:: Bahaya Tidur Selepas Subuh ::

Assalammualaikum dan Salam 1 Akidah.

Alhamdulillah wa syukurillah.

Bersemangat bangun pagi hari ini. Bukan apa, masa-masa sibuk dipejabat akan berakhir insyaAllah esok hari. Adalah masa untuk saya mencarut-marut dalam blog saya^_*. Rasa rindu pula setelah sekian lama bersengkang mata tekat nombor sahaja dalam sistem. Hehehee..

Sekarang ni ada di pejabat. Uncle yang merajuk?? Aduh rajuk si tua ni terlalu lama juga. Kadang-kadang mahu biarkan saja dia dengan rajuknya. Saya sudah baik-baik say "good morning uncle", boleh-boleh dia jawab dengan memek muka yang errrrrrrrrrrrr geram la. Dah la muka uncle tu macam shinchan hehehe merajuk-merajuk pun tetap comey ^_^

Uncle ni same birth lagi dengan saya. Huhuhu. Nasib baik la rajuk saya ni sekejap tidak macam uncle tu. Minta bila saya tua nanti tidak la macam uncle tu. Hehehehe.

Lupakan about uncle tu, biarkan dia dengan rajuk dia tu. Nanti sedar juga la tu. Dah tahu itu salah dia kan. Saya hanya mampu tersenyum tengok telatah orang ofis ni. InsyaAllah, apa yang saya buat tu demi kebaikan mereka juga. Aduh...

"saya ni baik sangat ke?? Allahu Allah"

-----------------

Sampai ofis saja, bos sudah minta laporan kewangan. Tapi saya terlupa bagi sebab duk depan my love lappy (laptop) ni. Kantoi lagi la oleh bos ^_*. Tidak mengapa bos ni ok tapi kalau selalu buat macam ni, alamatnya rosaklah prestasi kerja saya.

Dari kesilapan, keterlupaan dan kelalaian tu, saya sedari betapa Allah itu Maha Penyayang. Sungguhpun saya selalu lalai dari mengingatinya, tidak sedikitpun rezeki dariNYA berkurang untuk saya. Ya Allah. 

Ayuh kita muhasabah diri, kita selalu sahaja lalai dari mengingati Allah tapi tetap juga Allah memberi yang terbaik untuk kita. Tidak percaya?? Lihat diri kita sekarang, apa yang telah Allah berikan. Hebat bukan ciptaan Allah yang ada dalam diri kita.

Renung-renung, fikir-fikir..dan selamat beramal ^_*

--------------------------

Alhamdulillah tadi masa jalan-jalan dalam fB, saya mencari la bahan bacaan (sebenarnya saya ni malas membaca tapi saja membiasakan diri dengan membaca.^_^) saya terjumpa la something yang rasanya perlu juga untuk dikongsi bersama.

Pemilik note tu boleh klik dibawah ni ;-




Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang.
Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

wallahua'lam

-------------------------------

So, sama-sama la kita jangan tidur lepas solat subuh ya. ^_^

"SAYA SAYANG AWAK ^_*"

2 comments:

  1. Tak tidur dah pas Subuh..ngadap lappy kan..hehehe tu la kejanya..

    p/s : Mujur tak ada tenet kat umah, kalu x, mmg tido lmbat la cek ni..hehe

    ReplyDelete
  2. memang berbeza jika tidur selepas subuh. terasa malas nak bangun kalau tidur lepas subuh...

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers