:: Miss Lappy ::

ehem...ehem...
Alamakkkkkk
Entry pagi tadi saya lupa bagi salam..
kan kan kan??? perasan ka?

Assalammualaikum w.b.t
Apa khabar pembaca yang budiman lagi dirahmati ALLAH..?
Salam satu akidah dari saya di Bumi Bawah Bayu.

Orang kenyalang, apa khabar kitak tek?? sihat sik??
Orang Malaya, korang ape khabar? sihat ke?
hmmmm...
Orang Bawah Bayu, apa kabar kau? sihat juga ka? ok bha kalau kau kan..

Eik...kenapa kah empunya nota hati seperti tidak betul ni?
hmmmmmm tidak betul??
mana yang tidak betulnya ni??

Hari ini saya mahu melepaskan gian menulis. Sudah lama otak saya tidak bermadah puitis. Rindu rasa hati.

Miss Lappy?
Kenapa? Ada apa dengan MissLappy?

Panjang ceritanya... jika dipendekkan, missLappy sekarang tengah kritikal. Entah apa puncanya. Saya sendiri masih belum menemuinya. Dimana silapnya saya sebagai penjaga missLappy?  Pening kepala memikirkannya. Terpaksa berdiam diri setiap kali terpandang missLappy terkujur dibawah rak tV. Ada rasa sedih yang mencengkam. Apa tidaknya, missLappy menyimpan segala macam memory sepanjang 2 tahun dia bersama saya.

Photo-photo sahabat, lagu rohani, ceramah-ceramah, diari hatiku, surat cintaku untuk sang suami, kenangan-kenangan di bumi kenyalang, terlalu banyak! Segalanya ada disana. Tapi kini? Keadaan itu tidak seperti dulu lagi. Tiada masa untuk merawatnya lantaran kesibukan kerja seharian menuntut untuk di 'rawat' dulu. Hati memujuk, biarkan la missLappy berehat sebentar sebelum en.Zauj merawatnya.

~Ada kenangan yang perlu kita simpan~
~Ada kenangan yang perlu kita kongsi~
~Ada kenangan yang perlu kita kenang~
~Ada kenangan yang perlu kita fikir~

Tapi...

~Ada juga kenangan yang perlu kita buang jauh~

Untuk apa?

Untuk kita bina satu kenangan manis bersama dengan siapa kita bersama sekarang.
Saling menjaga hati...

Untuk zauj tersayang ;- i love u lillah.. Percaya bah...hehe ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers