::Tak Tahu Masak ::

(ENTRY LAMA)


Assalammualaikum wbt teratak tautan hati.

Apa khabar?? 2 hari teratak ni ditinggalkan tanpa sebarang berita. Hari ini berkesempatan untuk tulis apa yang terlintas dihati.

Semalam insyirah menangis depan kak Ada (erk...insyirah ni cengeng tau). Tak nak ingat dah cerita semalam.

Buat yang disayangi, insyirah sentiasa menyayangi dan merindui kalian lillahi ta'ala ^_^

~Nas~
~Sue~
~Lar~
~Dyg~
~Su~
~Fi~
~MMAHN~
~Syira~
~Kila~
~Sharmila~
~Eyla Syg~
~Nad~
~Azie~
~Ummu~
~fiQa~
~ct~
~iQa a.k.a SA~
~Zyan~
~Kak Ada~
~As~
~Jieha~
~Jaja~
~Ira~
~mama Daniel~
~Aien~
~Kawan2 Induksi *Gurl only ^_^*
~Plkn~
~Sahabat2 1997-2002~
~Sahabat2 2003-2009~
~KRUPSSKM~
~Kawan2 FB~
~MUSB *Makmal Ubat Dan Stor Bhg Sri Aman~
~Orang2 Sabah~
~Orang2 Sarawak~
~Seluruh manusia di dunia ini~

Semua masuk juga. Tiada terkecuali ^_^.

Hari ini, sahabat insyirah yang masak. Nama dia Alice. Budak cina. Subahanallah, dia masak punya sedap.

Mr/Ms Tetamu : jap..before u sambung, awak ni reti masak ke tak??

Insyirah jawab k..

"Tak tahu masak =_="

Mr/Ms Tetamu : ye ke? Tak boleh kawin la kalau macam ni.

Erk..ye ke tak tahu masak tak boleh kawen? Sejak bila syarat tu jadi yang utama??

Insyirah ni pandai masak la ^_*. Dulu kan ada pengalaman berniaga makanan selama lebih 5 tahun. Lauk pauk insyirah yang masak tau. Tapi mak insyirah kena ada di sebelah la. Dok tengok anak dara dia ni pandai ke tak. Tapi kekadang, tugas masak serah dengan kakak Asmah dan kakak Erna. Ha, diorang lagi terer. Kalau bab goreng ikan atau masak yang minyak boleh memercik, tu serahkan pada insyirah. Minyak menjadi sahabat insyirah.

*aik..tetiba pula cerita pasal kehebatan aku masak..stop la..tak pasal2 aku kena suruh masak padahal tak teror mana pun. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Hikhikhik*

-----------------------------------------------------------------------


Aik, jangan salah sangka ya.. Post diatas sudah lama tersimpan dalam draf belog insyirah. Tadi after makan with Kak Syuhada dan Kak Atik, teringin pulak cek post-post insyirah. Tup tup tup, jumpa entry ni. Bila baca balik, AllahuAkhbar !! tersenyum sendiri insyirah. CEh, memory with Alice la tu. Dah lama kot post ni, rasanya bulan Mei *kot*. Not sure. Dah tak ingat, lupa nak tengok date before nak continue write this entry. Tak pe la, its not important kan. Forgot it !
~lama suda tidak guna Insyirah as my kata ganti nama diri ^_^.  Lain ni rasa dia...hihihi~


Sebenarnya saya tidak tahu apa nak taip bendea apa. Alhamdulillah tetiba 'dia' send something dalam mesej fB saya. Ada kaitan juga dengan orang-orang yang tak tahu masak like me la ^_^. Bukan apa, biasanya bagi orang-orang bujang termasuk saya juga (bukan semua yaa ^_^) suka membeli makanan yang segera. Macam maggi, keropok dan sardin tidak dilupa.


~Terima kasih buat 'dia' yang send mesej tu ya. Terima kasih dalam tidak sedar bagi saya idea untuk sambung cerita ni ^_^. Terima kasih~


Kalau saya tanya, 3 jenis makanan segera tu ada tak dalam rumah korang sekarang ini?? Maggi jangan kata. Mesti ada kan kan kan kan?? Hihihihi. Saya pun ada juga stok maggi dalam rumah. Dah lama beli tapi sampai sekarang tak sentuh lagi. Almaklum, dirumah sewa saya ada sahabat yang rajin masak. Saya pulak bila masak?? Entah la. Pernah juga masak tapi tidak sedap >__<


Oh ya, sardin?? Haaaaa siapa suka makan sardin?? Harap saya beli, tunggu laaaaaaaa mungkin tak akan beli. Kawan-kawan serumah pun jarang beli sardin. Entah, selera kitorang sama kot ^_^. 


Bah, saya kasi share la itu cerita. Sejauh mana kesahihan cerita ni saya pun inda la tau. Boleh la tanya yang lebih pakar tentang ni. Tapi bila fikir balik kan, makanan dalam tin ni nda bagus bah. Iya la, kalau kita sendiri pun boleh fikir kan. Better kita masak sendiri, insyaAllah lagi sedap ^_^.
~tiba2 tersleng sabah..nda apa la ba kan ^_^~


Bah....sila-silakan, sudi-sudikan membacanya. Kita ambil pengajarannya ya ^_^. Hikmahnya, kita kena masak. (untuk saya ayatnya macam ni " Haryati kena belajar masak !! "


~Sumber~



~~~BAHAYA SARDIN. ~~~ BACA! PENTING untuk PEREMPUAN!


Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin... cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-
Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh


Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.


Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.


Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.


Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.


Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.


Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.


Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.


Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.


Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.


Setakat mana kebenaranya


Wassalam wallahualam


copy paste dari Cinta Allah Cinta Abadi
by: Suffian Man




1 comment:

  1. Dah lama tak makan sardin n magi sebnarnya..hehe risau betul.skang ni kena lebih jaga kesihatan tau..sebabnya kalu tak mau susahkan orang lain akibat kesihatan kita, kita kena betul-betul care naa.. hehe

    p/s : pengalaman sendiri sakit teruk..ahakz

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers