:: Kawin? Betulkan Niat Dahulu ::


KAWIN??

Dengar bunyinya macam best kan? Iya la, dapat bersama dengan yang tersayang. Siapa yang tidak mau kan? 

Hari tu, sahabat saya yang baru saja bertunang tu mesej saya. Dia mintak nasihat sebab dia on the way ke alam perkahwinan. Hmmm.. Satu tugas yang berat.

Nasihat saya, kena fikir betul-betul bila mau kawin ni. Bukan apa, kawin ni kan bukan macam bercinta. Senang-senang saja putus then sambung balik. Bukan begitu. Kawin ni untuk selamanya till JANNAH. Itu kan matlamat kita?


 Bila kita nak kawin, kita mesti ingat yang pasangan kita tu bukannya sempurna. Selagi namanya manusia, pasti tidak sempurna. Jadi set dalam minda kita yang pasangan kita juga ada baik dan buruknya macam kita juga sebab, biasanya bila dah kawin baru kita akan nampak semuanya. Siapa pasangan kita sebenar. Jadi persiapkan diri. Jangan terlalu anggap pasangan kita tu yang the best person in the world sebab kita takut dengan satu kesalahan kita terus hilang respect pada dia.

Nama juga manusia kan?

Satu hal lagi yang kita perlu sedar, bila kita terima dia bermakna kita terima juga keluarga dia dalam hidup kita. Mahu atau tidak, itulah hakikatnya. Mungkin kita boleh terima family dia, tapi family dia boleh ke terima kita? Jadi, kita kena dalami perlahan-lahan kehidupan pasangan kita. Kita cuba ikut rentak irama lagu..baru serasi. InsyaAllah. ^_^ (yang penting tidak melangar syarak..)

Perkahwinan ni ada manis pahitnya. Sedangkan lidah lagi tergigit kan...Kena sentiasa pandai main peranan. Kita akan pelajari banyak perkara baru. Jiwa mesti kental. Hati mesti tabah. Apa yang penting, jangan pernah belakangkan Allah dalam urusan bersama.

~Saya doakan Kak Atik bahagia dunia akhirat. Layari kehidupan ini dengan bahagia kerana Allah sentiasa ada untuk kita~

~Kenangan.... Hari Pertunangan. First time jumpa bakal mak mentua..hihi~

Dan kini...kami telahpun bersatu :)


inilah permata hati ummi & abi :)

si kembar AmanAmin


1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers