:: A Simple Word ::

Bismillahirrahmanirrahim ;)

Hai hai hai. Lama tidak 'ngepak' dalam belog kesayangan saya ni. Menyepi. Ceh, menyepi la sangat padahal online memanjang. Tak sempat-sempat nak update. La, kalau update pun bukannya ada orang baca kan. But, it okey. I dont care la ada orang nak read this blog or tiada. Yang penting saya nak tulis juga. Ops... Semoga apa yang bakal saya write ni tidak menyinggung perasaan sesiapa. Ini just my pendapat jak.

Ok la, straight to the point la.. ok..a simple word?? ceh tajuk entry ong puteh tapi bahasa campur-campur. Kalau cikgu BM saya baca belog ni, siap la saya dilabel sebagai perosak bahasa. Kalau teror sangat b.I nya ok la, ni yang simple2 word saja. Yang biasa digunakan dalam seharian kita.


Eh eh eh...tersasar la pulak. Bukan pasal itu la saya nak habaq ni. Ok la, like this (ceh..b.I beroken lagi).. pernah tak korang mesej seseorang, text mesej tu punyalah berjela-jela..panjang..macam skrip dalam drama.. Then bila orang yang kita mesej tu reply 'k'?? uwaaaaaa apa perasaan korang? Eh, saya bukan nak blame orang tu. Tapi tu la, mula2 mesti la kita rasa macam nak jerit kuat-kuat, biar satu dunia dengar yang kita sangatlah GERAMMMMMMMMMMMMMMMM.

Astaghfirullah.

Ya, dulu saya akan rasa macam begitu. But now, dah biasa dah ^_^. So, for them yang selalu dapat reply mesej macam tu...better we think positive je. Tak baik tau su'u dzon. Mana la tau kawan kite tu tengah bizi ke, tengah ada discuss dengan member dia ke atau kot-kot time tu memang dia tengah bizi-bizi giler!!

Siapa yang tau kan?

Tapi pesan juga buat diri saya yang utamanya ni dan untuk korang yang terbaca entry comel saya ni, kalau lah kan kita tengah balas mesej sahabat kita tu..tolong la..tolong sangat-sangat jangan la just reply 'k'. Memang word tu nampak simple tapi sometimes word tu menyakitkan tau. Kita tak tau, tapi bila kita dah kena, baru kita tau betapa sakitnya hati dihiris perkataan 'k' dari orang. Tapi macam saya kata, saya tak kisah..^_^

Tapiiiiii, kadang-kadang when benda tu urgent then boleh pulak dia balas 'k' atau something like that.. for sure...BENGANG. Ya la, benda penting. Eh, pernah terjadi tau!! Time tu memang urgent sangat-sangat. Mesej la satu kawan sekerja ni. Tup tup, dia just reply sepatah je. Allah.. masa tu rasa macam nak lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laju-laju.....................Cara untuk menahan kemarahan tu, saya just diam. Diam. Diam. Muhasabah. Kot-kot saya pernah buat begitu kat orang. Ok fine. I accept it. ^_^

Satu lagi kan, kalau la kita tengah bizi ke atau tak nak terima mesej dari orang ke..then kita dapat mesej dari sahabat kita...daripada kita balas 'k' better kita tell yang sebenarnya. Tell them yang kita bizi atau tengah ada keja ke apa ke..atauuuuuu jangan reply langsung. Haha. Tu rasanya macam kejam sangat pulak. (saya la selalu macam tu..tak reply langsung -_-)

InsyaALLAH, saya cek la mesej saya tadi. Eh, ada mesej dari sahabat belum terjawab la pulak. Alamakkkk sory-sory. Tak bizi pun tapi tapi tapi (part nak cari alasan).. saya jarang dengan enpon satu lagi. Selalu dengan enpon satu tu. Ni yang susah ada 2 enpon kan. Mesti yang satu lagi terabai. Alolololo cian kat MissCelcom. Jangan la merajuk ok ^_^

Lastly, saya HARYATI JUNING ARIFFIN nak minta maaf kalau saya pernah tak layan mesej korang, tak balas mesej korang, balas 'k' je, dan semua la. Dah lama tak bergayut dengan korang. Rindu kat Fiqa (Dia study kat indon...dulu selalu call dia..kadang-kadang nak sampai sejam juga, tapi sekarang ni dah kurang call....mahal sangat, so kitorang kat fB jer ^_^)..rindu jugak kat Ummu. Pun dah lama tak call dan mesej. Dia bizi. Saya tak bizi ^_^. Siapa lagi??????????????????????????

Semua la. Nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ^_^.

:: Tentang Dia NSLY::

Bismillahirrahmanirrahim :)

Subuh yang mendamaikan. Sejuk je. Buka miss lappy, terus menjenguk kat belog. Terfikir nak tulis entry pasal sahabat-sahabat yang sangat baik hati. Bermula dari sahabat time kecil-kecik dulu until now and maybe after this. Ewah...sepiking london la pulak tuan rumah ni. Ahaks.

Bila kita sebut tentang sahabat, mesti ada baaaanyak benda yang bermain kat minda kan. Terus teringat sahabat-sahabat kita yang pastinya kadang-kadang telatah dia tu buat kita jadi rindu, senyuman manis dia yang buat kita tambah jatuh cinta, kata-kata semangat dan nasihat yang buat kita lebih dekat denganNYA dan baaanyak lagi kan. Iya, semalam rasa macam nak nangis bila dapat mesej dari sahabat-sahabat.

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni, rasa rindu kat sahabat tu membuak-buak. Rasa macam nak lari je peluk mereka! Iya, rindu. Entah la. Makin dekat hari 'raja sehari' saya, makin pulak rindu kat sahabat. Eh, bila dah kawin nanti, it doesn't mean yang ukhwah kita akan berkurang kan?? Jauh sekali terputus kan?? InsyaALLAH, saya percaya ukhwah kita takkan berkurang kasihnya kerana kasih ALLAH itu menjadi ikatan kita. Ya kan? Sayang sangat kat korang semua!
Hari tu kan, Nasita call saya (Saya panggil dia Nas). Masa tu dia baru je sampai maktab. Kat KL la. Bila dia call tu kan, dah bagi salam.. tanya macam mana perjalanan..tup-tup dia tanya "yati nda sihat ka ni?". Subhanallah! Ya, malam tu memang tak berapa sihat. Panas je badan ni. Macam nak demam tak demam je. Ntah la kenapa. Tapi ada rasa hairan la sebab saya bercerita macam biasa je dengan dia. Lepas saja siap borak-borak dengan dia, terus gi katil. Duduk termenung.
Subhanallah!!Sangat beruntung dikurniakan sahabat macam dia ni. Ya lah, melalui suara sahaja dia sudah boleh detect sama ada saya ok atau tak. Subhanallah! Kuat sungguh rasa yang ENGKAU berikan ini ya ALLAH. Malam tu macam nak nangis je. Ya, memang saya nangis. Rasa nak peluk erat-erat si Nas ni!! Comel!! Dah macam berpuluh tahun tak jumpa dia. Iya, sehari tu rasa macam berpuluh tahun tak jumpa. Sayang ko ketat-ketat nas! *Sayang macam ni untuk sahabat perempuan je tau! :p*

Ingat kisah time kitorang masuk lower six. Time tu semua persatuan beruniform kat sekolah buat aktiviti pegi  ke air terjun kat Kg. Morion. Jalan kaki je. Jauh pulak tu. Kitorang Persatuan Puteri Islam tak ketinggalan. Nak ikut juga. Nak buktikan yang puteri-puteri pink ni TIDAK LEMAH. Cehwa... Hihihi. Lepas tu kan, time masuk hutan tu kitorang tak berpecah. Tetap bersama dari mula nak pegi sampai la balik semula ke sekolah pada hari yang sama.

Peristiwa melucukan, si sayangku Nas ni jatuh tergelincir atas batu. Berdebuk...Jatuh. Time tu nak tahan ketawa pun tak dapat dah. Terburai ketawa ooo. Haha. Bila ingat peristiwa tu, eh...rasa macam nak lagi lalui kisah-kisah tu. Bayangkan, kawan jatuh saya boleh gelak-gelak. Tak tolong langsung! Sue juga yang hulur tangan. Saya asyik gelak tak tahan. Sakit perut. Maaf sayang, bukan tak nak tolong tapi entah la..lemah sendi-sendi sebab ketawa tak henti-henti. Ada take pic kot time tu. Haha.

Tapi tu la, semua gambar tu dah hilang macam tu je. My lovely brother tu terdelete la pulak. Punyalah saya frust!! Frust menonggeng!! Nak nangis pun ada. Ya la, itu kan antara tinggalan-tinggalan kenangan terindah yang sangat berharga! Uwaaaaa tak nak ingat dah pasal gambar tu. Biar la. InsyaALLAH, peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang perjalanan nak ke air terjun tu terakam indah dalam memori. Ahaks.

Time balik tu pulak, kitorang stay kat sekolah kejap. Merehatkan badan. Saya, Sue dan Yb bawak basikal ke sekolah. Almaklum kami kan Geng Basikal Sekolah. Ketua kitorang Harmi lah. Harmi satu-satunya lelaki yang selalu bawak kitorang lumba basikal kalau balik dari sekolah. Bayangkan, 3 perempuan dengan tudung labuh, merempet basikal laju-laju lawan dengan Harmi tu. Kitorang berempat bawak basikal. Larisa bawak motor! Haha. Tapi biasanya kalau malas nak bawak basikal, saya tumpang Lar. Kadang-kadang saya drive, kadang-kadang dia drive. Hehehe.

Berbalik pada kisah kitorang rehat-rehat kat sekolah kejap tu, dah rehat kita pun nak balik. Tapi before balik tu, Nas ni nak mintak ajar naik basikal ops...bukan naik, tapi nak kayuh basikal maksud saya hihi. Ok fine, kitorang pun ajar lah dia. Boleh la sikit-sikit tapi still macam budak nak belajar merangkak. Haha. Comel sangat dia time tu!! Tapi, tidak lama lepas tu.. ada pulak orang gila bertopi keledar tu dekat area-area kitorang ajar dia naik basikal.

Orang tu disahkan gila... tak boleh nak sebut gila apa tapi memang gila la.  Tahu tak, saya bonceng dengan Dayang, sue dengan basikal dia, Nas pulak pakai basikal saya. Time tu kitorang pecut tinggalkan Nas di belakang. Terjatuh-jatuh dia. Kasihan. Tapi kitorang berhenti then toleh belakang. Mula-mula ketawa. Sebab dia sangat lawak masa tu. Kami pun berhenti, tunggu dia sampai kat tempat kami. Kasihan dia. Adoii.. Senyum sorang-sorang bila ingat peristiwa tu!
~ntah apa yang seronok sangat tu..~

Then dapat mesej dari Suriawati, saya panggil dia Sue. Uwaaaaa mesej-mesej. Tanya khabar itu ini. Oh, rupanya dia tak sihat juga. Muntah-muntah. Salah makan kot kan. Ni lagi satu sahabat saya ni, sangat-sangat la baik hati dan onesly saya sangat suka tengok dia senyum. Cute je! Selalu bagi nasihat juga kat kakak sulung diorang ni. Almaklum la, saya ni kan sahabat yang manja. Terlalu lah manja. Terpaksa dilayan juga sebab kalau tak dilayan, makin menjadi pulak manjanya. Ahaks!

Teringat saat-saat kami menjadi 'ninja' bersama. Jalan-jalan pegang tangan. Lepas tu take pic banyak-banyak buat kenangan. Hah, Sue ni pun kaki gambar juga. Suka sangat bergambar. Macam saya juga la. Sekali dah snap, pasti nak lagi nak lagi nak lagi. Lepas tu posing sampai tak tahu nak buat gaya apa lagi. Ceh! Kalah tau model-model majalah tu. Hehe

Lepas jalan-jalan tu kitorang singgah makan roti canai. Sedap. Hihihi. Lepas saja siap makan roti canai tu, saya drive balik UMS. Fuh!! Laju jeee nasib baik tak mati enjin kereta tengah jalan. Kalau tak, siap la saya. Nasib baik Sue bantu saya time tu. Kalau tidak. Asal memandu saja, lupa mana kiri mana kanan. Adoi.. Orang dalam kereta sudah nebes tengok saya drive. Tapi Alhamdulillah sampai UMS juga saya drive. Ingatkan tak sampai dah. Huh!
Dayang?? Dah lama menyepi untuk bertanya khabar. Tapi saya tahu, saya sentiasa ada dalam doa dia pada ALLAH. Begitu juga dengan saya. Iya, itu pasti kan. ^_^. Lagi pun, mesti dia busy juga kan tapi tu la rinduuuuuuuuuuuu sangat kat dia. Sekali dia buka cerita, memang ketawa sakan la tak henti-henti. Dah lah dia ni jenis yang suka cakap gitu je.. haa lagi la kitorang suka. Then, cerita-cerita dia tu memang super best la. Ada je idea-idea merapu yang dia bagi tapi bila difikir kan, best juga idea tu even nampak macam gila-gila punya idea. Haha.

Time raya puasa tahun lalu tu, kitorang tak sempat jumpa kat kampung. Bayangkan!! Tak sempat jumpa padahal rumah tak la jauh sangat. Dalam 3 minit kot jalan kaki nak gi rumah dia tu pun tak sempat! Lagipun time tu kitorang adik beradik sibuk nak buat kuih. Hihihi. Alasan la tu. Lagipun lepas tu saya balik KK dah. Ceh, balik KK tuuu. Bunyi macam orang asal KK je padahal memang anak jati Kota Marudu. Ahaks.

Time Dayang nak balik KIPSAS tu, kitorang pecut gi epot. Macam nak nangis!!!! Takut tak sempat nak jumpa. Ye la, dia kata dah masuk dalam balai berlepas dah padahal flight jam 9.20 malam. Time tu baru jam 7.50 malam. Saya dan Larisa call dia, bagi tau jangan masuk dulu tapi kawan Dayang tu ajak juga masuk balai berlepas. Rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala budak tu. Masa masih panjang pun. Dah la marah-marah kawan kita. Cian kat Dayang Y_Y
(Cek tiket dayang. Rupanya lama lagi baru fly. Huhu)
Bila sampai epot, terpaksa pulak buat muka mintak kesian kat pegawai imegresen untuk bagi kebenaran Dayang keluar sekejap. Kitorang borak-borak sampai lupa dunia. Dia story mory tentang itu ini. AllahuAllah tak kering gusi dibuatnya. Ada saja lawak spontan yang dia buat. Saya dan Larisa dah tak tahan sakit perut nak ketawa. Siap ada cerita yang melucukan ala-ala drama. Biasalah kan pompuan bila dah jumpa, banyak la cerita-cerita dia. Ahaks.

Sejam jugak la borak-borak dengan Dayang. Itu pun tak puas. Kalau boleh nak borak sampai 7 kali malam.  Tapi rasanya tak cukup kot masa tu. Hihihi. Waaaaaaaa. Rindu sangat tau kat Dayang ni. Teman-teman bangku sekolah dulu. Adoi. Lepas je kitorang borak-borak, saat nak lepaskan dia masuk balai berlepas tu tersangatlah berat. Nak nangis!!! Tapi kontrol 'comel', tak nak bagi tau yang kita nak nangis. Saya peluk Dayang seerat-eratnya!! Masa tu nak lepaskan pelukan pun susah. Siyes, sayang sangat kat diorang!
Larisa. Ini lagi satu sahabat yang kalau kita first time kenal, kita akan fikir yang dia ni pendiam, tak banyak cakap. Ya, memang dia pendiam dan tak banyak cakap. Tapiiiiiiii bila dah mula cerita itu ini, siaplah korang! Tak henti-henti nak melawak. Kira Larisa ni penambah perisa lawak-lawak sedia ada. Tak ada Larisa, tak ada la kesinambungan cerita lawak kitorang. Memang gelak sakan la. Haha. Ya ALLAH, saya dilamun rindu yang mendalam kat sahabat saya ni!! Larrrrrrrrrrrrrrrrr, miss u so much.
Dulu, time Lar ni kerja kat KK.. asal saya balik Sabah saja, mesti dia yang akan jemput saya depan pintu epot. Sambut dengan senyuman manis dia tu! Punyalah epy. Tak akan miss makan sunday cone! Mc.D tuuu! Febret kitorang berdua. Rutin tiap kali balik Sabah. Ada banyak la kisah-kisah melucukan yang pernah terjadi kat kitorang. Kitorang pernah jalan pusing-pusing KK sampai jam 3 pagi. Pernah kehabisan duit dan nak beli makanan pun dah tak cukup. Semua korek dompet masing-masing. Bila dikumpul, tak sampai 20 ringgit duit kitorang. Tapi nak jugak makan kat Mc.D. Ya Allah, rindunya kat Larisa!!
Pernah satu malam tu, time nak hantar dia balik rumah..kitorang sempat la gambar kejap kat bawah rumah sewa diorang tu. Bergambar berlatar belakangkan 1Borneo. Tak lama lepas tu, ada orang jerit-jerit. Bising. Apa lagi semua lari lintang pukang. Tak sempat nak hulur tangan nak salam dah. Saya, kakak saya (odea) ngan adik (kundung) terus lari masuk dalam kereta. Kunci kereta, start enjin terus pecut macam tu je. Larisa ngan adik (may) dia tak nampak batang hidung dah. Cepat nya lah lari. Kejap je dah hilang dah bayang diorang. Dalam kereta kitorang gelak!! Pecah gelak kitorang!! Terus call Larisa, "Lar, orang mabuk kah tadi tu??".. Lepas tu sambung ketawa lagi. Hahaha. "Bukan bah tu dui. Itu pekerja di restoran tu.."

Haha. Kenangan malam tu pasti tak dapat dilupakan. Rindu sangat kat korang tau. Nak nangessssssssssss. Rindu rindu rindu. I sure will miss all our memories!

~Lar, Sue, Nas, Dayang...sahabat dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. Segalanya kami kongsi bersama. Terlalu banyak manis pahit yang kami lalui. Tak sah kalau tak gaduh-gaduh, merajuk-rajuk, berbeza pendapat, lain cita rasa. Tapi itulah yang buat kita makin sayang kan..Sayang sangat dengan kamu!!! InsyaALLAH, saya pasti akan merindui kamu semua T_T. Ehhhhhhh janganlah nangis T_T. Saya sangat rindukan kamu!! Saya tahu mesti kamu pun rindu saya kan??? Cakap la....cakap la yang kamu rindu saya.. Jangan biar saya nangis. Saya rindu kamu T_T. Rindu.~

Eh, kenapalah awal-awal pagi ni cengeng sangat. Tapi nak juga nangis. Dah pesan dah kat mata supaya tak nangis. Tapi nak nangis jugak.

Nas, Sue, Lar, Yo (dayang)
Saya mau jadi mata boleh ka??? Kamu jadi hati. Boleh?? Kenapa saya mau jadi mata?? Sebab, mata setia dengan hati. Hati pun setia dengan mata. Bila hati sedih, mata mesti keluarkan air untuk alirkan rasa sedih tu. Air yang buat kita akan rasa lega walaupun nanti mata kita jadi mata panda macam ni --> @_@ <-- (Senyum kejap membayangkan mata panda yang comel tu lepas tu sambung nangis lagi...adoi cengeng betul si Kudui ni!!!)

Kamu pula jadi hati. Kenapa hati, sebab hati kamu ada dalam hati saya!!! Haha (Ketawa bangga...tapi air mata nda berenti mengalir..)

Nas, Sue, Lar, Yo..
mesti comel kan kalau mata saya jadi macam mata panda?? Hihihi (Ketawa dalam nangis). Iya la, saya ni kan memang sudah comel. Rindu mo manja-manja sama kamu. Alamakkkkkk macam mana mau menaip ni. Blurr sudah. Nda nampak apa yang mau ditulis. Inda apa, kan saya mau jadi mata untuk kamu. Mata apa tu???????????? Mata pannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnndaaaaaaaaaaaaaaaaa. Comelllll.

Ok ok ok stop! X mau nangis lagi.. >_<

p/s : Sahabat, maaf kalau saya bukan sahabat yang baik untuk kamu. Maaf kalau ada hak-hak kamu yang telah saya abaikan. Saya akui, saya bukan sahabat yang baik dan selalu tiada disisi untuk kamu tapi insyaALLAH, saya adalah sahabat yang sentiasa ingat dan rindu kamu >_<.


~Salam Rindu~

p/s : Cerita ini ada sinambungannya. Bertemu dalam entry Tentang Dia SF.

:: Doodle2 Saya ^__^ ::

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar? hari ini saya dengan semangatnya nak upload doodle-doodle yang saya draw using excel untuk tatapan anda semua. Hikhik. Tak cantik mana pun. Tapi tu la, nak juga upload. Penat tau kite buat. Saya banyak tanya pakcik google, then pakcik google kenalkan la dengan kawan-kawan (belog orang ) dia yang teror buat bende ni semua. Uwaaaa teruja giler! Tambah semangat nak buat. Paling best, sahabat saya Ckin banyak bagi petua-petua, ajar saya cara buat, bagi link-link untuk belajar. Satu lagi, siap emel kat saya brush-brush untuk photoshop saya! Waaa... Syukran syukran jazilan ya Ckin. 

Bila dapat jak brush tu, terus buka adobe photoshop cs3 saya tu. Dengan penuh semangat buat. Tapi tak buat apa pun. Just wanna try test. Ahakss. Punyala hepi! Siap request brush lain lagi. Orang dah bagi paha, saya nak kaki lagi la pulak! Tapi tak pa, ckin dengan baik hatinya nak jugak bagi. Dalam emel.. Jangan jeles! Saya ada sahabat yang baik. ^__^.

Nampak tak belog saya yang comel loteh ni?? Comel kan?? Kan? Kan? Haa, Ckin la 'jurutera' terhebat saya. Pandai dia buat. Saya?? Lambat lagi. Malas tahap gaban kot. Lagipun line tenet saya ni terlalulah 'laju'. *ALASAN!!*

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!

Setelah hampir seminggu Kak Nor bizi mengurus cek dari syarikat XXXX, kejap call JANM tanya itu ini. Lepas tu call lagi, call lagi. Almaklum la ofis kami ni bukan selalu buat benda-benda macam tu. Rasanya ini first time kot kami berdepan dengan situasi ni. Tidak apa, cool. Tenang. Jangan cengeng! Rasa down sangat masa tu. Ceh, down apanya? Orang lain yang sibuk. Apeee laa.

Then, semalam ada lagi pulak satu sistem yang saya blur-blur nak buat. Call sana sini nak cari maklumat. Alhamdulillah kawan-kawan kat ofis banyak membantu. Best2. Alhamdulillah. Sebelum call orang yang boleh membantu pasal sistem tu, mesej dulu seseorang. "bagi la saya nasihat supaya kerja dengan ikhlas :(". Ceh, kira nak meluah la kononnya. Ya, masa tu rasa macam nak nangis!!!!! Kalau tak ada orang time tu, kompom saya akan nanges! Entah la kenapa. ASTAGHFIRULLAH. Ikhlaskan la hatimu Haryati Y_Y

Ye la, kerja dah masuk tahun ke4, masih juga dengan perangai budak-budak. Tak matang langsung! Saya pun pujuk hati, memujuk macam pujuk budak-budak. Punyalah payah. Alamak...saya nak pujuk diri sendiri pun payah, macam mana orang lain nak pujuk? Bahagia la orang yang dapat pujuk. Hikhikhik. Tapi alhamdulillah, ye la..langit tu kan tak selalu cerah. Pasti ada mendungnya, ada hujannya. Lagi pun, mana ada hujan yang tidak akan berhenti kan?

Alhamdulillah. Allah kan dah janji, dalam kesulitan tu bersamanya kemudahan. So, yakin je la. Apa-apa pun masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah kan dah janji macam tu. So, siapa kita untuk tak percaya pada janji ALLAH. Alhamdulillah, ALLAH hadirkan rakan-rakan sekerja yang baik-baik belaka. Nak juga ajar budak yang nakal senakal-nakalnya ni. Padahal dah nak kawen pun! Uwaaa jangan la sebut pasal kawin-kawin ni ^__^. Berdebar...

Hari ni pulak, dapat berita kerja-kerja saya semalam telah dikuiri oleh ****. AllahuAllah. Rasa bersalah sangat kepada mereka-mereka yang punya klem. Sekali lagi, Alhamdulillah, empunya-empunya klem yang telah dikuiri tu dengan baik hatinya menasihati dan memberi semangat. Ye la, no body perfect kan?? Tapi tak bermaksud kesalahan itu diulangi walaupun saya telah mengulanginya berkali-kali. Paling best tu, dorang sempat mengusik dalam keadaan hati tak sedap.."tak apa Yati, kami faham. Hati dah kat Sabah kan. Menghitung hari kann". AllahuAllah. Best sangat-sangat dikurniakan rakan-rakan sekerja yang baik-baik ni. Siap buat orang tergelak. Malu uuuuuuuu~~

Lepas makan pagi tu, saya pun minta kak Atik temankan pergi jabatan **** untuk urus cek tu. Terima kasih buat mereka-mereka di jabatan **** yang banyak membantu. Siap buat kerja kat sana terus balik ofis. Lama juga kot. Sebab terpaksa batal itu, bawa kehadapan yang ini. Huh!! banyaknya proses tapi last-last tu, rupanya tak la susah sangat. Ceh!! Mungkin first time buat kan tu yang rasa susah tu. InsyaALLAH, kalau ada untuk kedua kalinya, saya boleh buat, insyaALLAH. Mohon doanya ya ^_^

Kasihan juga Kak Nor, sepatutnya hari ini dia cuti tapi terpaksa pulak turun padang untuk membantu saya budak kecik ni! Terima kasih kak Nor ^__^. Alhamdulillah, atas bantuan-bantuan mereka inilah kerja untuk hari ini siap!!! Alhamdulillah. Semoga Allah membalas jasa baik kamu ^_^

Hari ini saya mampu tersenyum ^_^. Esok ada pulak kerja menanti. Banyak juga kot. Tapi tak la banyak sangat. Eh..macam mana pulak tu?? banyak tapi tak banyak sangat?? Adoi...apalah cikDui ni ^_^

Alamakkkkk....dah melalut dah. Mula-mula nak bagi tunjuk doodle yang saya lukis tu je, tapi tercerita panjang la pulak. So, amik la pengajaran dari kisah saya. Semoga kita sentiasa mengikhlaskan hati kita untuk melaksanakan tugas-tugas yang ALLAH beri ni.





~doodle2 saya ^_^~

:: My First Doodle 2012. Alhamdulillah! ::

Bismillahirrahmannirrahim :)

Alhamdulillah setelah bersabar selama beberapa hari semata-mata nak belajar buat doodle, hari ni saya berjaya juga buat doodle walaupun tak la secantik doodle kawan-kawan lain. Punyalah hepy! Terus je semangat nak buat doodle seterusnya. Dalam otak ni punyalah banyak nak fikir buat tu la, buat macam ni la. Tapi sabar sabar. Karang tak terbuat pulak kan. Hihihihi. Alhamdulillah~

Malu juga nak upload doodle yang saya buat tapi nak juga upload. Nak. Nak. Hihihi. Semangat tahap dinasor dah ni. Jangan pulak korang gelak tengok doodle saya nanti. Siyes tak cantik tapi tak pe la kan. Saya dah usaha nak buat. Just use paint dan adobe photoshop cs3. Tak mahir lagi. Ye la tangan saya ni kan jenis yang bergegar punye. Orang dusun kat tempat saya kata 'songkikip'. Haha.

Haa, ingatlah kalau kita bersabar kan insyaAllah ALLAH akan bantu kita tau. Mungkin mula-mula tu kita rasa nak give up je buat sesuatu. Like me la. Sampai nak nangis-nangis buat doodle padahal tak de dapat apa-apa pun bila dah siap. Tapi tu la nak juga buat. Satu kepuasan bila dapat buat. Ingatlah, itu juga salah satu kebesaran ALLAH tau. Why?? sebab tak semua orang dikurniakan kekreatifan sebegitu. Then, saya sangatlah kagum melihat doodle-doodle sahabat-sahabat. Cantik-cantik belaka.

Saya pun nak praktis lagi. Nak gali idea-idea baru. Doodle kan comel, cantik..kita tengok pun rasa cantik. Rasa indah itu kan salah satu syurga dunia yang ALLAH kurniakan? Subhanallah. Lepas ni, nak buat doodle banyak-banyak pulak ^__^

Ni lah my first doodle. Tengok je la ye. Nanti bagi tau la kat saya kalau ada yang tak kena. Yang perlu dibaiki ke. Saya budak baru belajar.

Cantik tak doodle saya?? ^__^

Dah dah dah..nak tido dah ni. Tidur dengan perasaan gembira ^__^. Alhamdulillah wa syukurillah ^__^

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers