:: Oh Dunia ::

Bismillahirrahmanirrahim :)

aaachummmmmmm..ALHAMDULILLAH... (jangan lupa jawab orang bersin ni ya.. :p )

puh..puh..puh..

Huh!! Berdebu! Apa tidaknya menghilang nak dekat 2 weeks. Lebih kot =_="

Alhamdulillah hari ni suddenly rajin pulak menjenguk missBelog. Belog still berstatus 'miss' but the writer has already berstatus 'madam'. Alhamdulillah. Who knew kan plan ALLAH untuk kita. Alhamdulillah. Itulah rencana ALLAH for me and en.zauj. Alhamdulillah ^_^. Sangat bahagia even though kitorang terpaksa berpisah jasad buat sementara. Almaklum, amanah yang satu ini (kerja) meminta untuk ditunaikan dahulu. Bukan bermakna menjadikan amanah utama sebagai isteri ditangga kedua. Tidak sama sekali. Apa yang penting, sang suami tercinta memahami dan meredhai pemergian isteri untuk melaksanakan amanah ini (kerja).

InsyaALLAH dalam proses dan sedang menanti jawapan untuk permohonan pindah ke Sabah. Mohon doanya ya ^_^

Kak Atik said : "lepas ini, pengajaran untuk kita.. jangan nilai luaran sahaja tapi kena tengok juga dalamannya"

Terngia-ngia kata-kata sahabat saya tu. Ya, memang betul luaran cantik belum tentu dalamannya juga cantik. Tapi kalau dalaman baik, insyaALLAH pasti terpancar di luarannya. Same way as humans juga kan, tak semestinya them yang tak pakai tudung tu tak baik dan tak semestinya yang pakai tudung tu baik. Maaf saya bukan nak mengata sesama kita. Jom kita fikir sama-sama..

en.Zauj penah cakap kat saya, time tu kitorang dalam kereta. Kitorang buat sesi ta'aruf (Dah kawen dah masa tu...hihi). Cerita itu ini. Cerita la zaman kecik-kecik dulu. Cerita tentang zaman sekolah. Zaman sekolah..zaman cinta cintun. Lepas tu tengah-tengah syok cerita, en.zauj cakap ;-

"bukan masa itu yang dinilai (zaman dulu-dulu). Kalau baik mana pun tapi akhir hidup tidak baik tiada guna juga kan. Yang penting itu kita sedar" something like that la maksud en.zauj.

Saya pun terdiam. Betul kan. Tak semestinya yang dedah aurat ni akan dedah aurat selamanya. Siapa tahu esok-esok ALLAH bagi hidayah kat dia? Kita tak boleh kata dia jahat sebab dedah aurat. Mungkin salah kita yang tak nak tegur mereka yang dedah aurat especially our family. Jadi, bila kita nampak sahabat-sahabat atau adik beradik kita tak tutup aurat, silalah tegur. Tegur ni pun kena juga cara hikmah. Jangan terus-terus nak marah. Mana boleh.

Mereka manusia juga. Ada hati dan perasaan. Andaikan diri kita berada ditempat mereka. Kita sendiri tak boleh nak terima if ada orang bagi advice tapi marah-marah lepas tu terus blame kita tanpa usul periksa. Korang nak macam tu? mesti tak nak kan?

Kita jangan pandang hina orang yang sedang lalai, yang jauh menyimpang dari agama. Jangan pandang hina orang yang sedang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu, nanti-nanti dia akan balik kepada Islam dan menjadi lebih elok dari kita. Siapa tahu kita yang sering solat lima waktu di surau, masjid, tapi akhir hidup kita dalam keadaan su'ul khatimah? Nauzubillahiminzalik.. Hidayah itu rahsia Allah. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNYA.

Itulah kita sebagai manusia. Lebih suka menilai orang lain dari menilai diri sendiri. Kesalahan orang kita nampak tapi diri sendiri kita tidak nampak. Kenapa tidak nampak?? Sebab penglihatan mata kita terbatas. Kita hanya boleh nampak didepan. Belakang kita, kita tidak nampak kalau kita tidak menoleh. Kadang-kadang juga, kita ini perlu nasihat dan pandangan dari orang lain tentang diri kita. Jangan malu untuk bertanya dan jangan takut untuk menegur.

Contoh la kan, ni kitorang belajar cara menegur atau nak mengatakan sesuatu yang mungkin mengguris hati atau memalukan seseorang dengan hikmah time PLKN dulu. Kot-kot boleh la kita amalkan dan jadikan panduan.

Contoh kita tengah jalan-jalan dengan kawan kita. Tiba-tiba ada la satu benda ni tergantung-gantung kat hidung dia. (taik hidung la..apa lagi kan..hihihi). Then kita serba salah pulak nak tegur. Nak tegur ke tak nak. Kalau tegur karang dia malu pulak, tak tegur nanti orang pandang dia lain pulak. Serba salah jadinya kita.

Kalau kita sahabat yang sayang kat sahabat kita, kita kena tegur sebelum orang lain nampak. Boleh jadi fitnah buat dia juga tau! Ye la, nanti orang kata dia ni tak pandai nak jaga kebersihan. Pengotor dan sebagainya. Jadi kena tegur. Tapi tegur tu biarlah yang sopan santun. Bisik kat telinga ke. Jangan cakap kuat-kuat..siap gelakkan dia lagi pulak tu..

"eh...*** taik hidung ko terkeluar lah...!!!! hahaha"

Kan malu jadinya dia. So, kena tegur baik-baik. Buat la gerakan-gerakan yang membuatkan dia pun ikut sama gerakan kita. Pura-pura pegang hidung kita ke. Kalau tak nak bagi dia malu sangat, boleh la kita mulakan dulu..contohnya kita cakap kat dia "eh..ada something yang tak baik tak kat muka saya?".. Lepas tu kawan kita pun jawab.. "mmmm tak ada..ok je.." Bila dia dah jawab macam tu kita mulakan la peranan.. "terima kasih..mari sini saya tengok muka awak. Kot-kot ada something yang tak baik...eh, hidung awak ada putih-putih la..."

Haaaaa.. kan bagus macam tu. Tak la dia malu kan. Tengok betapa indahnya hidup bersama ni. Saling tegur menegur.

eh eh...adakah saya telah tersasar dari apa yang saya mahu katakan yang sebenarnya? Rasanya iya tapi tak apa kot. Ok je ^__^

p/s ; ari tu saya, kak atik dan kak leela beli pan cake kat ***, beli dalam jam 8 lebih pagi macam tu la.. punyalah semangat nak beli. First time kan. Sampai kat opis, then buka-buka je bungkusan tu....punya la frust menonggeng! tak menarik selera langsung! Dah la kecik, lepas tu tak macam pan cake lagi. Tak padan dengan harga. RM6.35 termasuk gov. tax! Apa-apa pun, lepas ini.. nilailah sesuatu itu bukan pada luarannya sahaja. Tapi lihat juga dalamannya. Kerana disebalik kulit durian yang cantik itu belum tentu isinya juga sesedap kulitnya begitu juga sebaliknya.

Apa yang saya tulis (taip) sebenarnya saya tujukan buat diri saya yang utamanya seterusnya kepada yang membaca. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi hambaNYA yang berIMAN.


sekian, yang Benar ;-
aku yang tertipu oleh gambar makanan *** ;-














1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers