:: Alkisah Buah Tarap ::

Assalammualaikum..

Tiada sebab lain melainkan kerana Allah yang mengaturnya untuk kita berkawan dan bersahabat kan??

Jalan untuk kita jumpa kawan baru tu pelbagai cara. Mungkin waktu kita tengah tunggu seseorang dan dia pun menunggu seseorang juga dan terjadilah perbualan yang singkat tapi rancak sehingga mungkin saling bertukar nombor talifon. Atau mungkin juga masa kita dalam kesusahan. Indah kan cara Allah atur pertemuan kita dengan seseorang

Saya pun ada beberapa siri pertemuan dengan kawan baru. Jumpa di surau, jumpa di taman, jumpa di kantin hospital. Banyak dan memang banyak.

Ada satu kisah yang menarik saya mau share. Setiap hari berkerja saya akan tunggu en.suami di lobi dan memang ramai yang tunggu di lobi tu juga cumanya saya hanya akan bertegur dengan mereka yang saya kenal atau rapat dengan saya saja.

Ditakdirkan hari isnin tu saya bawa buah tarap ke ofis. Untuk makan sama dengan kawan-kawan. Sampai di lobi saya terserempak dengan satu Jururawat masyarakat ni. Memang selalu la jumpa dia di lobi sebab kami masing2 tunggu suami masing-masing tapi kami tidak pernah bertegur pun.

Hanya kerana bau tarap yang saya bawa tu masih lagi melekat di beg sampai la orang lain masih boleh terhidu. Kebetulan kami duduk di ruang lobi tu tapi tidak la jauh sangat jaraknya. Selain tu ada juga JM lain yang memang selalu jadi teman cerita sambil menanti diambil.

Tiba-tiba JM yang tidak pernah bertegur ni bersuara..

JM 1 - "macam saya terhidu-hidu bau tarap ni..entah kenapa..perasaan saya kali kan"

JM 2 - "iya...saya pun begitu dari dalam sampai ke luar saya terhidu bau tarap..siapa la yang bawa ni"

Saya senyum-senyum saja sambil tengok diorang cerita. Bila dua-dua JM tu tengok saya terus saya pun bersuara "saya yang bawa tarap pergi ofis tadi..haha"

Terus kami semua ketawa sama-sama. Hihihi..

Keesokkan harinya.. Saya terserempak lagi dengan JM yang tidak pernah bertegur tu tapi kali ini kami bertegur dan bercerita macam sudah kenal bertahun-tahun. Mesra dan rancak. Wowww seronoknyaaa kann ^__^

Nah, begitu la rencana yang Allah suratkan untuk awal perkenalan kami. Indah pada masanya. Hihihi. Selama ini saya sangka dia sangat sombong tapi sebenarnya dia sangat mesra. Jadi, kita tidak boleh judge orang sebelum kita kenal orang tu. Walaupun sudah kenal, jangan la suka buruk sangka. Ini nasihat buat saya sendiri juga.

~salam perkenalan dari saya ^__^
`


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers