:: Chef Terjun - Bhg 1- ::

Bismillahirrohmnnirrohim :)

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Selamat datang ke segmen "Hah! Aku chef terjun!". Hihi. Ceh! Chef la sangat. Tak layak langsung dipanggil chef tapi nak jugak gelaran tu. 

Ha, hari ni mau share apa yang saya masak pagi tadi. Tetiba rajin buat bekfes untuk diri sendiri. Lepas tu bukak la esbok rumah sewa kitorang. Ada la jugak bahan-bahannya. Sikit jak bahan yang diperlukan. Almaklum kan chef terjun namanya. Apa yang ada, tu saja la yang digunakan.

Opssss... saya pun tidak tau apa nama masakan yang saya masak. Jenuh menunggu idea datang semata-mata untuk memikirkan apa nama yang sesuai bagi masakan yang saya masak ni. Last-last tu, saya bagi nama.. "Mee Goreng Terjun". Haha. Ok ka nama tu? Whatever la kan, janji dapat makan dan insyaALLAH seeeeedappp.

Ha, before mau masak..
Mulakan la dengan basmallah..
"Bismillah.."

Ok, kita start naa..

Bahan-bahan yang diperlukan ;-
~perlu ka saya terangkan bahan-bahannya??~


1. Mee (mee tu terpulang la korang mau apa kan. MeeHoon pun boleh jugak.)

2. Kobis

3. Lobak

4. Telur

5. Nugget

6. Bawang merah + putih (tapi time ni di rumah ada bawang merah saja. bawang putih dah abes dah.)

7. sos cili + lada putih

8. Maggie Cukup Rasa (yang dalam kontena tu..itu main beli..lupa pulak take pic bungukusan maggie cukup rasa tu..)

Ok.. tu jak bahan-bahannya. Ada juga guna minyak tapi tak la tersenarai dalam pic tu. Takkan tu pun saya nak habaq kan. Tau-tau sendiri la kita naa..

Cara-caranya ;-

Pertama sekali, sebelum buat apa-apa better kita lembutkan mee tu dulu. Kalau mau cepat, boleh guna air yang panas atau guna air biasa pun boleh juga tapi lambat la.

1. letak la mee tu dalam mana-mana bekas. Saya letak dalam bekas ni. Hihi.

2. Tuangkan air panas. (saya guna air panas)

3. Then biarkan sampai mee tu lembut. Jaga-jaga tau jangan bagi lembut sangat. Biar keras-keras sikit. Time masak tidak la mee tu hancur kan ^__^

4. Tadaaaaaaaa. Toskan dia. Jangan bagi rendam kat air. Nanti tambah2 lembut jadinya. Sebaiknya cuci menggunakan air sejuk. Ala...air paip kat rumah kita laa ^_^

~Okey...urusan mee dah siap..sekarang kita ke kerja-kerja seterusnya.~


1. Kupas bawang tu. Hu!! Pedih mata den. Ketara sangat tak biasa masak.

2. Dah kupas, cuci la sampai bersih ^_^

3. Hiris la halus-halus. If korang mau tumbuk atau bland pun ok juga. Ikut kesukaan korang. Saya hiris-hiris macam ni jak. Malas mau tumbuk. Mau bland tapi rumah bujang kannn mana la ada benda-benda tu.. Hihi

4. Kemudian cerai-ceraikan macam pic kat bawah tu.

5. Ikut suka ati korang la nak potong lobak tu macam mana pun. Tak kisah la kan. Saya potong macam tu la. Malas punya pasal.

6. Then dah siap..ketepikan dulu.. Belum sampai masanya untuk masak. Opss jangan lupa basuh tau ^__^

7.  Kobis ni pun sama macam lobak. Kena potong ikut suka hati korang.

8. Saya hiris kobis kecik-kecik. Kuantiti? terpulang kat korang la nak banyak mana. Saya separuh pun dah cukup.

9. Inilah hasilnya selepas dibasuh. 

10. Telur ni kena basuh dulu tau. Sebelum masukkan telur dalam esbok lagi dah kena basuh. Bukan apa, kot-kot ada najis ayam melekat kat telur tu. Nanti tak bersih la masakan kita kan. Ingat tu! Telur ayam tu kena cuci bersih2 dulu ^__^

11. Selepas cuci kulit telur tu, pecahkan macam pic di bawah ini.

12. Pukul telur sampai la kembang. 

13. Ha, ini nugget. Kalau tak nak campur pun tak apa juga. Boleh juga ganti dengan sosej ke atau apa-apa saja. Ikut suka korang nak campur apa ^_^

14. Then hiris la nugget tu mengikut kesukaan anda. Saya hiris gitu-gitu jak. Malas la nak bagi bentuk dadu ka apa ka. Yang penting hiris saja ^_^

15. Dah siap dihirissss ^_^

Setelah semua bahan-bahan tu dah siap disediakan. Sekarang ni kita mulakan masak-memasak ^_^

1. Letaklah bahan-bahan tu dekat dengan tempat kita nak masak. Senang sikit nak amik kan. Sambil-sambil tu kita panaskan kuali.  

2. Bila kuali dah panas, letaklah minyak mengikut kesukaan anda. Tapi jangan letak minyak banyak sangat. Tak baik juga. Sederhana la. Terlalu sedikit pun tak boleh juga nanti melekat kat kuali pulak. Hihihi 

3. Bila dah panas minyak tu.. bolehlah masukkan telur. Ni pun suka hati korang nak letak telur dulu ka atau apa-apa saja. Janji masak kan. Saya pula, lebih suka goreng telur dulu ^__^

4. Kira-kira telur tu dah hancur-hancur, sebelum kuning...masukkan pulak nugget yg sudah dihiris tadi. Goreng sampai kekuning-kuningan.

5. Selepas dah nampak kuning-kuning, masukkan bawang pulak. Goreng lagi sampai bawang tu masak ^_^

 6. Selepas dah naik bau, masukkan mee tadi. Tapi sebelum masukkan mee tu better kita cuci sekali lagi menggunakan air. Nak bagi mee tu tak kering dan melekat-lekat ^__^. Gaur la sehingga kita puas hati.. ahaha tak tau dah nak kata apa >_<

7. Seterusnya kita masukkan sos cili. Sebenarnya kalau nak guna kicap pun boleh. Tapi kali ini, saya nak guna sos cili. Campur sedikit lada putih. For those yang tak suka lada putih, boleh juga tak payah bubuh. Tapi memandangkan saya ni nak letak lada putih, letak saja la kan. Lepas tu tambah la dua sudu teh maggi cukup rasa tu..kemudia gaur sehingga sebati.

p/s : korang boleh tambah sedikit demi sedikit sos cili tu. Jangan bubuh banyak terus. ^_^


8. Hah......setelah korang berpenat-penat nak sebatikan campuran-campuran tadi...boleh la masukkan lobak dan kobis tadi. Saja jak bagi kobis dan lobak masuk last sekali sebab tidak mahu bagi dia layu sangat ^_^

ALHAMDULILLAH. Begitulah kesudahan 'chef terjun' masak. Siap dan boleh dihidang untuk 3 orang makan. Oleh kerana saya sorang-sorang dirumah, saya makan sorang-sorang la jawabnya untuk hidangan 3 orang. Amboii kuatnya makan! Huhuhu

Tak lengkap rasanya kalau tiada air penambah perisa. Oleh itu, anda bolehlah minum dengan apa-apa minuman yang anda suka. Saya pulak minum kacip fatima + kopi arab = Subhanallah!! Sedapppp!

 ~setelah dibuka dari bungkusan, inilah hasilnya. Jangan lupa tuang air panas tau ^_^


 ~Fuh!! sedapnya. Nyum nyum.~


Saya pun makan sendiri-sendiri di depan tV yang tidak dihidupkan sebab tV tu dah lama 'mati'.

~Inilah menu sarapan saya pagi tadi ^_^~

p/s :- kalau sarapan dengan en.zauj mesti lagi besh kan ^_^

ALHAMDULILLAH!!

Selesai sarapan. Rehat-rehatkan diri sebentar sebelum minum kacip fatimah + kopi arab ^_^


~aik.....dah abes dahhhhh~

Alhamdulillah. Sekian saja rancangan kita kali ini. Jumpa di rancangan seterusnya ^_^

p/s : time masak tu jangan lupa zikir2 ataupun selawat nna.. sebab kadang-kadang rasa masakan itu mengikut rasa hati kita. Hikhik. Lagi satu, masak untuk en.zauj ni dapat pahala. Ok, lepas ni kena rajin masak >__<

yg benar :-
~aku si chef terjun~

3 comments:

  1. Saya mengenal pasti bahawa, piring yang berbunga itu dan bekas rendam mee kepunyaan seseorang hehe

    ReplyDelete
  2. ..hehe...anda pasti mengenalinya..bukan itu sahaja mangkuk untuk letak kobis dan lobak juga dikenalpasti pemiliknya..hikhikhik...

    --> ckin...nanti cek masak naa... ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers