:: My Heart Will Go On ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Erk, apa kes aku tulis tajuk macam tu? My heart will go on?? nak pi mana pulak hati aku ni.

Eh abaikan saja. Tu yang ada dalam otak aku sekarang ni. Tu je la yang aku tulis. Siap tanya kawan sebelah ;-

"eh, my heart will go on kan??"

Kawan aku tu terus blurr bila aku soal macam tu. Ape taknya, time tu kitorang semua diam menghadap lappy. Tup tup aku soal macam tu. Siapa yang tak terkejut kan. Haisss ape la aku ni. Whatever. Kawan aku tu tetap juga jawab. Macam ni  ;-

"ya. My heart will go on (sambil tangan dia kat dada dia lepas tu siap buat macam hati tu pegi jauh.) Kenapa ti?"

"entah. Kenapa ya?"

Lepas tu aku pun diam menghadap lappy. Sampai sekarang ni still tertanya-tanya why aku tulis tajuk macam tu. Oh tak apa la. Lupakan. Abaikan. *aku selalu buat orang tertanya-tanya sehingga aku pun tertanya-tanya. *

Apa-apa pun, apa-apa saja.

88888888888888888888888888888888888

Alhamdulillah, sekali lagi Allah tidak menyia-nyiakan hambaNYA. Diuji tanda kasihNYA.

Alhamdulillah, makan tengah hari tadi sahabat belanja makan. Petang tu pula dapat lagi KFC dari seseorang yang namanya tidak mahu diketahui. Tertanya-tanya juga.

Ya, itulah sebaiknya. Buat baik tak perlu dihebohkan. Terima kasih kepada sipemberi KFC. Bukan saya seorang, tapi semua kawan2 ofis dia belanja. Semoga Allah murahkan rezeki anda yang baik hati.

Satu lagi, amalan bersedekah ni kan salah satu saham kita diakhirat nanti. Jadi jangan kedekut untuk bersedekah. Senyum pun satu sedekah tau. So, terimalah senyuman ikhlas dari saya ;-


~alamak telebih suda~ (senyum)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok, stop untuk merapu malam ni.

Pengajaran untuk hari ini, antaranya ;-

1 . Bila buat baik, tidak perlu dihebohkan takut2 keikhlasan tercalar.
2 . Rajin-rajin bersedekah sebab itu saham akhirat.
3 . Jasa guru haruslah dikenang setiap masa. Tidak salah juga mengadakan satu hari yang menyebabkan kita semua mengingatinya ^_^. Contohnya, macam hari ini (senyum...)
4 . Bila orang buat baik, kita seharusnya berterima kasih dan mendoakan untuknya dunia dan akhirat.
5 . Sebelum buat apa-apa keputusan, fikirkan dahulu baik dan buruknya.
6 . Mulakan dengan basmallah ^_^.
7 . 'aku' kasarkah perkataan itu? -_-

~Tarbiyah dari Allah itu terlalu indah~

= ana =


1 comment:

  1. aku , mungkin agak kasar klu bercakap dgn orang tua . tp dlm penulisan yg santai mcm ni , tidaklah terlalu kasar

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers