:: Hanya PadaNYA ::

Assalammualaikum semua..
Apa khabar iman kita dipagi ini? ^_^
semoga sihat-sihat hendaknya.

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.

Sebelum terlambat, saya mahu ucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua ^_^



Termasuk tahun ini, ini kedua kali saya beraya Korban di negeri orang. Perasaan sedih itu tidaklah terasa sebab di sini saya ada keluarga angkat yang sangat meraih tetamu. Terasa kemesraan yang dia orang berikan. Terasa kasih sayang yang mereka curahkan.

Apa pengorbanan besar yang telah kita lakukan untuk agama kita Islam? Allahu Allah. Malu diri ini ya Allah. Bila diamati, sungguh sedikit pengorbanan yang telah saya lakukan untuk agama Allah.

Disini kita kena koreksi diri semula. 

---------------------------------------------

Allahu Allah. Ujian dari Allah silih berganti. Tapi saya berusaha untuk bersabar. Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Kadang-kadang mahu menangis. Tapi, menangis untuk apa saya sendiri tidak pasti. Banyak perkara yang difikirkan. Soal ofis, keluarga, hati dan perasaan. 

Kalau soal hati dan perasaan ini insyaAllah mudah untuk saya selesaikan dan saya lebih kepada berdiam diri. Tunggu sahaja apa keputusan seterusnya dan tunggu apa yang telah Allah tentukan untuk saya ^_^. Istikhara dibuat agar tidak tersilap memilih. Tapi ingat, istikhara ini bukan hanya untuk satu perkara sahaja. Jangan lupa buat solat-solat sunat yang lain.

Biasanya Allah akan kejutkan hambanya di 1/3 malam. Sedar tak sedar memang kita ada terbangun sekejap. Kita tengok jam, lepas tu dalam hati kita  "oh baru jam 3 pagi..subuh lambat lagi" Lepas tu kita sambung tido lagi kan kan kan. Mari sini saya nak kongsi sikit, kalau kita terjaga di 1/3 malam tapi malas nak bangun untuk solat, duduklah sekejap. Berdoa kepada Allah sebabnya Allah turun ke bumi di 1/3 malam. Semoga doa kita diterima Allah. Berzikir sebelum mata tertutup lagi ^_^

Tapi, jangan lepaskan peluang 1/3 malam tau. Barakahnya sungguh banyak. ^_^

--------------------------

Masalah ofis??  Allahu Allah. Turun naik Jabatan Akauntan Negara (JAN) untuk urus baucer bayaran yang tersalah no invois dan tersalah akaun bank. Bersyukur sangat sebab masalah itu bukan dicetuskan oleh saya. Bos tersalah enter. Apa lagi, saya terpaksa naik turun JAN untuk mengurus segalanya. Kalau ada lif ok, ini Allahu Allah.. terpaksa naik turun pakai tangga ^_^

Air mata memang sudah mahu keluar. Tapi, saya memujuk hati
"yati, ingat ini amanah dari Allah. Amanah Allah ini mesti dilaksanakan walau seperit dan sesakit mana pun yang yati hadapi. Diakhirat kelak Allah akan persoalkan semua ini. Bersabarlah. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar"

Alhamdulillah... Berjalan dengan langkah penuh kepatuhan pada amanah yang telah Allah berikan ^_^

---------------------------------------

Alhamdulillah ^_^

1 comment:

  1. bersabarlah...sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita...

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers