:: Belajar, Mengajar ::

~Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad~

Alhamdulillah, hari ini masih lagi bernafas seperti hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah, hari ini masih lagi menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan damai walaupun hakikatnya dunia ini semakin menampakkan kemusnahan kecil. Alhamdulillah, hari ini masih lagi melakukan rutin harian sebagai pekerja demi meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah dimuka bumi ini.

Assalammualaikum w.b.t ^_^

Hari ini, bangun dengan semangat baru! Ceh, konon jak la semangat padahal sebaliknya. Huh! Tidak apa la kan, sekurang-kurangnya, selebih-lebihnya kita berusaha untuk mencari semangat baru untuk terus tersenyum indah. Seindah suria pagi yang menyinari. Kan kan kan?

Ada la seorang sahabat ni, sahabat sama negeri. Dia terkejut bila saya cakap "saya belum pandai mengaji lagi ni. Huruf jawi pun tunggang langgang juga saya baca". Sudah kita tidak tahu, mahu sembunyi buat apa kan? Semoga ada la yang mengajar kita nanti. Dan semoga kita berusaha untuk ke arah itu.

Boleh dia jawab macam ni ;-

"ingatkan ko pakai tudung labuh macam ni ko pandai la sekurang-kurangnya mengaji atau baca Quran. Rupanya tidak. Adeh!" Siap buat memek muka yang kurang senang. 

Saya senyum. Takkan mahu marah. Memang kenyataannya seperti itu walaupun cara itu mengguris hati orang yang mendengarnya lebih-lebih lagi si empunya badan. Sabar je la ^_^. Semoga Allah memberi hamba kekuatan untuk tidak marah atau terasa. Terima saja. Itukan nasihat yang berguna. 

Alhamdulillah, di Kenyalang ini la saya ditemukan seorang sahabat. Haye panggil die Kak Ada. Twink Twink. Dia banyak ajar saya almaklum saya ni kan adik manja. Hikhikhik. Adik terlebih MANJA! Kalau time Kak Ada mengajar iqra, kerja saya gelakkkkkkkkkkkkkkkkkkk saja. Ishhhhh, tu la tidak pandai-pandai. Entah apa benda yang lucu. Bila fikir balik, tiada pun yang lucu! Aduss! Kasihan Kak Ada terpaksa melayan karenah saya.

Bukan Kak Ada saja, ditemukan juga seorang kakak. Cumillll. Orang cakap kami kembar! Sama muka! Eh, betulllllllll saya inda tipu ni. Ceh! Kalau Kak Ada dengar saya cakap ayat macam tu kan, mesti Kak Ada cakap "ha..mula la PERASAN c Yati ni. Yati ni mana boleh dipuji, sekali puji macam tu la jadinya". Adik >___<. Orang baru mau perasan, nda jadi la. Lalalalala~

Oh lupa, nama si Kakak Cumill tu hmmmm nama panggilan saja la, kamek tunggahnya Kak Atik. Nang best kawan ngan nya! Sik lokek. Nya jak jak mok chia mek orang. Ya la malas mok kuar ngan nya. Hahahaha. Sik da la mek guro jak tek. Sekali kitak nangganya, kitak akan rasa nya lawa (sombong), tapi bila kitak udah kenal nya, udah beloya ngan nya, udah tetak sama ngan nya. Huh!!! nang kitak sik henti-henti mok tetak. Ada jak cerita. Otak nya jenis otak mek orang juak la tapi nya ada supan sikit la dari mek orang. Kamek tok supan, supan juak tapi mun dah nemu geng....udaaaaaaaaaaaaa. Nang sik da kelembutan gik. Hahaha. Ops, kontrol, sik boleh tetak gilak kelak nangis. 

#alamak, tersepiking melayu sarawak pulok dah..#

~Alhamdulillah, satu lagi hikmah kenapa Allah menghantar saya jauh dibumi kenyalang. Sudah pasti anda tahu kan kan kan. Alhamdulillah, di bumi kenyalang saya dapat belajar bercakap melayu sarawak dan sikit-sikit bahasa iban. Bukankah itu satu kelebihan yang Allah berikan kepada hambaNYA? Bahasa yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Allahu Akhbar! Tidakkah kita terfikir itu semua. Jangan dulu kita berbicara tengang bahasa-bahasa didunia ini. Dalam kelompok daerah kita sendiri sudah punya pelbagai jenis bahasa yang digunakan. Belum lagi satu Sabah. Subahanallah!~

Murut??? ceh, ada orang ketawakan saya. Diam2 >___<

Alhamdulillah kehadiran Kak Atik dan Kak Ada sedikit sebanyak memberi saya satu sinar harapan. Pastinya sinar itu dari Allah melalui perantaranya adalah mereka. Sangat-sangat bersyukur ditemukan sahabat seperti mereka. Dah la baik hati, solehah, cumillll lagiiiiiiiii ^_^. Dua-dua pandai mengaji. Kak Atik selalu bagi semangat mengaji, "insyaAllah yati boleh tu. Belajar la dengan kak Ada. Boleh tu. Cuba dan buat". Wah! ok ok. Kak Ada pula yang mengajar saya dirumah. Mengajar penuh sabar walaupun gerang sikit. Hahahaha. Siapa suru, si Yati adik manja tu suka main-main!

Selepas itu, Allah hadirkan pula seorang lagi hambaNYA. Saya panggil dia Kak Nurul. Kenal melalui Kak Yati kecayanganku! Jadi, sekarang ini saya sudah ada tiga ustazah di Sri Aman. Semua baik-baik belaka. Keluarga kak Nurul, fuh!!! terbaekkkkkkkkkkkkkkkkk beb!!! Peramah giler!! Saya pun susah mahu berhenti bercerita, almaklum ada saja story mory yang menjadi topik kami. Cerita tentang zaman dulu-dulu masa hidup susah. Kebetulan, kehidupan kami lebih kurang sama la. Seorang peniaga ^_^.

Dan sekarang ini, atas bantuan Allah.. Kami bertiga ;- Kak Nurul, Kak Ada, Kak Yati..ops...salah, Adik yati (saye laaa) sedang belajar mengaji dengan Ustaz Soddiqin, seorang warga Aceh, Indonesia yang insyaAllah sedikit masa lagi akan menjadi rakyat Malaysia. Mohon doanya ya. Jasa beliau mendidik sebilangan anak-anak kecil Sri Aman tidak terbalas walau segunung emas kita berikan kerana ilmu ini tidak mampu dibeli dengan emas melainkan kita sendiri melaluinya, mempelajarinya dari seseorang. Seorang ustaz yang baik hati. Ada teknik cara mengajar. Sudah menjadi pendidik sejak 10 tahun lebih. Yang lebih tu saya tidak tahu pula..hehe.

Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang berjihad! Berjihad untuk menimba ilmu dan berjihad mengenal kalamullah!. Ya, harus usaha lebih dong! Usaha sikit, hasilnya sikit. Usaha lebih, hasilnya pasti lebih. Semoga terus istiqamah. Takut-takut terhenti ditengah jalan. Mujur dikurniakan sahabat yang sentiasa mengingatkan. Saya paling takut kalau saya tidak istiqamah. Allah T_T. Mengenang diri yang sering alpa. Amalnya sedikit, dosanya sentiasa menggunung. Astaghfirullah al'azim...

Selain belajar, kami bertiga juga mengajar. Ajar budak-budak. Anak-anak yang comel, tanpa dosa tercatit! Melihat kesungguhan mereka mempelajari ilmu kurniaan Allah, aku jadi cemburu. Terus nekad dalam hati, demi Allah, kerana Allah..aku juga mesti bersungguh-sungguh seperti mereka. Malah lebih bersungguh dari mereka. Bukan niat untuk berlawan siapa pandai, siapa hebat, siapa juara, siapa lancar bacaannya tapi berusaha membawa bekal lebih untuk menuju ke 'kampung abadi'.

Mengajar budak-budak kecik yang comel bukan la seindah yang kita khayalkan, bukan juga sesenang yang kita sangkakan. Teruk saya dibuli budak-budak kecil! Haha. Ajar yang sorang, tup tup yang sorang tu lagi sudah main-main. Usik kawan sana sini. Ditegur, duduk. Tapi hanya untuk seketika. Lepas tu, buat lagi! Adoi. Selepas itu, saya perkenalkan sistem DENDA pada mereka. Wah! garangnya! Siapa yang masih tersekat-sekat bacaan hurufnya, akan didenda BERDIRI. Kan saya sudah suruh ulang kaji semasa menyemak bacaan kawan lain.

Alhamdulillah, ada peningkatan juga akhirnya anak-anak solehah itu. 2 minggu sudah bersama mereka. Ish, makin manja! Tapi seronok. Sangat seronok bersama mereka. Ajar mereka baca doa makan yang dilagukan. Rupanya ada juga anak-anak solehah yang tidak tahu membaca doa makan. Tidak apa, dari sekarang ini la kita ajar dan biasakan mereka. Masa baca doa makan yang dilagukan tu,  ketawa saja mereka dengar saya baca doa makan tu. Mereka cakap macam budak-budak! Aik >__<. Apa pulak, dah lagu tu macam tu. Karang saya baca doa makan versi lagu rock baru tau! Haha. Ish ish ish, garang bebenor!

Semalam pulak, ada seorang budak baru. Namanya Fajar, ibunya berasal dari Indon, ayahnya asal sarawak berbangsa iban, baru saja memeluk islam. Sempat ta'afur bersama si ibu. "Indon sebelah mana kak?".. "Bandung.." ...  "Bukan Solo??" ...Hahaha. Dah orang tu cakap Bandung, Bandung la. Yang saya ni memandai cakap Solo apa kes. Kakak itu pun kehairanan. Saya tersenyum saja. Membiarkan soalan tidak terjawab. ^______^

Bercerita tentang Fajar, anak didik baruku, berusia 6 tahun, lelaki. Tidak mengenal apa-apa lagi huruf. Tersenyum melihatnya. Seorang anak lelaki yang pendiam, pemalu, penakut. Air mata sentiasa bergenang. Aduhai, kasihan si Fajar yang tidak mahu berpisah dengan ibunya. Menurut cerita si ibu, anaknya memang begitu. Tidak berani berdepan dengan orang ramai. Ke sekolah pun berteman. Seminit tidak melihat kelibat si ibu, bersedialah untuk melihat air mata yang melimpah ruah dan tangisan yang pasti menganggu rakan-rakan lain. Tidak apa, ada cara untuk menanganinya. ^_^

Subahanallah, dalam tidak sedar terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada hambaNYA. Mungkin hari ini kita tidak dapat melihatnya, tapi yakinlah dimasa akan datang kita akan merasai nikmat itu. Pengorbanan selama ini tidak sia-sia. Ada saja hadiah dari Allah sebagai ganti.

~Jom baca surah ar'rahman~



Ada soalan?? Hehehe

Yang Bertanya : "iqra berapa suda?"

Yang Menjawab : "insyaAllah, kejap lagi boleh baca Quran, itupun kalau lulus ujian seterusnya. Masih ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak yang perlu dibaiki. Mujur ada Kak Ada dan Kak Nurul memberikan saya kefahaman. Mohon doanya ya."

~~~~~~~~
Saat ini, saya sangat merindui Kak Ajlaa, Kak Munira dan Kak Mahirah. Kakak yang banyak memberi saya semangat dan kekuatan atas bantuan Allah. Banyak yang telah saya pelajari dari mereka. Semoga Allah menjaga dirimu disana sayang. Terima kasih kerana menjadi kakak juga sahabat buat adik. Mengenalimu satu anugerah terindah dariNYA. Semoga ukhwah yang terbina kekal selamanya meskipun kita tidak pernah bertemu. Sayang kakak semua. ^_^

4 comments:

  1. Assalamualaikum..akak sihat disini alhamdulillah.akak doakan yati dilindungi Allah sentiasa.. amin.. insyaAllah ada jodoh rezeki, kita jumpa sama2 yer..buat gathering ke..hee.. Yati,tak turun semenanjung kah? apepun, jaga diri baik2 naa..mengaji molep2 taw..jgn byk gelak seja.mahu kena babab nanti tu.. :p

    ReplyDelete
  2. waalaikummusssalam kak Mahirah!!!!!
    alhamdulillah...doa adik sentiasa ada untuk akak ^_^...insyaAllah adik akan ke semenanjung juga kak...doakan adik ya.....kak, semalam ada ujian akhir...adik gagal..ada satu salah T_T..lepas tu, isnin ni ada ujian lagi..kalau gagal juga, tak la dapat naik baca quran...akak doakan adik ya..lepas ni, x mau gelak2 suda ^___^

    ReplyDelete
  3. Yati sihatkah d sana? Bila kali last dtg semenanjung? Kelantan sudah sampai kah? Akak klau turun kelantan, suka turun hari khamis,sebab ari jumaat ada pasar tani dan ceramah TGNA di medan Ilmu..ramai org disana, akak suka suasana masa ceramah tu..masa konsert pun ada..:D Nnti ada rezeki kita jalan sama2 nak.hehee.. Oh, ujian apa yg gagal tu? takmo sedih la, sudah usaha kan, redha sajalah. InsyaAllah ada rezeki lain kali pulak..Isnin ni ujian baca Quran ye? Oh seronoknya blaja al-quran.. Akak teringin betulkan tajwid..akak dulu masa mengaji, pandai baca saja..tajwid abis bersepah...hah..skrg rasa rugi bila tak pndai tgk tajwid..baca AlQuran pun rasa tidak tepat je..mesti makna pun larik kan :( ok, lepas ni kene serius skit yer..tapi jgn serius sgt, nanti orang takut tgk muka kita pulak..hehehe.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah yati sihat kak...Hujung bulan 7 tu yati pegi. Jumpa kakak di sana. Kebetulan kakak yati kerja di sana. kelantan blm sampai, nakkkkkkk sangat pegi kelantan kak...nak nak nak nak nak......hehehe..insyaAllah kak....nak sangat jalan sama2...

    ujian baca quran kak....adik salah satu bacaan tu...sepatutnya didengungkan tapi adik baca biasa saja...ya betul2, dah usaha kan ^_^

    okey kak..lepas ni adik serius ^_^ tak nak gelak2 lagi......senyum saja la...hehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers