:: Doodle2 Saya ^__^ ::

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar? hari ini saya dengan semangatnya nak upload doodle-doodle yang saya draw using excel untuk tatapan anda semua. Hikhik. Tak cantik mana pun. Tapi tu la, nak juga upload. Penat tau kite buat. Saya banyak tanya pakcik google, then pakcik google kenalkan la dengan kawan-kawan (belog orang ) dia yang teror buat bende ni semua. Uwaaaa teruja giler! Tambah semangat nak buat. Paling best, sahabat saya Ckin banyak bagi petua-petua, ajar saya cara buat, bagi link-link untuk belajar. Satu lagi, siap emel kat saya brush-brush untuk photoshop saya! Waaa... Syukran syukran jazilan ya Ckin. 

Bila dapat jak brush tu, terus buka adobe photoshop cs3 saya tu. Dengan penuh semangat buat. Tapi tak buat apa pun. Just wanna try test. Ahakss. Punyala hepi! Siap request brush lain lagi. Orang dah bagi paha, saya nak kaki lagi la pulak! Tapi tak pa, ckin dengan baik hatinya nak jugak bagi. Dalam emel.. Jangan jeles! Saya ada sahabat yang baik. ^__^.

Nampak tak belog saya yang comel loteh ni?? Comel kan?? Kan? Kan? Haa, Ckin la 'jurutera' terhebat saya. Pandai dia buat. Saya?? Lambat lagi. Malas tahap gaban kot. Lagipun line tenet saya ni terlalulah 'laju'. *ALASAN!!*

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!

Setelah hampir seminggu Kak Nor bizi mengurus cek dari syarikat XXXX, kejap call JANM tanya itu ini. Lepas tu call lagi, call lagi. Almaklum la ofis kami ni bukan selalu buat benda-benda macam tu. Rasanya ini first time kot kami berdepan dengan situasi ni. Tidak apa, cool. Tenang. Jangan cengeng! Rasa down sangat masa tu. Ceh, down apanya? Orang lain yang sibuk. Apeee laa.

Then, semalam ada lagi pulak satu sistem yang saya blur-blur nak buat. Call sana sini nak cari maklumat. Alhamdulillah kawan-kawan kat ofis banyak membantu. Best2. Alhamdulillah. Sebelum call orang yang boleh membantu pasal sistem tu, mesej dulu seseorang. "bagi la saya nasihat supaya kerja dengan ikhlas :(". Ceh, kira nak meluah la kononnya. Ya, masa tu rasa macam nak nangis!!!!! Kalau tak ada orang time tu, kompom saya akan nanges! Entah la kenapa. ASTAGHFIRULLAH. Ikhlaskan la hatimu Haryati Y_Y

Ye la, kerja dah masuk tahun ke4, masih juga dengan perangai budak-budak. Tak matang langsung! Saya pun pujuk hati, memujuk macam pujuk budak-budak. Punyalah payah. Alamak...saya nak pujuk diri sendiri pun payah, macam mana orang lain nak pujuk? Bahagia la orang yang dapat pujuk. Hikhikhik. Tapi alhamdulillah, ye la..langit tu kan tak selalu cerah. Pasti ada mendungnya, ada hujannya. Lagi pun, mana ada hujan yang tidak akan berhenti kan?

Alhamdulillah. Allah kan dah janji, dalam kesulitan tu bersamanya kemudahan. So, yakin je la. Apa-apa pun masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah kan dah janji macam tu. So, siapa kita untuk tak percaya pada janji ALLAH. Alhamdulillah, ALLAH hadirkan rakan-rakan sekerja yang baik-baik belaka. Nak juga ajar budak yang nakal senakal-nakalnya ni. Padahal dah nak kawen pun! Uwaaa jangan la sebut pasal kawin-kawin ni ^__^. Berdebar...

Hari ni pulak, dapat berita kerja-kerja saya semalam telah dikuiri oleh ****. AllahuAllah. Rasa bersalah sangat kepada mereka-mereka yang punya klem. Sekali lagi, Alhamdulillah, empunya-empunya klem yang telah dikuiri tu dengan baik hatinya menasihati dan memberi semangat. Ye la, no body perfect kan?? Tapi tak bermaksud kesalahan itu diulangi walaupun saya telah mengulanginya berkali-kali. Paling best tu, dorang sempat mengusik dalam keadaan hati tak sedap.."tak apa Yati, kami faham. Hati dah kat Sabah kan. Menghitung hari kann". AllahuAllah. Best sangat-sangat dikurniakan rakan-rakan sekerja yang baik-baik ni. Siap buat orang tergelak. Malu uuuuuuuu~~

Lepas makan pagi tu, saya pun minta kak Atik temankan pergi jabatan **** untuk urus cek tu. Terima kasih buat mereka-mereka di jabatan **** yang banyak membantu. Siap buat kerja kat sana terus balik ofis. Lama juga kot. Sebab terpaksa batal itu, bawa kehadapan yang ini. Huh!! banyaknya proses tapi last-last tu, rupanya tak la susah sangat. Ceh!! Mungkin first time buat kan tu yang rasa susah tu. InsyaALLAH, kalau ada untuk kedua kalinya, saya boleh buat, insyaALLAH. Mohon doanya ya ^_^

Kasihan juga Kak Nor, sepatutnya hari ini dia cuti tapi terpaksa pulak turun padang untuk membantu saya budak kecik ni! Terima kasih kak Nor ^__^. Alhamdulillah, atas bantuan-bantuan mereka inilah kerja untuk hari ini siap!!! Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa baik kamu ^_^

Hari ini saya mampu tersenyum ^_^. Esok ada pulak kerja menanti. Banyak juga kot. Tapi tak la banyak sangat. Eh..macam mana pulak tu?? banyak tapi tak banyak sangat?? Adoi...apalah cikDui ni ^_^

Alamakkkkk....dah melalut dah. Mula-mula nak bagi tunjuk doodle yang saya lukis tu je, tapi tercerita panjang la pulak. So, amik la pengajaran dari kisah saya. Semoga kita sentiasa mengikhlaskan hati kita untuk melaksanakan tugas-tugas yang ALLAH beri ni.





~doodle2 saya ^_^~

1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers