:: TIKUS. Kerana Dia Makhluk ALLAH ::

Puh puh puh... acummmmmmm...
Alhamdulillah... (jangan lupa jawab 'yarhamkillah' ya...)

Wahhhhhh lamanya tidak menghapdet belog. Lama yang berapa lama ya? Huh!

Sibuk?

Eh tidak la.. biasa saja. Tapi entah kenapa tiba-tiba terlupa seketika pada nota hati ni. Emmm bukan lupa la tapi.... (mau cari alasan...tapi tidak jumpa-jumpa...so lupakan saja la kan)

Opssss bukan ini yang saya mahu cerita sebenarnya. Ada cerita yang sungguh mengharu birukan hari saya hari ini. Wah!!!

Ok macam ni,
Hari ini en.Zauj yang hantar saya ke tempat kerja ..
~macam la selama ni bukan dia yang hantar..hari-hari kena hantar pown ^_^~
Masa saya mau masuk pintu utama ke ofis,
saya ternampak makhluk ALLAH ni. TIKUSSSSSSS!
~~grillllll geli saya~

Tapi yang sedihnya, tikus tu tidak dapat bergerak. Saya memerhati dari jauh. Takut.
Lepas tu kan, tiba-tiba datang satu pakcik sudah berumur...
Dia cakap.. "tikusss tikusss...mungkin dia kena langgar.."
Saya cakap la "..iya...kesian dia..kasi selamat dia. Nanti kena langgar kereta.."

pakcik : iya..iya..kejap saya ambil kertas dulu. Dia pun makhluk ALLAH juga. Kita kena selamatkan dia. Kesian juga kan..

saya : ya ya ya....cepat pakcik sebelum ada keretaaa... cepat..

~part menggesa orang saya la nombor satu. Bukan apa, risau kalau2 ada kereta pulak nanti tidak pasal2 dia kena langgar. Huh! Tak sanggup.~

Pakcik tu pun datang lagi dengan kertas. Dia terus ambil tikus tu letak di tepi. Saya pula tersenyum lebar. Semoga ALLAH memberikan kebaikan kepadamu pakcik diatas kebaikan mu itu. Amiin...

Saya tengok pakcik tu sambil tersenyum. "terima kasih pakcik!"

Nah, di pagi jumaat yang penuh berkat ni.. semoga kita mampu berbuat kebaikan walaupun sekecil2 kebaikan.

Pengajarannya, kita kena tolong siapa sahaja tidak kira siapa pun dia sebab insyaALLAH satu hari nanti ALLAH pasti akan bantu kita. Kalau bukan didunia, pasti di akhirat sana kita akan dibantu. Ingat kah kisah dahulu seorang pelacur yang dijanjikan syurga untuknya hanya kerana memberi minum seekor anjing??

Semoga ALLAH merahmati kita semua ^_^

2 comments:

  1. Alhamdulillah tikus terselamat...mujur di jumpai manusia yang baik hati ^_^

    ReplyDelete
  2. hari tu nampak kucing mati dpn rumah jiran..tp mmg tak kuat nak pi tolong..petang tu, housemate pi tanam belakang rumah... =_=

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers