:: Bunga Bunga Cinta ::

SUBAHANALLAH!!!!

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^

Alhamdulillah dapat juga meluangkan sedikit masa untuk membicarakan soal hati yang sejak kebelakangan ini dipenuhi bunga-bunga cinta ^_^.

Bunga-bunga cinta yang pertama ;-
Alhamdulillah saya dapat kiriman tudung-tudung labuh, niqab dan buku-buku ilmiah dari my lovely cousin.

Bunga-bunga cinta yang kedua ;-
Alhamdulillah Allah permudahkan pertemuan diantara saya dan juga Surianah. Diawal perancangan untuk berjumpa memang penuh dengan ujian. Kadang-kadang air masa saya jatuh juga. Risau kalau-kalau tidak dapat berjumpa ^_^

Bunga-bunga cinta ketiga ;-
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya ketika berniQab. Keluar dari kereta, jantung asik dup dab dup dab saja. ya Allah. Rasa mahu menangis dan rasa mahu buka saja niQab yang saya pakai. Alhamdulillah Allah kurniakan kak Ada dan Surianah sebagai teman penguat time jalan-jalan dekat Kuching.

Bunga-bunga cinta keempat ;-
Rasa kasih dan sayang pada sahabat-sahabat yang dirindui mekar sampai saya menangis sebab rindu sangat pada mereka ni. Ya Allah, andai rindu hamba ini mendekatkan hamba kepadaMU, kekalkan rasa rindu ini dan biarkan rindu ini keranaMU yang utama T_T.

Bunga-bunga cinta kelima ;-
Alhamdulillah banyak buku yang menanti untuk dibaca ^_^. Shoping buku bersama Kak Ada dan Surianah. So, rasanya kurang la masa untuk menulis entry-entry baru dalam blog saya ni.

Bunga-bunga cinta keenam ;-
entah, saya sendiri kurang pasti adakah ini bunga-bunga cinta atau tidak. Seandainya ia, semoga rasa ini dipandu dengan iman T_T. Seandainya bukan, saya serahkan kepada Allah kerana segalanya dari Allah.

-entry yang tidak teratur ~_~-

1 comment:

  1. tuhan selalu memberi jalan kepada hambanya yang sabar dan berserah diri.

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers