:: Khasiat buah kiwi ::


Semalam kali kelima join kelas ibu hamil albaghdadi. Banyak ilmu yang kak syida bagi. Seronok ada dalam kelas tu. Antara yang menarik perhatian saya bila kak syida bagi tahu khasiat buah kiwi untuk ibu hamil.

Saya ada jumpa beberapa blog yang menceritakan tentang kebaikan buah kiwi.

Just click here -> Blog 1 & Blog 2

So, ini antara kebaikan, khasiat buah kiwi di sini :)

Selamat membaca~~

1. Kekalkan sistem ketahanan tubuh
Vitamin C yang mencukupi ketika hamil penting untuk kesihatan anda dan kandungan. Kiwi adalah sumber vitamin C yang lebih baik berbanding oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel tubuh.

2. Tinggi asid folik
Folate atau asid folik memainkan peranan penting dalam mengelakkan kecacatan saraf sewaktu lahir. Kiwi adalah makanan ideal untuk anda memperoleh sumber asid folik.

3. Mengurangkan sembelit
Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang kehamilan. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi di mana serat sebiji kiwi bersamaan dengan semangkuk bijirin.

4. Tidur nyenyak
Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan sebiji kiwi sejam sebelum tidur, ia dapat meningkatkan kualiti tidur. Hal ini kerana ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan anda memandangkan ia turut mengandungi kalsium yang tinggi.

5. Merendahkan tekanan darah
Tahap tekanan darah yang tidak dikawal dan tidak dirawat dengan sewajarnya boleh memudaratkan anda dan bayi dalam kandungan. Kiwi mengandungi potassium yang melawan sodium bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi. 

Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia. InsyaAllah semua yang Allah cipta itu pasti ada kebaikannya. Tinggal kita saja lagi yang diberi akal untuk memanfaatkannya.
Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan beli buah kiwi. Beli 3 biji saja dulu. Mudah-mudahan si baby umi dalam kandungan ni dapat khasiat yang secukupnya. Aminn.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers