:: Info - Info - Info ::

^_^ Assalammualaikum ^_^


Apa khabar semua? makan apa hari ini? Sampai ofis saja tadi, Kak Selim hidang kerepek ubi. Nyummy. Bertambah la kalori dalam badan saya ni ^_^.

Dalam tak sedar, rupanya makanan yang kita makan selama ini boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Jadi tidak hairan lah bila pelbagai penyakit menyerang kita di usia tua mahupun muda. Sekarang ni banyak penyakit yang menyerang kita. Sakit jantung, kencing manis, stroke, diabetis, buah pinggang, buah hati, sakit hati..eh ade ke penyakit tu?? hehehe.. Kata Nabil "Lu pikir la sendiri" ^_^

Tadi cerita la pasal kalori-kalori dalam makanan ni. Ya Allah memang dahsyat la makanan yang saya makan hari-hari. Kalori tinggi oii. Walaupun badan den ni kocik jo. Tapi jangan tak tau, kalori tu tinggi. Yang berbadan besar pula jangan anggap dia tu berkalori tinggi. Huhu. Hakikatnya mungkin la kalori dia lebih besar dari saya yang kecik ni.

TAPI>>>

Awal tahun, saya dan kawan-kawan ofis buat medical check up. Buat medical check up ni diwajibkan untuk semua staff Medical. Termasuk la dalam department kami ni. Mahu tahu staff kami yang kecik dan kurus tu la yang tinggi kalori. Huh!! Percaya??  Betul ni, saya tak main. ^_^

Ok sekarang kita tengok statment dibawah ni. See berapa banyak kalori dalam makanan yang kita makan hari-hari. Hehehe..

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN



Kategori:Kuih Muih

1.      Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2.      Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3.      Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4.      Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5.      Popia goreng (satu) = 130 kalori
6.      Popia basah (satu) = 95 kalori
7.      Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8.      Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9.      Karipap (sebiji) = 130 kalori
10.    Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11.    Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1.      Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2.      Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3.      Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4.      Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5.      Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6.      Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7.      Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8.      Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9.      Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10.    Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11.    Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12.    Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13.    Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1.      Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2.      Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3.      Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4.      Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5.      Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6.      Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7.      Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8.      Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9.      Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10.    Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11.    Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12.    Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13.    Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14.    Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1.      Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2.      Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3.      Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4.      Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5.      Burger keju (satu) = 425 kalori
6.      Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7.      Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8.      Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1.      Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2.      Betik (sepotong) = 45 kalori
3.      Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4.      Durian (5 ulas) = 64 kalori
5.      Limau (sebiji) = 42 kalori
6.      Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7.      Nenas (sepotong) = 59 kalori
8.      Epal (sebiji) = 63 kalori
9.      Ciku (sebiji) = 44 kalori
10.    Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman

1.      minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.      minuman kotak 250g = 105 kal
3.      susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.      susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.      aiskrim 2 skop= 390 kal
6.      susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.      yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.      mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.      keju chedar 1 keping =58 kal
10.    Teh tarik = 120 kal
11.    Kopi susu = 120 kal
12.    Teh O = 20 kal


Sudah hitung berapa banyak kalori yang kita kumpul dalam sehari?? 

Memang betul cara makan yang dianjurkan Rasulullah. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. InsyaAllah selamattttttttttt. Tapi tu la, kalau bab makan ni memang nafsu tu sukar dikawal lebih-lebih lagi bila berdepan dengan makanan yang sedap. Huh!! Kompom tambah lagi, tambah lagi ^_^

Tahukah anda, yang sudah tahu tu diam saja la. Senyum ke, tersengeh ke.. ape-ape je la. ^_^ yang penting diam jangan bersuara. Hehehe. Ok repeat again, tahukah anda untuk jantung yang sihat, kita kena berjalan sebanyak 10,000 langkah. Wow!! dapat ka saya buat macam tu?? Kalau dulu insyaAllah kot sebab jalan kaki je pagi petang pegi pejabat. Sekarang ni dah naik kereta. Kompom tidak sampai 10,000 langkah. huhuhu



Tahukah anda, 25 langkah memerlukan 1 kalori (tenaga) dalam badan kita. So, selalu la jalan kaki. 100 langkah dah buang 4 kalori dalam badan. huhuhu. Disamping tu dapat juga sihatkan jantung kita ni ^_^

Sekarang kita lihat dizaman Rasulullah. Rasulullah dan para sahabat selalu bermusafir. Berjalan kaki biasanya dan kadang-kadang menaiki unta. Itu sebabnya dizaman Rasulullah kurangnya penyakit-penyakit yang ada sekarang ni.



Lepas tu, Rasulullah selalu makan buah kurma. As we know, (amboi, orang putih naa ^^,) kurma ni mempunyai khasiat yang sangat-sangat baik. Itu telah diyakini oleh saintis-saintis barat. Betul, saya tidak tipu ^_^

Tengok kalau kita puasa, time sahur Rasulullah ajar kita makan kurma dan minum air kosong sahaja. Kenapa?? Sebab kalau perut kita terisi makanan berat awal pagi, ianya akan menyebabkan kita cepat lapar. Mesti kamu pernah lalui semua ni kan. Saya pun pernah ^_^. 

Tahun lalu, saya makan nasi time sahur. Dalam jam 10 pagi perut mula terasa lapar. Huhuhu. Lepas tu badan mudah lemah. Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan tahun ini saya hanya makan 3 biji kurma dan segelas/ dua gelas air kosong. That all. Alhamdulillah memang tidak akan lemah. Sebabnya badan kita ni memerlukan glukos (gula). Jadi, manisnya kurma dapat membekalkan glukos dalam badan kita.

Wah!! Hebat kan Islam!! Hebat kan Rasulullah ^_^



Satu lagi, pernah tak rasa perut berbunyi?? krook krook krook.. Pernah?? Mesti pernah kan. Bohong la kalau tidak pernah ^_^. Mahu tahu kenapa perut kita berbunyi?? Itu salah satu proses pembersihan. Yang berbunyi tu ialah dibahagian usus kecil kita. Masa itu usus kecil kita dalam keadaan yang kosong. Yang ada mungkin sisa-sisa makanan macam tulang ikan ka, biji lada ka, biji terung ka atau apa-apa sahaja yang tidak sempat dihadam. Lepas tu, setelah bersih barulah ianya dihantar kepada usus besar ^_^
(siaplah kalau salah bagi penerangan..^_^)

Kebanyakan kita bersangka bahawa bila perut berbunyi itu tandanya lapar kan?? kan? kan? kan? Eleh tidak mengaku konon. Hahaha so hari ini kita tahu. Tapi itu la, kesian usus kecil kita. Belum sempat dibersihkan, terus pula diisi dengan makanan lain. Kasihan.

Jadi, sekali lagi kita lihat bila mula bulan Ramadhan. Alhamdulillah masa bulan ramadhan usus kecil kita banyak kali dibersihkan. Alhamdulillah. Tengok keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita. Bulan rahmat tu ^_^. Ingat Rasulullah pesan bila time berbuka kita mesti makan kurma dulu atau makan makanan yang manis contohnya air sirap kan. Sebabnya untuk mengembalikan glukos dalam badan kita dan insyaAllah rasa lapar akan berkurang ^_^

----------------------------------

ok nanti saya cerita pula khasiat-khasiat kurma dan yang sewaktu dengannya. ^_^

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk kita. Walaupun tidak teratu ayat saya, harapnya kalian faham ^_^

Jagalah kesihatan kita sebab itu salah satu amanah Allah kepada kita. Tubuh badan kita ini hanya barang pinjaman dari Allah. So kita kena jaga baik-baik. Kalau barang kita dipinjam orang, mesti kita tidak mahu dia merosakkan barang kita kan. So, begitulah juga kita dengan Allah. Jaga la apa yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan kembalikan barang pinjaman dalam keadaan yang rosak kepada Allah.

"ya Allah, sungguhpun hati hamba ini ada dalam tubuh hamba, hamba tetap tidak mampu menjaganya. Oleh itu, hamba serahkan hati hamba kepadaMU agar beroleh nur kecintaan hamba kepadaMU"

Saya sayang semua hamba Allah ^_^


1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers