:: Tentang Dia NSLY::

Bismillahirrahmanirrahim :)

Subuh yang mendamaikan. Sejuk je. Buka miss lappy, terus menjenguk kat belog. Terfikir nak tulis entry pasal sahabat-sahabat yang sangat baik hati. Bermula dari sahabat time kecil-kecik dulu until now and maybe after this. Ewah...sepiking london la pulak tuan rumah ni. Ahaks.

Bila kita sebut tentang sahabat, mesti ada baaaanyak benda yang bermain kat minda kan. Terus teringat sahabat-sahabat kita yang pastinya kadang-kadang telatah dia tu buat kita jadi rindu, senyuman manis dia yang buat kita tambah jatuh cinta, kata-kata semangat dan nasihat yang buat kita lebih dekat denganNYA dan baaanyak lagi kan. Iya, semalam rasa macam nak nangis bila dapat mesej dari sahabat-sahabat.

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni, rasa rindu kat sahabat tu membuak-buak. Rasa macam nak lari je peluk mereka! Iya, rindu. Entah la. Makin dekat hari 'raja sehari' saya, makin pulak rindu kat sahabat. Eh, bila dah kawin nanti, it doesn't mean yang ukhwah kita akan berkurang kan?? Jauh sekali terputus kan?? InsyaALLAH, saya percaya ukhwah kita takkan berkurang kasihnya kerana kasih ALLAH itu menjadi ikatan kita. Ya kan? Sayang sangat kat korang semua!
Hari tu kan, Nasita call saya (Saya panggil dia Nas). Masa tu dia baru je sampai maktab. Kat KL la. Bila dia call tu kan, dah bagi salam.. tanya macam mana perjalanan..tup-tup dia tanya "yati nda sihat ka ni?". Subhanallah! Ya, malam tu memang tak berapa sihat. Panas je badan ni. Macam nak demam tak demam je. Ntah la kenapa. Tapi ada rasa hairan la sebab saya bercerita macam biasa je dengan dia. Lepas saja siap borak-borak dengan dia, terus gi katil. Duduk termenung.
Subhanallah!!Sangat beruntung dikurniakan sahabat macam dia ni. Ya lah, melalui suara sahaja dia sudah boleh detect sama ada saya ok atau tak. Subhanallah! Kuat sungguh rasa yang ENGKAU berikan ini ya ALLAH. Malam tu macam nak nangis je. Ya, memang saya nangis. Rasa nak peluk erat-erat si Nas ni!! Comel!! Dah macam berpuluh tahun tak jumpa dia. Iya, sehari tu rasa macam berpuluh tahun tak jumpa. Sayang ko ketat-ketat nas! *Sayang macam ni untuk sahabat perempuan je tau! :p*

Ingat kisah time kitorang masuk lower six. Time tu semua persatuan beruniform kat sekolah buat aktiviti pegi  ke air terjun kat Kg. Morion. Jalan kaki je. Jauh pulak tu. Kitorang Persatuan Puteri Islam tak ketinggalan. Nak ikut juga. Nak buktikan yang puteri-puteri pink ni TIDAK LEMAH. Cehwa... Hihihi. Lepas tu kan, time masuk hutan tu kitorang tak berpecah. Tetap bersama dari mula nak pegi sampai la balik semula ke sekolah pada hari yang sama.

Peristiwa melucukan, si sayangku Nas ni jatuh tergelincir atas batu. Berdebuk...Jatuh. Time tu nak tahan ketawa pun tak dapat dah. Terburai ketawa ooo. Haha. Bila ingat peristiwa tu, eh...rasa macam nak lagi lalui kisah-kisah tu. Bayangkan, kawan jatuh saya boleh gelak-gelak. Tak tolong langsung! Sue juga yang hulur tangan. Saya asyik gelak tak tahan. Sakit perut. Maaf sayang, bukan tak nak tolong tapi entah la..lemah sendi-sendi sebab ketawa tak henti-henti. Ada take pic kot time tu. Haha.

Tapi tu la, semua gambar tu dah hilang macam tu je. My lovely brother tu terdelete la pulak. Punyalah saya frust!! Frust menonggeng!! Nak nangis pun ada. Ya la, itu kan antara tinggalan-tinggalan kenangan terindah yang sangat berharga! Uwaaaaa tak nak ingat dah pasal gambar tu. Biar la. InsyaALLAH, peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang perjalanan nak ke air terjun tu terakam indah dalam memori. Ahaks.

Time balik tu pulak, kitorang stay kat sekolah kejap. Merehatkan badan. Saya, Sue dan Yb bawak basikal ke sekolah. Almaklum kami kan Geng Basikal Sekolah. Ketua kitorang Harmi lah. Harmi satu-satunya lelaki yang selalu bawak kitorang lumba basikal kalau balik dari sekolah. Bayangkan, 3 perempuan dengan tudung labuh, merempet basikal laju-laju lawan dengan Harmi tu. Kitorang berempat bawak basikal. Larisa bawak motor! Haha. Tapi biasanya kalau malas nak bawak basikal, saya tumpang Lar. Kadang-kadang saya drive, kadang-kadang dia drive. Hehehe.

Berbalik pada kisah kitorang rehat-rehat kat sekolah kejap tu, dah rehat kita pun nak balik. Tapi before balik tu, Nas ni nak mintak ajar naik basikal ops...bukan naik, tapi nak kayuh basikal maksud saya hihi. Ok fine, kitorang pun ajar lah dia. Boleh la sikit-sikit tapi still macam budak nak belajar merangkak. Haha. Comel sangat dia time tu!! Tapi, tidak lama lepas tu.. ada pulak orang gila bertopi keledar tu dekat area-area kitorang ajar dia naik basikal.

Orang tu disahkan gila... tak boleh nak sebut gila apa tapi memang gila la.  Tahu tak, saya bonceng dengan Dayang, sue dengan basikal dia, Nas pulak pakai basikal saya. Time tu kitorang pecut tinggalkan Nas di belakang. Terjatuh-jatuh dia. Kasihan. Tapi kitorang berhenti then toleh belakang. Mula-mula ketawa. Sebab dia sangat lawak masa tu. Kami pun berhenti, tunggu dia sampai kat tempat kami. Kasihan dia. Adoii.. Senyum sorang-sorang bila ingat peristiwa tu!
~ntah apa yang seronok sangat tu..~

Then dapat mesej dari Suriawati, saya panggil dia Sue. Uwaaaaa mesej-mesej. Tanya khabar itu ini. Oh, rupanya dia tak sihat juga. Muntah-muntah. Salah makan kot kan. Ni lagi satu sahabat saya ni, sangat-sangat la baik hati dan onesly saya sangat suka tengok dia senyum. Cute je! Selalu bagi nasihat juga kat kakak sulung diorang ni. Almaklum la, saya ni kan sahabat yang manja. Terlalu lah manja. Terpaksa dilayan juga sebab kalau tak dilayan, makin menjadi pulak manjanya. Ahaks!

Teringat saat-saat kami menjadi 'ninja' bersama. Jalan-jalan pegang tangan. Lepas tu take pic banyak-banyak buat kenangan. Hah, Sue ni pun kaki gambar juga. Suka sangat bergambar. Macam saya juga la. Sekali dah snap, pasti nak lagi nak lagi nak lagi. Lepas tu posing sampai tak tahu nak buat gaya apa lagi. Ceh! Kalah tau model-model majalah tu. Hehe

Lepas jalan-jalan tu kitorang singgah makan roti canai. Sedap. Hihihi. Lepas saja siap makan roti canai tu, saya drive balik UMS. Fuh!! Laju jeee nasib baik tak mati enjin kereta tengah jalan. Kalau tak, siap la saya. Nasib baik Sue bantu saya time tu. Kalau tidak. Asal memandu saja, lupa mana kiri mana kanan. Adoi.. Orang dalam kereta sudah nebes tengok saya drive. Tapi Alhamdulillah sampai UMS juga saya drive. Ingatkan tak sampai dah. Huh!
Dayang?? Dah lama menyepi untuk bertanya khabar. Tapi saya tahu, saya sentiasa ada dalam doa dia pada ALLAH. Begitu juga dengan saya. Iya, itu pasti kan. ^_^. Lagi pun, mesti dia busy juga kan tapi tu la rinduuuuuuuuuuuu sangat kat dia. Sekali dia buka cerita, memang ketawa sakan la tak henti-henti. Dah lah dia ni jenis yang suka cakap gitu je.. haa lagi la kitorang suka. Then, cerita-cerita dia tu memang super best la. Ada je idea-idea merapu yang dia bagi tapi bila difikir kan, best juga idea tu even nampak macam gila-gila punya idea. Haha.

Time raya puasa tahun lalu tu, kitorang tak sempat jumpa kat kampung. Bayangkan!! Tak sempat jumpa padahal rumah tak la jauh sangat. Dalam 3 minit kot jalan kaki nak gi rumah dia tu pun tak sempat! Lagipun time tu kitorang adik beradik sibuk nak buat kuih. Hihihi. Alasan la tu. Lagipun lepas tu saya balik KK dah. Ceh, balik KK tuuu. Bunyi macam orang asal KK je padahal memang anak jati Kota Marudu. Ahaks.

Time Dayang nak balik KIPSAS tu, kitorang pecut gi epot. Macam nak nangis!!!! Takut tak sempat nak jumpa. Ye la, dia kata dah masuk dalam balai berlepas dah padahal flight jam 9.20 malam. Time tu baru jam 7.50 malam. Saya dan Larisa call dia, bagi tau jangan masuk dulu tapi kawan Dayang tu ajak juga masuk balai berlepas. Rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala budak tu. Masa masih panjang pun. Dah la marah-marah kawan kita. Cian kat Dayang Y_Y
(Cek tiket dayang. Rupanya lama lagi baru fly. Huhu)
Bila sampai epot, terpaksa pulak buat muka mintak kesian kat pegawai imegresen untuk bagi kebenaran Dayang keluar sekejap. Kitorang borak-borak sampai lupa dunia. Dia story mory tentang itu ini. AllahuAllah tak kering gusi dibuatnya. Ada saja lawak spontan yang dia buat. Saya dan Larisa dah tak tahan sakit perut nak ketawa. Siap ada cerita yang melucukan ala-ala drama. Biasalah kan pompuan bila dah jumpa, banyak la cerita-cerita dia. Ahaks.

Sejam jugak la borak-borak dengan Dayang. Itu pun tak puas. Kalau boleh nak borak sampai 7 kali malam.  Tapi rasanya tak cukup kot masa tu. Hihihi. Waaaaaaaa. Rindu sangat tau kat Dayang ni. Teman-teman bangku sekolah dulu. Adoi. Lepas je kitorang borak-borak, saat nak lepaskan dia masuk balai berlepas tu tersangatlah berat. Nak nangis!!! Tapi kontrol 'comel', tak nak bagi tau yang kita nak nangis. Saya peluk Dayang seerat-eratnya!! Masa tu nak lepaskan pelukan pun susah. Siyes, sayang sangat kat diorang!
Larisa. Ini lagi satu sahabat yang kalau kita first time kenal, kita akan fikir yang dia ni pendiam, tak banyak cakap. Ya, memang dia pendiam dan tak banyak cakap. Tapiiiiiiii bila dah mula cerita itu ini, siaplah korang! Tak henti-henti nak melawak. Kira Larisa ni penambah perisa lawak-lawak sedia ada. Tak ada Larisa, tak ada la kesinambungan cerita lawak kitorang. Memang gelak sakan la. Haha. Ya ALLAH, saya dilamun rindu yang mendalam kat sahabat saya ni!! Larrrrrrrrrrrrrrrrr, miss u so much.
Dulu, time Lar ni kerja kat KK.. asal saya balik Sabah saja, mesti dia yang akan jemput saya depan pintu epot. Sambut dengan senyuman manis dia tu! Punyalah epy. Tak akan miss makan sunday cone! Mc.D tuuu! Febret kitorang berdua. Rutin tiap kali balik Sabah. Ada banyak la kisah-kisah melucukan yang pernah terjadi kat kitorang. Kitorang pernah jalan pusing-pusing KK sampai jam 3 pagi. Pernah kehabisan duit dan nak beli makanan pun dah tak cukup. Semua korek dompet masing-masing. Bila dikumpul, tak sampai 20 ringgit duit kitorang. Tapi nak jugak makan kat Mc.D. Ya Allah, rindunya kat Larisa!!
Pernah satu malam tu, time nak hantar dia balik rumah..kitorang sempat la gambar kejap kat bawah rumah sewa diorang tu. Bergambar berlatar belakangkan 1Borneo. Tak lama lepas tu, ada orang jerit-jerit. Bising. Apa lagi semua lari lintang pukang. Tak sempat nak hulur tangan nak salam dah. Saya, kakak saya (odea) ngan adik (kundung) terus lari masuk dalam kereta. Kunci kereta, start enjin terus pecut macam tu je. Larisa ngan adik (may) dia tak nampak batang hidung dah. Cepat nya lah lari. Kejap je dah hilang dah bayang diorang. Dalam kereta kitorang gelak!! Pecah gelak kitorang!! Terus call Larisa, "Lar, orang mabuk kah tadi tu??".. Lepas tu sambung ketawa lagi. Hahaha. "Bukan bah tu dui. Itu pekerja di restoran tu.."

Haha. Kenangan malam tu pasti tak dapat dilupakan. Rindu sangat kat korang tau. Nak nangessssssssssss. Rindu rindu rindu. I sure will miss all our memories!

~Lar, Sue, Nas, Dayang...sahabat dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. Segalanya kami kongsi bersama. Terlalu banyak manis pahit yang kami lalui. Tak sah kalau tak gaduh-gaduh, merajuk-rajuk, berbeza pendapat, lain cita rasa. Tapi itulah yang buat kita makin sayang kan..Sayang sangat dengan kamu!!! InsyaALLAH, saya pasti akan merindui kamu semua T_T. Ehhhhhhh janganlah nangis T_T. Saya sangat rindukan kamu!! Saya tahu mesti kamu pun rindu saya kan??? Cakap la....cakap la yang kamu rindu saya.. Jangan biar saya nangis. Saya rindu kamu T_T. Rindu.~

Eh, kenapalah awal-awal pagi ni cengeng sangat. Tapi nak juga nangis. Dah pesan dah kat mata supaya tak nangis. Tapi nak nangis jugak.

Nas, Sue, Lar, Yo (dayang)
Saya mau jadi mata boleh ka??? Kamu jadi hati. Boleh?? Kenapa saya mau jadi mata?? Sebab, mata setia dengan hati. Hati pun setia dengan mata. Bila hati sedih, mata mesti keluarkan air untuk alirkan rasa sedih tu. Air yang buat kita akan rasa lega walaupun nanti mata kita jadi mata panda macam ni --> @_@ <-- (Senyum kejap membayangkan mata panda yang comel tu lepas tu sambung nangis lagi...adoi cengeng betul si Kudui ni!!!)

Kamu pula jadi hati. Kenapa hati, sebab hati kamu ada dalam hati saya!!! Haha (Ketawa bangga...tapi air mata nda berenti mengalir..)

Nas, Sue, Lar, Yo..
mesti comel kan kalau mata saya jadi macam mata panda?? Hihihi (Ketawa dalam nangis). Iya la, saya ni kan memang sudah comel. Rindu mo manja-manja sama kamu. Alamakkkkkk macam mana mau menaip ni. Blurr sudah. Nda nampak apa yang mau ditulis. Inda apa, kan saya mau jadi mata untuk kamu. Mata apa tu???????????? Mata pannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnndaaaaaaaaaaaaaaaaa. Comelllll.

Ok ok ok stop! X mau nangis lagi.. >_<

p/s : Sahabat, maaf kalau saya bukan sahabat yang baik untuk kamu. Maaf kalau ada hak-hak kamu yang telah saya abaikan. Saya akui, saya bukan sahabat yang baik dan selalu tiada disisi untuk kamu tapi insyaALLAH, saya adalah sahabat yang sentiasa ingat dan rindu kamu >_<.


~Salam Rindu~

p/s : Cerita ini ada sinambungannya. Bertemu dalam entry Tentang Dia SF.

1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers