Dakwah di Pedalaman Sabah 1 : Kemarau Berakhir



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalammualaikum wbt dan Salam Ukhwah Fillah.

Untuk melihat artikel asal, saya dengan senang hati mempersilakan anda ke Cahayafm.net. Jika anda belum menjadi ahli dan ingin menjadi ahli, dengan senang hati boleh klik pada 'ask to join'.



Kita bertemu disana. Semoga Allah merahmati kita semua yang berusaha untuk menyebarkan risalah Allah.

Kisah Dakwah ini dicoretkan sebagai pedoman buat kami yang terutamanya warga Sabah, kepada rakyat Malaysia amnya dan seluruh ummat didunia khususnya. Semoga perkongsian ini menyemarakkan lagi semangat kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam dibumi Allah. Yakinlah, jika kita membantu membangungkan Islam yang kian rapuh di hati ummah dek penangan cinta Dunia, insyaAllah..Allah yang Memiliki Segala Kekuasaan akan membantu kita.

Bak kata Saifulislam, 'what u give, u get back'

Ingin mengenali dan mengetahui lebih lanjut tentang pendakwah ini, bolehlah anda bertemu dengannya dialam maya ini, Mohd Fadli Yusof.

*Kisah-kisah seterusnya akan saya masukkan juga kedalam belog dan untuk mengetahui cerita ini lebih lanjut, bolehlah terus berkunjung ke Cahayafm.net



Awal saya menjejak kaki berdakwah di pedalaman sabah, bagai orang menebang hutan belantara untuk buka kampung. Membuka laluan hati manusia agar kenal dan cintakan Allah dan Rasul.

Saya bersama seorang sahabat, Ustaz Mohd Arabi Bin Abdullah menjelajah segenap pelusuk kawasan yang bernama Pensiangan, bermula dari pinggir Pekan Keningau, hinggalah ke sempadan Kalimantan Indonesia. Selagi ada tempat yang ada manusia, kami gagahi untuk sampai ke sana. Misinya hanya satu, menawan hati. Tawan hati untuk kenal dan cinta kepada Allah dan Rasul, bukan untuk diri sendiri.

Kami naik apa saja yang sempat, kadang-kadang naik van (dipanggil bas mini), motorbot atau lori balak, traktorpun kami tumpang.

Pakaian kami, pakai cara Rasulullah, berjubah dan serban. Mungkin pelik dalam pandangan masyarakat setempat, tetapi yang pelik itulah yang mendapat perhatian, dengan barakah sunnah Rasulullah  inilah mereka menerima hidayah, memeluk dan mengamalkan Islam.

Benar sabda Rasulullah :


بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

Maksudnya : Islam bermula dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

Pernah sekali hadir bersama Ustaz Arabi ke sebuah perkampungan dusun, Kampung Rampayan Baru, Sook. Dari sana dapat dilihat Gunung Trusmadi, gunung kedua tertinggi di Sabah.

Sewaktu itu cuaca amat panas, kebakaran hutan sering berlaku. Khabarnya sudah dua  bulan hujan tidak turun. Sebaik ketibaan kami, seorang nenek seolah-olah meracau-racau bercerita kepada orang kampung, sambil menunjuk-nunjuk tangannya ke arah kami.

Kami terus ke surau (yang dibina belasan tahun-tidak diguna sejak era pengIslaman beramai-ramai), dipenuhi najis kambing. Kami membersih sedaya upaya, mencari lapik tikar agar terhindar dari najis. Pendek cerita, malam itu kami solat hajat serta berzikir di surau itu bersama orang-orang kampung. Dengan izin Allah, turunlah hujan mencurah-curah ketika kami berzikir. Gamatlah orang-oarang kampung bercakap dalam bahasa dusun yang tidak kami fahami.

Saya bertanya kepada seorang anak kampung di situ, apa yang diriuhkan? Jawabnya, kamulah yang kami tunggu selama ini. Sejak kemarau panjang, hidup kami amat susah. Air sangat kurang, tanaman habis mati. Ternakan juga ada yang mati...kebakaran sering berlaku di mana-mana. Haiwan-haiwan liar termasuk sering muncul di bawah rumah, kerana hutan telah terbakar...ketika itu..si nenek bermimpi...

Akan datang dua orang ke kampung ini, pakaiannya seperti kamu...Bila tiba sahaja dua orang itu, maka kemarau ini akan berakhir. Sejak itu kami menunggu hari demi hari. Sebab itu kamu lihat kami amat teruja sewaktu kamu tiba ke sini, walaupun kamu tidak kami kenali dan pakaian kamu pelik. Tetapi kami perlukan orang yang berpakaian begini...

Ya Allah..begitu besar hikmah pakaian sunnah ini, barakah mengamalkannya telah mengIslamkan satu kampung, kira-kira seratus orang, yang sebelum ini Islam hanya mengucap syahadah sahaja, kini telah beramal, malah ada yang telah jadi pendakwah pula di kalangan mereka. Allahuakbar.

20 tahun yang lalu...1991

********************************************************bersambung

1 comment:

  1. salam ukhti

    sy ingin ikut serta dlm usaha dakwah kalian. boleh sy tau macam mana?

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers