:: Satu Kepuasan ::

Assalammualaikum Tautan Hati.

Allahu Allah rasa terlalu lama tidak meninggalkan jejak dalam blog ni. Kekangan masa. Bulan yang sangat-sangat busy. Allahu Allah. Kadang-kadang rasa mahu menangis berada dalam suasana kerja diwaktu sahabat-sahabat lain tengah seronok berada di dunia kampus.

Allahu Allah.

Saat air mata mahu mengalir mengenang sahabat-sahabat di dunia kampus, saya memujuk diri ini ;-

"yati sayang, ikhlaskan hatimu sayang. Bersyukurlah. Allah menganugerahkan sesuatu yang tidak sahabat-sahabat lain dapat. Allah memberikanmu rezeki beribu setiap bulan untuk menampung hidupmu. Tidakkah seharusnya rasa syukur itu mendahului segalanya?? jangan jadi hamba Allah yang kufur sayangku"

ASTAGHFIRULLAH. Ampunkan kejahilan hamba ya Allah. Hamba selalu sahaja lupa untuk bersyukur diatas nyawa yang ENGKAU pinjamkan. Allahu Allah.

--------------------------------------------------------

Alhamdulillah wa Syukurillah ^_^

Sebenarnya saya tidak tahu entry apa yang perlu saya masukkan. Tapi saya mahu kongsikan kepada semua tautan hati tentang hobi saya. Hmmm..

Sejak dapat rezeki kerja dari Allah, apa yang saya mahu insyaAllah tercapai. Yang penting mahu atau tidak mahu saja lagi ^^,

Alhamdulillah, saya sudah ada beberapa koleksi tudung labuh, koleksi jubah, koleksi novel-novel islami. Koleksi novel-novel islami ni yang mahu saya kongsikan kepada tautan hati semua. Alhamdulillah sudah banyak buku yang saya miliki. ^^,

Tengok tu, betapa pemberian Allah itu maha Agung. Allah uji saya sedikit cuma. SEDIKITTTTT tapi nikmatnya??? Allahu Allah. Banyak yang boleh saya dapatkan dari gaji setiap bulan.

Ok, mari tengok antara koleksi buku saya ;-






Ini antara buku koleksi saya. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi ini yang paling terbaru. InsyaAllah, 13/11 ni saya akan ke kuching. Shoping beli buku ilmiah ^^,

stop setakat disini ^^,

1 comment:

  1. tahniah! wah, jeles pulak pasal ukhti dah mampu beli barang2 kegemaran, sedangkan ana still menagih simpati mak ayah utk bagi duit saku. huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers