum kuat. Lebih-lebih lagi semua mata memandang. Saya hanya menundukkan pandangan. Menangis?? Allahu Allah. Hanya Allah yang tahu. Begegar!!! Nasib baik ada Kak Ada sebagai teman. Syukran Kak Ada ^_^

Alhamdulillah ada juga bergambar bersama Kak Ada dan Surianah. ^_^

Wanna see the pic?? ^_^
no need kot ^_^

So, betulkan persepsi anda bahawa berniQab ni tidak menghalang komunikasi, pergerakan atau apa sahaja ^_^. Tapi, bila family tidak membenarkan pakai niQab jangan pula kita melenting. Tidak apa, slow-slow kan ^_^. Yang penting, jaga diri hiasi peribadi ^_^

11 comments:

  1. urusan yg baik akan dipermudahkn Allah...sgt berani sahabat anda sehingga di sekolah pun memakai niqab...sgt2 jarang dilakukan oleh seorg pelajar...

    ReplyDelete
  2. btol3 kata awk... sye pun brazam pkai niqab... sye msih dlm prcbaan pertama... huhuhuhu,... memang pns asenye...

    ReplyDelete
  3. salam...smuga kitak terus kuat dlm mencari redha Allah..kmek bngga dgn kitak.kmek pn ada juak kwn nk makei niqab kdak kitak...dugaan nang kuat lah..smuga trus istiqamah...fillah.

    ReplyDelete
  4. salam...smuga kitak trus kuat dlm memcari keredhaan Allah.Untuk dpt A+ dlm exam, nang la gik kna study susah nk? cm ya jg mun msok syurga, nang kne jd muslimah gred A
    + kdak kitak juak...kmek pn ada kwn nk makei purdah kdak kitak...tp ctok sejok glak...xtauk la cm ney mun pulg Msia klak..huhu.Anyways, smuga trus kuat k. Allah pndg pd usaha...Kuat Fillah!!!

    ReplyDelete
  5. salam...smuga kitak trus kuat dlm memcari keredhaan Allah.Untuk dpt A+ dlm exam, nang la gik kna study susah nk? cm ya jg mun msok syurga, nang kne jd muslimah gred A
    + kdak kitak juak...kmek pn ada kwn nk makei purdah kdak kitak...tp ctok sejok glak...xtauk la cm ney mun pulg Msia klak..huhu.Anyways, smuga trus kuat k. Allah pndg pd usaha...Kuat Fillah!!!

    ReplyDelete
  6. hye dear, my adik wearing niqab also, tp kt kolej, die x dibenarkan pakai, ea la, kolej, hurrmmm

    btw, i mmg ade smpn niat nk berniqab, inshaAllah, just doakan terbaik, :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. umur akak berapa eh? sebab akak cakap kawan akak tu dah berkerja kat sabah.. tapi akak cakap lagi beliau berniqab masa kat sekolah.. saya kurang faham..

    ReplyDelete
  8. ok, tuh, tpi kat sekolah bgi eh ,pakai niqab?

    ReplyDelete
  9. untungnya di sabah boleh berniqab.. ahaha.. biasalah tu kak,,pengalam pertama berniqab pastinya begitu..moga akak terus kuat untuk berpakaian sunnah.. in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  10. allahu..untungnya sabah boleh pakai niqab..apapun,biasalah tu kak,pengalaman pertama niqab..akak biasakan,,in shaa Allah,,akak akan menangis kerana rasa selamat..apapun,,akak kena kuat,,teruskan untukberpakaian sunnah,,in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers