:: Cara Buat Puree / Bubur Nasi Si Manja ::

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...


Sayur yg baby boleh makan:
  • Bayam Hijau@Merah
  • Brocoli
  • Kentang
  • Carrot
  • Pumpkin
  • Avocado
  • Cauliflower
  • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
  • Cranberry
Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
  • Pear
  • Apple Merah
  • Pisang
  • Strawberry
  • Blueberry


Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
  • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
  • ikan yu
  • ikan kurau
  • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.

4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.

CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)

CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING
1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe

--------------

---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)

---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...

---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...


Tempoh penyimpan: freezer storage ---
  • vegetables / fruits puree=6bln
  • fish = 10 weeks meat
  • chicken =10 weeks
  • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..


Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka..

:: Makanan Pertama Bayi Kita ::

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA??

UMUR 6 BULAN : 

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Avocado & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin (rujuk food chart)

UMUR 7 ~ 8 BULAN : 

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN : 

Brown Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN : 

Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish

Credit to Group FB Solid & Semisolid Food for Your Baby ^_^

:: Dahulu, Dunianya agak HITAM ::

Kita tidak boleh menilai sejarah lampau atau kisah kelam seseorang kerana yang dinilai itu pada akhir hidupnya. Pergi dalam keadaan yang mendapat keredhaan Allah atau tidak.

Iya, mungkin sisa-sisa lampau hidupnya dipenuhi dengan maksiat, tapi siapa tahu..akan datang dia adalah hamba Allah yang paling tinggi darjatnya dari kita.

Lihat contoh ini, dahulunya merupakan cucu kepada paderi akhirnya menjadi imam yang ternama.


DAHULU, dunianya agak ‘hitam’.

Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.

Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.

Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.

"Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.

"Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

"Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.

"Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam," kata bapa kepada dua anak ini.

Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.

'Paling berpengaruh di dunia'

Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.

William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).

Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.

Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada '500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.

Suhaib juga telah dinobatkan sebagai 'Pemimpin Islam Sederhana' oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.

Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.

Insiden jenayah berkumpulan

Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.

Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.

Baginya, kejadian berkenaan adalah satu 'siren amaran' yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.

"Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah," katanya.

Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.

Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.

"Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,

"Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom," kata pendakwah bebas ini.

Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.

Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Hos Reflections

Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.

"Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.

"Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya.

Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.

Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.

Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.

"Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton," katanya.

Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti.

:: Yang Pertama ::

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Siapa org pertama tulis bismillah ?
Nanti anak-anak tanya kepada ibubapa, guane nak jawab?
Nah simpan nota ini.

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM

---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Saidina Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam: Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Via Ad Hamzah

Moh le kita fahami dan hafal masuk kepala.

:: Khasiat buah kiwi ::


Semalam kali kelima join kelas ibu hamil albaghdadi. Banyak ilmu yang kak syida bagi. Seronok ada dalam kelas tu. Antara yang menarik perhatian saya bila kak syida bagi tahu khasiat buah kiwi untuk ibu hamil.

Saya ada jumpa beberapa blog yang menceritakan tentang kebaikan buah kiwi.

Just click here -> Blog 1 & Blog 2

So, ini antara kebaikan, khasiat buah kiwi di sini :)

Selamat membaca~~

1. Kekalkan sistem ketahanan tubuh
Vitamin C yang mencukupi ketika hamil penting untuk kesihatan anda dan kandungan. Kiwi adalah sumber vitamin C yang lebih baik berbanding oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel tubuh.

2. Tinggi asid folik
Folate atau asid folik memainkan peranan penting dalam mengelakkan kecacatan saraf sewaktu lahir. Kiwi adalah makanan ideal untuk anda memperoleh sumber asid folik.

3. Mengurangkan sembelit
Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang kehamilan. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi di mana serat sebiji kiwi bersamaan dengan semangkuk bijirin.

4. Tidur nyenyak
Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan sebiji kiwi sejam sebelum tidur, ia dapat meningkatkan kualiti tidur. Hal ini kerana ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan anda memandangkan ia turut mengandungi kalsium yang tinggi.

5. Merendahkan tekanan darah
Tahap tekanan darah yang tidak dikawal dan tidak dirawat dengan sewajarnya boleh memudaratkan anda dan bayi dalam kandungan. Kiwi mengandungi potassium yang melawan sodium bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi. 

Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia. InsyaAllah semua yang Allah cipta itu pasti ada kebaikannya. Tinggal kita saja lagi yang diberi akal untuk memanfaatkannya.
Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan beli buah kiwi. Beli 3 biji saja dulu. Mudah-mudahan si baby umi dalam kandungan ni dapat khasiat yang secukupnya. Aminn.

:: Perkongsian tentang baby kita ::

Assalammualaikum...

Saya mau share sesuatu about our baby brain development dan behavior kanak-kanak. Saya dapat ni dari blog Taska Dayang Raudhah.. boleh klik Taska Dayang Raudhah ^_^

Ni antara yang dikongsikan ^__^

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

~ Walaupun saya jarang main bersama si kembar sebab saya berkerja, saya sangat bersyukur sebab AmanAmin dijaga oleh 'auntie2' yang baik. Bawa si kembar pegang rumput, pegang daun-daun, pegang sayur-sayur dan macam-macam lagi aktiviti. Tang bawak main pasir tuuuuuu, pernah sekali dua sebab banyak di rumah saja. Nda apa sayang, nanti umi abi bawa pegi pantai okey ^_*


2. Don't expose to too much things in a box.

~ yang ini sangat penting. JANGAN BIASAKAN ANAK DENGAN TV, TAB DSB. Why?? sebab kita risau nanti badan anak kita tidak aktif macam anak orang lain. Anak orang lain kesana kemari bermain, tapi anak kita dok diam disudut sebab 'kawan sejati' ada disisi. Si kembar memang tengok tab juga tapi dalam pengawasan kami. Tell them apa yang diorang tengok.

Contoh kita bagi dia tengok movie orang menari sambil menyanyi..bercerita dengan mereka tentang apa yang sedang berlaku. Kena cakap sentiasa. Ok saya kena latih diri saya untuk istiqamah memerhati setiap apa yang si kembar buat ^_^

3) Stimulate their imitation skills.

~ imitation skills ni maksudnya kebolehan meniru atau mengikut apa yang ada disekeliling. Alhamdulillah si kembar jenis yang mengikut setiap perbuatan orang sekeliling. Contoh macam tepuk tangan. Ya, walaupun agak lambat berbanding anak orang lain sekurang-kurangnya dia buat kan? Biasa la, setiap anak tu perkembangannya berbeza ^_^

Sahabat saya dalam Group Ibu2 di whatsapp ada cakap, kalau kita solat..jangan sekali-kali cakap.. "umi solat dulu ya...aman amin duduk sana".. no no.. Better cakap macam ni, "aman amin jom ikut umi solatt..." cakap sambil senyum. Alhamdulillah saya dan suami praktik selama 2 minggu dan hasilnya, bila saya atau suami atau 'auntie'2 comel sebut "allahuakhbar", si kembar terus akan buat aksi sujud. Subhanallah. Benarlah kata orang kan, anak kita itu adalah diri kita juga. 

Jadi sebagai orang yang sentiasa berada disekeliling anak-anak, semoga kita sentiasa menjadi tauladan kepada mereka. Nak anak yang baik, mestilah jadi baik juga. Mau anak yang mendirikan solat, ibu-bapa kena solat juga la kannn ^_^. Jangan mengharap yang lebih dari anak kalau kita sendiri tiada 'lebih'nya.

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

~Yang ni saya sangat ambil berat. Bukan tidak mau bagi anak main mainan macam power ranger, spiderman dan segala jenis mainan la, tapi saya lagi suka bagi sesuatu yang membina perkembangan otak macam blok-blok, bola-bola, huruf-huruf.

Satu lagi, saya tidak mahu anak saya terlalu percaya cerita-cerita dongeng macam begitu. silap-silap hari bulan, mereka lebih percaya superheroes dari Allah. Nauzubillah.


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

~ Ya..kami sedang melatih untuk ajar si kembar word by word. Jangan terus cakap, "ini buku". Melainkan kalau dia sudah kenal benda tu. Ok, ini masih dalam proses melatih diri sendiri ^_^


6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
 
~ Alhamdulillah!! AmanAmin sudah pandai high-5!!! seronok bila anak kita pandai buat apa yang kita suru kan ^_^

Biasa la budak-budak kan, kadang-kadang dia akan rasa takut bila berdepan dengan seseorang yang jarang dia jumpa apatah lagi yang baru pertama sekali jumpa. So, kena acak-acak dulu dengan dia. Bagi dia rasa selesa dengan kita. InsyaAllah nanti mau la dia dengan kita ^_^


Cukup la kali kan setakat disini. Boleh baca di link blog yang saya bagi. Disana penerangan lebih jelas. Saya ambil point saja dan huraikan ikut pemahaman dan pengalaman saya sebagai ibu kepada sikembar ^_^



Biarkan si kembar meneroka dunia mereka. Bermain dengan krim kek ^_^

 ehhh...ini Maira laaa ^_^


Bersama mainan kegemaran ^_^


Meneroka dunia sendiri hihihi. Mau belayar kemana tu sayang??

Rajin anak umi abi belajar ^_^
Buku bantal doa harian..

Aman yang sudah pandai merajuk... haiii anak umi niii...kecik-kecik pandai merajuk sudah.. ^_^


Yang merajuk tadi memujuk si adik. Bagus abang Aman. Jaga amin baik-baik masa umi kerja ^_^

Kek Mentega COklat

Kek Mentega COklat

Bahan-bahan:
180 gm mentega
420 gm gula kastor - lain I kna kurangkan skit sbb I rasa manis sgt
3 biji telur (A)

(a)
1 tsp nescafe - I ganti ngan coffee emulco
1 tsp coklat emulco
1 tbsp air panas
1 tbsp esen vanilla
(campurkan)

(b)
240 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
1/2 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate of soda

1 1/3 cawan susu cair @ air - I buh air biasa je

Cara-cara:
1- mula2 pukul mentega dengan gula sampai gebu
2- lepas tu masukkan telur satu persatu dan putar sampai gebu lagi... masukkan bancuhan a
3- kemudian masuk tepung selang seli dengan air @ susu cair...putar sekejap sampai adunan rata...
4- masuk loyang...bakar.. suhunya 165 darjah selama 45 minit...bergantung pada oven ye

SUmber: marinamasdar.blogspot.com

:: Alkisah Buah Tarap ::

Assalammualaikum..

Tiada sebab lain melainkan kerana Allah yang mengaturnya untuk kita berkawan dan bersahabat kan??

Jalan untuk kita jumpa kawan baru tu pelbagai cara. Mungkin waktu kita tengah tunggu seseorang dan dia pun menunggu seseorang juga dan terjadilah perbualan yang singkat tapi rancak sehingga mungkin saling bertukar nombor talifon. Atau mungkin juga masa kita dalam kesusahan. Indah kan cara Allah atur pertemuan kita dengan seseorang

Saya pun ada beberapa siri pertemuan dengan kawan baru. Jumpa di surau, jumpa di taman, jumpa di kantin hospital. Banyak dan memang banyak.

Ada satu kisah yang menarik saya mau share. Setiap hari berkerja saya akan tunggu en.suami di lobi dan memang ramai yang tunggu di lobi tu juga cumanya saya hanya akan bertegur dengan mereka yang saya kenal atau rapat dengan saya saja.

Ditakdirkan hari isnin tu saya bawa buah tarap ke ofis. Untuk makan sama dengan kawan-kawan. Sampai di lobi saya terserempak dengan satu Jururawat masyarakat ni. Memang selalu la jumpa dia di lobi sebab kami masing2 tunggu suami masing-masing tapi kami tidak pernah bertegur pun.

Hanya kerana bau tarap yang saya bawa tu masih lagi melekat di beg sampai la orang lain masih boleh terhidu. Kebetulan kami duduk di ruang lobi tu tapi tidak la jauh sangat jaraknya. Selain tu ada juga JM lain yang memang selalu jadi teman cerita sambil menanti diambil.

Tiba-tiba JM yang tidak pernah bertegur ni bersuara..

JM 1 - "macam saya terhidu-hidu bau tarap ni..entah kenapa..perasaan saya kali kan"

JM 2 - "iya...saya pun begitu dari dalam sampai ke luar saya terhidu bau tarap..siapa la yang bawa ni"

Saya senyum-senyum saja sambil tengok diorang cerita. Bila dua-dua JM tu tengok saya terus saya pun bersuara "saya yang bawa tarap pergi ofis tadi..haha"

Terus kami semua ketawa sama-sama. Hihihi..

Keesokkan harinya.. Saya terserempak lagi dengan JM yang tidak pernah bertegur tu tapi kali ini kami bertegur dan bercerita macam sudah kenal bertahun-tahun. Mesra dan rancak. Wowww seronoknyaaa kann ^__^

Nah, begitu la rencana yang Allah suratkan untuk awal perkenalan kami. Indah pada masanya. Hihihi. Selama ini saya sangka dia sangat sombong tapi sebenarnya dia sangat mesra. Jadi, kita tidak boleh judge orang sebelum kita kenal orang tu. Walaupun sudah kenal, jangan la suka buruk sangka. Ini nasihat buat saya sendiri juga.

~salam perkenalan dari saya ^__^
`


:: Kena Berhemah bila berbelanja ::

Assalammualaikum..

Bila memikirkan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat, rasanya saya perlu memberi kesedaran yang utama kepada saya sendiri! Jangan berbelanja suka suki saja. Guna duit bila perlu.

Nasib baik dikurniakan suami yang banyak mengajar saya untuk berjimat dan menabung. Masa tinggal berdua, mungkin boleh la selalu makan di luar bersama. Seronok. Tapi bila sudah ada 'rakyat', semua kena rancang baik-baik. Beli apa yang patut dan utamakan si kembar comel ni.

Alhamdulillah ada juga buat jadual gaji (dalam excel) untuk tahu kemana perginya duit menghilang. Bukan mahu berkira, tapi kerana kos sara hidup kita kena berhemah. Jadual gaji tu pun suami yang bagi. Alhamdulillah. Tapi macam biasa, saya jarang juga mengikut seperti apa yang saya rancang hehehe.

Mulai hari ini, saya mesti menabung! Berjimat!

Ok, ini versi berhemah bagi saya. Saya share untuk kita bersama. Terkurang terlebih tu harap dimaafkan. Saya ni kerja kerani saja. Jadi gaji pun tidak la sampai RM2k. Itu sebab kena berhemah semua perkara. 

Paling utama : Bagi mama dan bapa walaupun sikit! InsyaAllah ada keberkatan disitu!

Jangan lupa juga bagi la sedikit untuk adik beradik. Semoga Allah membalas dengan rezeki yang lebih.

Paling PENTING : HUTANG jangan lupa bayar dan ZAKAT itu kewajipan kita!

Kedua : Jangan lupa simpan walau RM100 @ RM50. InsyaAllah diwaktu kecemasan kita ada tabungan yang boleh dikeluarkan. Saya sarankan kepada diri saya sendiri simpan sekurang-kurangnya RM200 sebulan.

Ketiga : Jangan pula lupa untuk sediakan sedikit duit untuk beli makanan dan keperluan rumah. :)

ok la, setakat itu sampai disini saja. Jumpa next day ^_^

Semoga Allah memberkati kita semua ^_^

:: Januari, Ada kenangan Terindah :) ::

Assalammualaikummmmm..

tok tok tok...

Haisss..lama juga tuan punya blog senyap sepi kann. Tup tup sudah 2014. Tahun baru sudah.

Hari ini, tiba-tiba saja teringat dengan ni blog. Entah apa sudah kejadiannya kann? Bila buka terus rasa rinduuu mau menaip bait-bait cinta. Ewahhh hehehe. Harap-harap lepas ni tidak la terus menghilang lama kann..

Actually, banyak benda yang mau diceritakkan, dikongsikan tapi ada saja alasan untuk berdiam dan terus membisu. Tapi dengan diam dan bisu ni, semua memory pergi macam angin yang sekadar singgah menyapa. Sejuknya hanya sementara dan hilangggg.

Hari ini?? Alhamdulillah sudah 2 Tahun bergelar isteri kepada Mohd Izhar Bin Saibin. Lelaki yang sanggup untuk memikul tanggungjawab keatas saya. Thanks abang :)

27.01.2014
Tarikh ni pula, si kembar saya genap setahun! Alhamdulillah. Tidak sedar kan masa berlalu. Rasa macam baru semalam tengok si kembar lahir. Hihihi


:: Telur? Halal Atau Haram?? ::

Assalammualaikum semuaa :)

Hari ini terlebih rajin pula untuk update entry. InsyaAllah semoga bermanfaat buat kita yang membacanya ^_^

Pertama sekali, pasal entry saya tentang PTPTN masuk CRISS tu ambil itu sebagai pengetahuan kita sahaja ya sebab kerajaan BN dah tak jadi masukkan PTPTN dalam CRISS. Alhamdulillah. Apa-apa pun, hutang WAJIB bayar ya ^_^

OK.

Nak tanya semua ni,

Siapa penggemar Roti Telur, Burger Telur atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengan telur. Hihihi.


Saya antara penggemar telur juga.

Tapi pasti tak telur yang kita makan itu HALAL @ HARAM ??

"erkkk...telur pun ada halal haram juga ka? macam mana nak tahu telur tu halal atau haram?"

"biar betul telur ada haram ada halal? bukan halal ke makan telur?"

Iya..mungkin sebahagian kita masih tidak tahu. Mai sini saya nak habaQ...

Alhamdulillah diberi kesedaran oleh Allah tentang telur ni. Macam mana saya tahu?? Saya tahu selepas baca novel "Syahadah Gadis Atheis"

Ok la, baca ni...

Basuh dahulu telur sebelum digunakan. Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan. Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti 'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak nampak najis tersebut) atau najis aini(jelas masih terdapat najis melekat).
Sebab itu jika menu masakan atau resepi makanan yang mengandungi telur kena pastikan telur yang digunakan dibasuh dengan air mutlak terlebih dahulu. Telur yang TIDAK dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan akan mengakibatkan seluruh masakan atau makanan tersebut dikira bernajis. Najis adalah haram dimakan. Masakan yang mengandungi telur tersebut juga HARAM dimakan.Hati ditempa oleh makanan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut mestilah halal dari semua sudut. Halal dari segi sumbernya, duit untuk membelinya, suci daripada najis pada bahan, perlaksanaan memasak dan seterusnya sewaktu menjamah makanan tersebut.Oleh yang demikian, amatlah diragui jika sesebuah syarikat BUKAN Islam mendapat taraf halal. Sedang kebanyakan orang Islam pun masih jahil atau cuai menjaga disiplin halal terhadap makanan atau hidangan seharian sekali pun.Sijil halal tidak salah. Sijil halal hanyalah pengesahan halal sewaktu pemeriksaan rasmi dilakukan. Sijil halal BUKAN jaminan amalan bersuci menurut syariat diamalkan. Jika orang Islam sendiri tidak faham dan tidak berdispilin dengan syariat, apakah boleh diyakini tentang amalan bersuci menurut syariat pada mereka yang bukan Islam?kita memang sepatutnya basuh telur ayam kerana selain dari najis yang nampak secara zahirnya, kulit telur ayam juga dicemari oleh bakteria salmonella...

Hari tu dating berdua dengan En.Suami ~pegi pasar malam saja punnnn~

Tiba-tiba teringin makan martabak (pastinya ada telur kan?). Tapi niat tu terkubur begitu saja sebab rata-rata peniaga tidak basuh telur tu terlebih dahulu.


Belum ada kesedaran lagi rupanya. Kita kena buat risalah ni. Kena edar kepada semua. Semoga usaha kecil kita itu dapat menyelamatkan makanan kita dari menjadi haram kan kan :)

~opsss siapa yang mau buat risalah ni??~

InsyaAllah akan diusahakan bersama-sama badan NGO ^_^

Kalau di rumah pula, sebelum masukkan telur dalam peti ais...saya pastikan ianya dicuci dulu!

PTPTN masuk CCRIS? Apa itu CCRIS?

Aucummm.. Alhamdulillahhh.. (jangan lupa jawab orang bersin ni..)

Erk..banyaknya habukk...Lama bebenor tidak meng'update' belog tersayang tercinta ni..

Hari ini tetiba la pulak bersemangat mau update belog. Sebab hangat kan pasal PTPTN masuk dalam CCRIS. Kalau sebut PTPTN semua tahu apa kan? Siapa yang tidak tahu boleh tanya EN.Google. Tapi rasanya tahu kot lebih-lebih lagi pelajar U. Tapi kalau CCRIS kamu tidak tahu, itu saya boleh la terima lagi sebab saya pun tahu CCRIS hari iniiiiii (Tutup muka malu~~~)

Saya tahu CCRIS ni pun sebab tengah hangat kan pasal benda ni dalam mana-mana laman sosial. Fb, Blog, Twitter dan di mana-mana saja. Try tanya pakcik Google, mesti ada ratusan malah mungkin jutaan jawapan yang anda dapat ^_^

Ok la, mai sini saya cerita sikit pasal CCRIS ni. (copypaste jak baa..)

Persoalannya apa itu CCRIS. Saya jumpa keterangan CCRIS dari blog aswanazmy :
CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System adalah laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator '0' yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda '1' bermaksud tertunggak satu bulan dan '2' bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.

Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda. Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS. Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP. Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.

Untuk pengetahuan anda (saya tidak terlibat sebab saya bukan peminjam PTPTN), kalau PTPTN masuk CRISS agak bahaya sebab kalau tidak bayar, secara automatik masuk black list. Bila sudah masuk black list, kamu buat pinjaman apa pun tidak boleh.

Contoh,  Ali ada beli kereta kancil (loan laaa..) pakcik dia yang pakai kereta tu dan bayar bulanan kereta tu. Satu hari tu, Ali buat loan di Bank Rakyat. Seminggu selepas tu, Bank Rakyat tolak permohonan loan Ali sebab kereta kancil (atas nama loan Ali) tidak berbayar selama 2 bulan. Cek punya cek memang tidak berbayar selama dua bulan.

CRISS dapat kesan siapa peminjam yang tidak membayar sekali hatta dua kali sebabnya laporan kewangan dibuat dan dihantar setiap bulan.

Jadi, jalan penyelesaiannya..bayar la pinjaman tu semula. Kalau masa meminjam senang, takkan masa membayar tu susah kan? Saya tahu ada antara kamu yang tidak mampu lagi membayarnya sebab saya pun tahu kita ada komitmet yang lain.

Anak. susu pempes. Makan minum. Sewa kereta. Kalau yang sewa rumah lagi. Semuanya perlu duit! Kalau gaji bulanan sekadar RM1000, silap-silap kena ikat perut kita.

Jadi buat sahabat-sahabat peminjam PTPTN, cari la iktiar. Usaha. Sekarang ni, banyak cara untuk kita jana pendapatan. Kalau yang jenis mahu duduk rumah saja, apa salahnya buat side income melalui internet. Cari mereka-mereka yang berpengalaman. Berguru dengan mereka. Jangan lepas tangan begitu sahaja setelah kita guna duit PTPTN.

~opsss...nanti ada orang kata.."kau senang la cakap macam tu sebab bukan kau yang merasa"

iya...saya tahu bukan saya yang merasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya sekadar memberi pandangan. Bukan menambah beban kamu. Saya sekadar mengingatkan. Maafkan saya bagi yang terasa.

InsyaAllah buat ibubapa yang masih ada anak di sekolah rendah, di sekolah menengah..buat la simpanan untuk anak-anak dari awal. Ajar anak menabung.

~Tabung Aman Amin sudah hampir penuh. Alaaa guna bekas tin susu Aman Amin untuk simpan duit tabung. Kitar semula. InsyaAllah nanti abi simpan duit Aman Amin dalam bank. Semoga berguna untuk anak-anak umi dimasa akan datang~




:: Si Kembar 6 Bulan ::

Alhamdulilah, pejam celik-pejam celik hari ni sudah masuk 18 Ramadan. Berbaki 12 hari saja lagi. Hari ini juga first day saya pi bazar ramadhan with my lovely twins. Huh! Masa tu, macam tidak larat dukung si Amin. Hihi. Mungkin sebab saya puasa dan mungkin juga sebab cuaca di Kampung yang cukup-cukup panas. Allah... itu baru panas dunia, belum lagi panas neraka. -_-

Alhamdulillahhhh.. hari ini juga genab 6 bulan usia si kembar kalau ikut tarikh masihi. Kalau ikut kalander islam, tiga hari yang lepas lagi genab 6 bulan :) . Cepat masa berlalu. Macam baru semalam si kembar keluar tengok dunia. Hihihi. Semoga jadi anak yang soleh.

Hari ini juga si kembar makan bubur dalam tin. Yang paling lucu bila tengok muka si AmanAmin first time makan bubur. Siap kena rakam lagi. Iya la, mau simpan dan rakam untuk tatapan diorang juga nanti. Ada la juga sebagai kenangan kan. Kalau zaman kita duluuuu, mau ambil gambar pun susah. Beli kodak lagi, lepas tu sudah siap, kena cuci filem tu pula. Haiss...manyak kerja oo..

Tapi sekarang??? Segalanya menjadi mudah. Iya kan kan, ikut juga arus perkembangan teknologi sekarang. Entah zaman kodak, cuci filem masih ada atau sudah tutup kedai. Hihihi. Hep!! Mungkin tuan kedai sudah buka bisnes baru.. Photography. Yaa photography. Siapa sangka kan??

Untuk AmanAmin, semoga jadi anak yang soleh. Penyejuk di mata, penawar dihati :)


~ini kita~

:: Produk Kecantikan Haram, Guna Artis Popular Diserbu ::


Lumrah bagi wanita, sentiasa ingin kelihatan cantik.Tapi berpada-pada memilih untuk menjadi cantik. Kena selidik dan fikir betul-betul tentang produk yang kita gunakan. Kalau boleh, bertanyalah kepada sesiapa yang pakar.

Buat penjual pula, semoga kita sentiasa jujur dengan diri kita sendiri. Jujurlah dalam berniaga. Jangan kerana mahu untung cepat, kita buat sesuatu yang boleh memusnahkan diri sendiri dan orang lain terutamanya. Satu lagi, kena ingat... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga :(


HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.
Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

:: Tips Memilih Buah Tembikai Yang Sedap Dan Manis ::


Ha..selama ni saya selalu ragu-ragu untuk beli buah tembikai. Takut tidak manis la.. Takut sudah busuk la.. Tu la pasal.. Hihi

Tapi sekarang, ada sahabat ni share di fB.


~Selamat membeli..^_^~

:: Alhamdulillah. Promosi Agen Topup Berjalan Lancar ::


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan untuk pendaftaran ahli baru yang berminat untuk menjadi agen topup. Semoga mereka istiqamah dalam bisnes topup ni. Bukan apa, untuk tambah pendapatan juga kan. Orang puteh kata 'side income'.



Alhamdulillah sudah lebih 3 tahun berkecimpung dalam bisnes topup. Since 2010 lagi. Selalu juga daftar balik-balik sebab nombol tel dulu hilang. Jadi, kawan-kawan yang berdaftar dengan saya dulu saya tidak dapat follow up lagi. Ada juga yang still menjual dan kebanyakannya stop begitu sahaja.

WHY?

Mungkin kerana kekurangan modal.

Ok, disini ada sedikit tips untuk adik-adik dan kawan-kawan yang buat bisnes ni. Tips ni bukan untuk kawan-kawan yang berdaftar dengan saya sahaja tapi untuk semua. Ilmu itu kan harus dikongsi. Ilmu bukan untuk orang-orang tertentu. Saya sangat kecewa bila ada manusia yang buat begitu (saya terkena sudaaa).

Tapi iya la..itu pendirian dia kan. Semoga kita sentiasa memberi manfaat buat orang lain ^_^

Ok... Jom kita sama-sama kongsi tips berniaga :)

Tips berniaga ni saya sudah amalkan sejak duuuulu lagi. Dulu saya berniaga di pasar malam, pasar tamu dan pasar tani dan hari-hari berniaga. Saya jual kuih muih, air pelbagai perisa, lauk pauk, nasi, mee goreng dan baaaaaanyak lagi. Kakak saya pula jual bunga ^_^

TIPS BERNIAGA

1. PENTING. Jangan campur adukkan duit jualan dengan duit harian kita.

Kalau kita letak duit jualan dan duit harian kita sama-sama, nanti kita terguna / terpakai pula duit jualan. Itu yang menyebabkan kita rasa jualan kita hambar :). Kalau sudah ada dalam tangan RM100, cepat-cepat bank in dan jadikan modal lagi :)

2. WAJIB. Simpan la sekurang-kurangnya RM20 sehari dalam tabung jualan.

Saya selalu buat begitu. Ikut jualan juga. Kalau jualan saya banyak, banyak juga yang saya simpan.

3. POSITIF. Jangan kerana pelanggan kurang atau jualan hambar, terus putus asa.

Kena ingat, berniaga ni ada masa-masa hangat macam goreng pisang, ada juga masa-masa dingin. Jadi kena bijak mencari ruang dan peluang.

4. PENTING. Jangan buat terlalu banyak bisnes dalam satu masa. (Nasihat dr usahawan internet yg berjaya)

Yup! Penting tu. Jangan kerana mahu untung cepat, semua benda mau buat. Yang dikejar tidak dapat, yang digendong berciciran. Jangan begitu. Saya mula-mula begitu. Semua benda mau di buat. Tapi sekarang ni saya fokur pada 2 perniagaan dulu. Bila ok bisnes ni, saya try bisnes lain pula :)

Bah, itu saja buat masa ini. Boleh juga bagi tau tips2 yang lain ya. Sharing is caring kata orang kannn :)

Ok, pada yang berminat untuk menjadi agen topup.. Mai sini....saya daftarkan. Yuran tiptop :)

Nota Hati : Berniaga ni salah satu sunnah Rasulullah. Berusaha la kita menjadi bisnes man / woman yang berjaya macam Rasulullah :)


:: 10 Benda Yang Mungkin Pernah Kita Lakukan Dalam Hidup Kita ::


Adakah ini adalah hari untuk mengenang kisah zaman budak hingusan dulu-dulu? Hihihi


Masih ka kau ingat?? Hihihi

Hari yang buat hari saya tersenyum. Alhamdulillah. Seronok betul bila mengenangnya.. Hihi.. Senyum sorang-sorang.


Nah! Siapa pernah buat antara 10 benda zaman budak-budak dulu?

Oppppss..sebelum tu, beri tepukan kepada my 'biras' (Biras juga la ba tu kan?? hihihi)

--> Khasmah Midin <-- br="">

Why?? Sebab dia buat saya tersenyum dengan status dia pasal gambar di atas tu. Opkos la kan. Itu la zaman yang paling mengembirakan! Takkan mau sedih? Hihihi

Semua perkara di atas tu saya pernah buat kecuali yang no 1 dan no 9

Kenapa tidak pernah buat? Kalau no 1 tu..entah..memang tidak pernah buat. No 9 tu pula sebab kami dulu mana ada tV! Haha. Jadi tidak tau apa-apa pasal lagu tu. -_-

No.2

Berjalan sambil cuba mengelak garisan-garisan di lantai.

Ya..selalu buat. Sambil tumit ke atas. Bila kena garisan terus rasa kecewa kunun. Haha. Lagi satu, bila mau terkena garisan, mesti ketawa geli hati. Haha. Oh My Sweet Memory. ^_^

No. 3

Tutup peti ais perlahan-lahan sebab mau tengok lampu peti ais dengan perlahan dari dalam peti ais.

Haha. Ini memang tidak boleh blah. First time ada peti ais rasanya masa saya umur 8 tahun (kalau tidak silap). Dapat peti ais pemberian makcik saya. Haha. Kesian kan. Masa tu memang sakai betul. First time ada peti ais kan. Riuh juga satu rumah. Haha.

Memang selalu tutup peti ais pelan-pelan. Kehairanan sebab macam mana lampu boleh buka dan boleh padam dengan sendirinya. Jadi, saya pun meng'explore' peti ais. Rupanya ada satu butang di tepi. Bila dapat tau budang tu, riuh juga satu rumah. Hahaha.

No. 4

Berebut-rebut tekan lif

Hahaha. Ketawa dulu. Rasanya first time naik lif masa umur....tidak ingat pula..tapi first time naik, rasa jantung tu macam mau jatuh ke bawah saja. Terbang melayang-layang. Haha. Tapi sekarang, tidak suda la sakai sebab hari-hari naik lif untuk sampai ke ofis. Takkan la sudah besar macam ni pun masih mau berebut-rebut naik lif. Malu la kan. Hihi. Alhamdulillah tidak pernah lagi terperangkap dalam lif :)

Begitu la kisah hidup di era 90-an 80-an  kan. Ada-ada saja permainan yang tercipta. Kreatif2 sungguh. 

Budak sekarang?? Hmmm kebanyakannya tidak kenal semua tu. Yang diorang kenal ipad, hp, laptop, fb dan sewaktu dengannya. Kalau tengok diorang pun rasa tidak seronok. Macam terkongkong saja. Hihi. Tidak apa la. Itu era diorang sudah :)

Alhamdulillah anak-anak buah saya masih lagi buat macam zaman 90 an 80 an tu cuma cara yang berbeza.

Dulu, kalau pi masjid..pakai tudung main ikat saja. Budak laa ni, mau juga pakai ala-ala Najwa Latif. Pi masjid saja pun. Haiss..

Nota Hati : Hebat rencana Allah kan. Allah didik kita untuk lalui semua zaman kanak-kanak yang penuh dengan keseronokan untuk dikenang hari ini dan selamanya.


LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers