Nota Hati Seorang Isteri


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Berbuat baiklah kepada setiap insan dan sesama manusia tidak kiralah siapa kita dan ianya sepatutnya dilatih seawal peringkat institusi keluarga lagi. Di dalam setiap kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.
Kebaikan adalah lawan setiap kejahatan, keburukan, atau kekurangan. Baik dalam erti kata sabar, ikhlas dan redha dalam menangani segala masalah atau dugaan yang mendatang dalam melayari kehidupan yang fana ini.
Setiap perkara yang terjadi di dalam kehidupan ini adalah atas ketentuan-Nya bagi menguji kesabaran dan keikhlasan kita kepada tujuan hidup utama sebelum mati. Mati bererti berhenti, berhenti dari menikmati dan mengecapi kehidupan sebagai hamba-Nya yang sentiasa diuji.
Manusia yang sekeras batu pun hatinya, pasti akan lentur lembut dengan kebaikan. Batu yang mengalir padanya air walaupun setitis demi setitis akan terhakis sedikit demi sedikit sifat kerasnya. Jangan batu dibalas batu, nanti berkecai jadinya. Sebaliknya yang harus ada adalah sifat sabar.
Isteri dan anak adalah amanah yang harus dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum membolehkan proses membetulkan antara satu sama lain dilakukan dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya.
Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.
PERANAN SUAMI DAN ISTERI
Tugas mendidik, mengurus rumahtangga, dan menyiapkan rohani anak-anak bukan sahaja terletak pada bahu si isteri sahaja, tetapi suami yang lebih daya kekuatan berbanding perempuan. Ramai lelaki terlepas pandang perkara ini kerana alasan sibuk.
Bila kita tengok zaman sebelum 70-an atau 80-an, memang kebanyakan wanita adalah suri rumah sepenuh masa. Kaum lelaki merupakan satu-satunya sumber kewangan keluarga. Masa itu mungkin susah benar untuk kita hendak mendengar suami menolong membuat kerja rumah apatah lagi untuk ke dapur.
Namun keadaan telah berubah di atas faktor pendidikan, sosio-ekonomi dan politik, wanita telah terjun ke bidang pekerjaan masing-masing. Malah ada di antara mereka yang menerajui sumber kewangan keluarga. Namun begitu, wanita tetap setia dengan kerja rumah dan dapur. Para suami masih lagi dianggap sebagai membantu isteri di rumah dan bukannya isteri yang membantu suami.
Adakah memang fitrah wanita itu dijadikan untuk menguruskan rumah, memasak, menyidai kain dan sebagainya? Manakala lelaki pula hanya diciptakan untuk bekerja atau cari nafkah keluarga semata-mata?
Dari zaman Nabawiyah lagi wanita sudah menjadi usahawan yang berjaya, berperang bersama lelaki di medan perang dan menjadi ahli ilmu dan periwayat hadith. Oleh itu, tidak tepat untuk mengatakan kaum Hawa telah berevolusi untuk mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan sebelum ini. Soal kemampuan dan pencapaian wanita dalam masyarakat harus dilihat dan dibincangkan berdasarkan latar masa dan sejarah masyarakat ketika itu.
Dalam konteks di Malaysia, bukankah dari dulu lagi lelaki dan wanita sudah bekerja bersama-sama di sawah padi dan bendang. Ibu-ibu juga menjadi pendidik dengan mengajar anak-anak agama dan mengaji. Semua ini sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi masyarakat waktu dahulu berdasarkan pertanian dan unit-unit sosial yang tertumpu di kampung dan luar bandar.
Tidak timbul polemik pada zaman itu tentang wanita yang merasakan hidup mereka ditekan dan peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka disekat. Struktur sosial yang sedia ada cukup mencapai tujuan sosial dan permintaan ekonomi waktu itu.
Zaman telah berubah, dan wanita hari ini memainkan peranan yang berbeza dalam sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Seharusnya tidak timbul masalah tentang penyertaan wanita dalam kemajuan masyarakat kerana hak-hak mereka dalam pendidikan, pemilikan harta dan hak di sisi undang-undang semuanya dijamin dan dipertahankan oleh Islam.
Masalah dan polemik yang timbul selalunya berkisar tentang sejauh mana penyertaan wanita dalam ekonomi memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak, bagaimana wanita membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak di rumah, dan sebagainya. Terpulang kepada wanita itu untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini

Peguam Syarie Menulis: Penetapan kadar mas kahwin perlu dikaji semula

PEMBERIAN mas kahwin kepada isteri adalah wajib mengikut hukum syarak. - Gambar hiasan


Kerajaan negeri harus selaras buat keputusan ikut ekonomi semasa angkat taraf wanita

PENGUMUMAN kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin kepada RM300 untuk anak dara atau janda berbanding RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda mulai bulan depan, membuka minda penulis untuk membincangkannya. Tumpuan akan diberikan kepada kadar mas kahwin di setiap negeri. Kadar minimum mas kahwin dan kewajaran jumlah mas kahwin ditetapkan pemerintah atau diserahkan kepada masyarakat untuk menentukannya.

Menurut undang-undang Keluarga Islam, mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar mengikut hukum syarak oleh suami kepada isteri semasa akad nikah, sama ada wang atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 4, bermaksud, " Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka." Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Bukhari, "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi".

Mas kahwin boleh daripada apa saja, asalkan ia berguna dan berfaedah. Dalam hadis riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan mas kahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu.

Dalam hadis lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda SAW juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan mas kahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam al-Quran, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan mas kahwin.

Mas kahwin wajib dibayar seperti disebut ketika akad nikah. Jika mas kahwin disebut dalam akad nikah, akan dibayar secara tunai oleh suami manakala isteri berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga dijelaskan mas kahwinnya itu.

Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh mas kahwin sebagaimana firman Allah bermaksud, "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan itu akan mas kahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Kadar mas kahwin juga akan diambil kira hakim ketika menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebus talak. Apabila mas kahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat mas kahwin itu walaupun selepas bercerai.

Kadar mas kahwin ditetapkan pihak berkuasa agama negeri. Di Johor kadarnya ialah RM22.50; Melaka (RM40); Perak (RM101); Pulau Pinang (RM24); Pahang (RM22.50); Sarawak (RM120) dan Labuan (RM80) dengan tidak membezakan dara atau janda.

Di Selangor dan Kuala Lumpur ialah RM80 bagi dara manakala janda RM40; Negeri Sembilan RM24 bagi anak dara dan RM12 bagi janda, Sabah RM100 bagi dara dan RM80 bagi janda. Namun di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlah mas kahwin tidak ditetapkan pemerintah.

Adalah suatu perkara yang memalukan apabila sebuah negara Islam kecil seperti Malaysia mempunyai kadar mas kahwin yang berbeza-beza antara negeri. Sudah sampai masanya nilai mas kahwin diselaraskan di semua negeri.

Perlu juga dikaji keperluan dibezakan mas kahwin antara anak dara dan janda kerana tidak terdapat nas yang jelas membezakan mas kahwin antara anak dara dan janda. Dalam perkembangan ekonomi hari ini, wajarkah kadar mas kahwin serendah RM12 atau RM22.50?

Mas kahwin adalah hak isteri hatta bapa sebagai wali sekalipun tidak berhak menerima mas kahwin kecuali anaknya meredainya. Sesetengah golongan melihat mas kahwin sebagai lambang status dan taraf si isteri yang diambil oleh suami sebagai pasangan hidupnya.

Adakah status atau taraf wanita hari ini serendah RM12 atau RM22.50? Sudah sampai masanya negeri lain mencontohi kerajaan Selangor untuk mengkaji semula kadar mas kahwin kerana aturan itu dilaksanakan sejak 30 tahun lalu dan menyelaraskan kadar mas kahwin di antara negeri.

Penulis berpandangan, kadar mas kahwin yang akan ditetapkan itu sewajarnya dijadikan kadar minimum mas kahwin. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju memberikan lebih daripada kadar minimum ditetapkan itu, terpulang kepada mereka kerana syarak tidak menghalang untuk berbuat demikian, jika dipersetujui kedua-dua pihak.


Dalam surah An-Nisa ayat 20, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kamu telah memberikan kepada salah seorang mereka (isteri-isteri) mahar yang banyak". Untuk menentukan jumlah maksimum mas kahwin ia dinilai secara Mahr Mithil atau Mahr Musamma. Mahr Mithil ialah mas kahwin yang dinilai mengikut mas kahwin saudara perempuan yang berkahwin lebih dulu, di kalangan keluarga yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya, di samping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Mahr Musamma ialah mas kahwin yang ditetapkan dan dipersetujui kedua-dua pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara perempuan itu.

Cuma perlu ditekankan bahawa hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin terlalu tinggi sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Pemerintah berperanan menetapkan jumlah minimum mas kahwin, tetapi masyarakat diberi pilihan untuk menentukan kadar maksimum mas kahwin atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

ingatan untukku dan saudara seakidahku..

HAMBA-HAMBA ALLAH SEKALIAN,
Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-manusia yang berasal dari air mani dan kemudian dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang nyata. manusia-manusia begini dimurkai olehAllah, Tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah,tidak terasa setinta takut kepadanya?

Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik-cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga yang amat indah terlebih indah sehingga tidak terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.

Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dariselautan, dan selautan itu adalahakhirat...bayangkanlah, jika yang setitis ni pun kita telah tergoda oleh cantik dan indahnya..bagaimana pula yang selautan itu?dapatkah kita gambarkan?

Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada agama Allah tidak akan rugi, kemenangan manusia di dunia ini adalah dalam agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia dan di akhirat!

Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang melemahkan kita. bersederhanalah dalam berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwa dengan keseronokan, kita kini dipermainkan musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita,kuatkan masyarakat kita, kuatkan negarakita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!..

dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..

18.12.2009

about the date...penantian ini satu penyeksaan...tinggal 2 hari lagi insyaAllah kaki ini akan menjejak ke tanah Kinabalu...terasa yang teramat rindu apabila semua perancangan yang diatur mengukir kenangan yang akhirnya akan aku tinggalkan menjadi kenangan terindah dalam hidupku. diharap cuti ini dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya..mentarbiyyah keluargaku yang tersayang dan berkongsi segala suka duka bersama mereka. buat sahabat yang sentiasa menanti kehadiranku, akan aku sajikan mereka dengan pelbagai perkongsian yang akhirnya mendekatkan kami kepada Yang Maha Esa kerana itulah matlamat kami... berusaha menjadi kekasih Allah walaupun hakikatnya amalan belum sempurna..
biiznillah, akan aku berusaha menjadi anak yang solehah dan menjadi sahabat terbaik untuk semua sahabatku yang terbaik...sesungguhnya,mengenali kalian di jalan ALLAH merupakan anugerah terindah buat diriku...
akhirul kalam,
uhibbuki fillah...

kenapa ia harus hadir??

bukankah kau hanya bergelar sahabat dalam hati ini??kenapa sesuatu yang tidak aku sangka2 terjadi dalam hati ini? hati ini tidak mahu meletakkan cinta manusia yang tinggi..hati ini menginginkan cinta Allah yang utama.

surat untuk sahabat yang menghilang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku, Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku, Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku, Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku, Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.

Sahabatmu Haryati...

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers