:: Telur? Halal Atau Haram?? ::

Assalammualaikum semuaa :)

Hari ini terlebih rajin pula untuk update entry. InsyaAllah semoga bermanfaat buat kita yang membacanya ^_^

Pertama sekali, pasal entry saya tentang PTPTN masuk CRISS tu ambil itu sebagai pengetahuan kita sahaja ya sebab kerajaan BN dah tak jadi masukkan PTPTN dalam CRISS. Alhamdulillah. Apa-apa pun, hutang WAJIB bayar ya ^_^

OK.

Nak tanya semua ni,

Siapa penggemar Roti Telur, Burger Telur atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengan telur. Hihihi.


Saya antara penggemar telur juga.

Tapi pasti tak telur yang kita makan itu HALAL @ HARAM ??

"erkkk...telur pun ada halal haram juga ka? macam mana nak tahu telur tu halal atau haram?"

"biar betul telur ada haram ada halal? bukan halal ke makan telur?"

Iya..mungkin sebahagian kita masih tidak tahu. Mai sini saya nak habaQ...

Alhamdulillah diberi kesedaran oleh Allah tentang telur ni. Macam mana saya tahu?? Saya tahu selepas baca novel "Syahadah Gadis Atheis"

Ok la, baca ni...

Basuh dahulu telur sebelum digunakan. Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan. Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti 'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak nampak najis tersebut) atau najis aini(jelas masih terdapat najis melekat).
Sebab itu jika menu masakan atau resepi makanan yang mengandungi telur kena pastikan telur yang digunakan dibasuh dengan air mutlak terlebih dahulu. Telur yang TIDAK dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan akan mengakibatkan seluruh masakan atau makanan tersebut dikira bernajis. Najis adalah haram dimakan. Masakan yang mengandungi telur tersebut juga HARAM dimakan.Hati ditempa oleh makanan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut mestilah halal dari semua sudut. Halal dari segi sumbernya, duit untuk membelinya, suci daripada najis pada bahan, perlaksanaan memasak dan seterusnya sewaktu menjamah makanan tersebut.Oleh yang demikian, amatlah diragui jika sesebuah syarikat BUKAN Islam mendapat taraf halal. Sedang kebanyakan orang Islam pun masih jahil atau cuai menjaga disiplin halal terhadap makanan atau hidangan seharian sekali pun.Sijil halal tidak salah. Sijil halal hanyalah pengesahan halal sewaktu pemeriksaan rasmi dilakukan. Sijil halal BUKAN jaminan amalan bersuci menurut syariat diamalkan. Jika orang Islam sendiri tidak faham dan tidak berdispilin dengan syariat, apakah boleh diyakini tentang amalan bersuci menurut syariat pada mereka yang bukan Islam?kita memang sepatutnya basuh telur ayam kerana selain dari najis yang nampak secara zahirnya, kulit telur ayam juga dicemari oleh bakteria salmonella...

Hari tu dating berdua dengan En.Suami ~pegi pasar malam saja punnnn~

Tiba-tiba teringin makan martabak (pastinya ada telur kan?). Tapi niat tu terkubur begitu saja sebab rata-rata peniaga tidak basuh telur tu terlebih dahulu.


Belum ada kesedaran lagi rupanya. Kita kena buat risalah ni. Kena edar kepada semua. Semoga usaha kecil kita itu dapat menyelamatkan makanan kita dari menjadi haram kan kan :)

~opsss siapa yang mau buat risalah ni??~

InsyaAllah akan diusahakan bersama-sama badan NGO ^_^

Kalau di rumah pula, sebelum masukkan telur dalam peti ais...saya pastikan ianya dicuci dulu!

PTPTN masuk CCRIS? Apa itu CCRIS?

Aucummm.. Alhamdulillahhh.. (jangan lupa jawab orang bersin ni..)

Erk..banyaknya habukk...Lama bebenor tidak meng'update' belog tersayang tercinta ni..

Hari ini tetiba la pulak bersemangat mau update belog. Sebab hangat kan pasal PTPTN masuk dalam CCRIS. Kalau sebut PTPTN semua tahu apa kan? Siapa yang tidak tahu boleh tanya EN.Google. Tapi rasanya tahu kot lebih-lebih lagi pelajar U. Tapi kalau CCRIS kamu tidak tahu, itu saya boleh la terima lagi sebab saya pun tahu CCRIS hari iniiiiii (Tutup muka malu~~~)

Saya tahu CCRIS ni pun sebab tengah hangat kan pasal benda ni dalam mana-mana laman sosial. Fb, Blog, Twitter dan di mana-mana saja. Try tanya pakcik Google, mesti ada ratusan malah mungkin jutaan jawapan yang anda dapat ^_^

Ok la, mai sini saya cerita sikit pasal CCRIS ni. (copypaste jak baa..)

Persoalannya apa itu CCRIS. Saya jumpa keterangan CCRIS dari blog aswanazmy :
CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System adalah laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator '0' yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda '1' bermaksud tertunggak satu bulan dan '2' bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.

Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda. Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS. Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP. Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.

Untuk pengetahuan anda (saya tidak terlibat sebab saya bukan peminjam PTPTN), kalau PTPTN masuk CRISS agak bahaya sebab kalau tidak bayar, secara automatik masuk black list. Bila sudah masuk black list, kamu buat pinjaman apa pun tidak boleh.

Contoh,  Ali ada beli kereta kancil (loan laaa..) pakcik dia yang pakai kereta tu dan bayar bulanan kereta tu. Satu hari tu, Ali buat loan di Bank Rakyat. Seminggu selepas tu, Bank Rakyat tolak permohonan loan Ali sebab kereta kancil (atas nama loan Ali) tidak berbayar selama 2 bulan. Cek punya cek memang tidak berbayar selama dua bulan.

CRISS dapat kesan siapa peminjam yang tidak membayar sekali hatta dua kali sebabnya laporan kewangan dibuat dan dihantar setiap bulan.

Jadi, jalan penyelesaiannya..bayar la pinjaman tu semula. Kalau masa meminjam senang, takkan masa membayar tu susah kan? Saya tahu ada antara kamu yang tidak mampu lagi membayarnya sebab saya pun tahu kita ada komitmet yang lain.

Anak. susu pempes. Makan minum. Sewa kereta. Kalau yang sewa rumah lagi. Semuanya perlu duit! Kalau gaji bulanan sekadar RM1000, silap-silap kena ikat perut kita.

Jadi buat sahabat-sahabat peminjam PTPTN, cari la iktiar. Usaha. Sekarang ni, banyak cara untuk kita jana pendapatan. Kalau yang jenis mahu duduk rumah saja, apa salahnya buat side income melalui internet. Cari mereka-mereka yang berpengalaman. Berguru dengan mereka. Jangan lepas tangan begitu sahaja setelah kita guna duit PTPTN.

~opsss...nanti ada orang kata.."kau senang la cakap macam tu sebab bukan kau yang merasa"

iya...saya tahu bukan saya yang merasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya sekadar memberi pandangan. Bukan menambah beban kamu. Saya sekadar mengingatkan. Maafkan saya bagi yang terasa.

InsyaAllah buat ibubapa yang masih ada anak di sekolah rendah, di sekolah menengah..buat la simpanan untuk anak-anak dari awal. Ajar anak menabung.

~Tabung Aman Amin sudah hampir penuh. Alaaa guna bekas tin susu Aman Amin untuk simpan duit tabung. Kitar semula. InsyaAllah nanti abi simpan duit Aman Amin dalam bank. Semoga berguna untuk anak-anak umi dimasa akan datang~




:: Si Kembar 6 Bulan ::

Alhamdulilah, pejam celik-pejam celik hari ni sudah masuk 18 Ramadan. Berbaki 12 hari saja lagi. Hari ini juga first day saya pi bazar ramadhan with my lovely twins. Huh! Masa tu, macam tidak larat dukung si Amin. Hihi. Mungkin sebab saya puasa dan mungkin juga sebab cuaca di Kampung yang cukup-cukup panas. Allah... itu baru panas dunia, belum lagi panas neraka. -_-

Alhamdulillahhhh.. hari ini juga genab 6 bulan usia si kembar kalau ikut tarikh masihi. Kalau ikut kalander islam, tiga hari yang lepas lagi genab 6 bulan :) . Cepat masa berlalu. Macam baru semalam si kembar keluar tengok dunia. Hihihi. Semoga jadi anak yang soleh.

Hari ini juga si kembar makan bubur dalam tin. Yang paling lucu bila tengok muka si AmanAmin first time makan bubur. Siap kena rakam lagi. Iya la, mau simpan dan rakam untuk tatapan diorang juga nanti. Ada la juga sebagai kenangan kan. Kalau zaman kita duluuuu, mau ambil gambar pun susah. Beli kodak lagi, lepas tu sudah siap, kena cuci filem tu pula. Haiss...manyak kerja oo..

Tapi sekarang??? Segalanya menjadi mudah. Iya kan kan, ikut juga arus perkembangan teknologi sekarang. Entah zaman kodak, cuci filem masih ada atau sudah tutup kedai. Hihihi. Hep!! Mungkin tuan kedai sudah buka bisnes baru.. Photography. Yaa photography. Siapa sangka kan??

Untuk AmanAmin, semoga jadi anak yang soleh. Penyejuk di mata, penawar dihati :)


~ini kita~

:: Produk Kecantikan Haram, Guna Artis Popular Diserbu ::


Lumrah bagi wanita, sentiasa ingin kelihatan cantik.Tapi berpada-pada memilih untuk menjadi cantik. Kena selidik dan fikir betul-betul tentang produk yang kita gunakan. Kalau boleh, bertanyalah kepada sesiapa yang pakar.

Buat penjual pula, semoga kita sentiasa jujur dengan diri kita sendiri. Jujurlah dalam berniaga. Jangan kerana mahu untung cepat, kita buat sesuatu yang boleh memusnahkan diri sendiri dan orang lain terutamanya. Satu lagi, kena ingat... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga :(


HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.
Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

:: Tips Memilih Buah Tembikai Yang Sedap Dan Manis ::


Ha..selama ni saya selalu ragu-ragu untuk beli buah tembikai. Takut tidak manis la.. Takut sudah busuk la.. Tu la pasal.. Hihi

Tapi sekarang, ada sahabat ni share di fB.


~Selamat membeli..^_^~

:: Alhamdulillah. Promosi Agen Topup Berjalan Lancar ::


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan untuk pendaftaran ahli baru yang berminat untuk menjadi agen topup. Semoga mereka istiqamah dalam bisnes topup ni. Bukan apa, untuk tambah pendapatan juga kan. Orang puteh kata 'side income'.



Alhamdulillah sudah lebih 3 tahun berkecimpung dalam bisnes topup. Since 2010 lagi. Selalu juga daftar balik-balik sebab nombol tel dulu hilang. Jadi, kawan-kawan yang berdaftar dengan saya dulu saya tidak dapat follow up lagi. Ada juga yang still menjual dan kebanyakannya stop begitu sahaja.

WHY?

Mungkin kerana kekurangan modal.

Ok, disini ada sedikit tips untuk adik-adik dan kawan-kawan yang buat bisnes ni. Tips ni bukan untuk kawan-kawan yang berdaftar dengan saya sahaja tapi untuk semua. Ilmu itu kan harus dikongsi. Ilmu bukan untuk orang-orang tertentu. Saya sangat kecewa bila ada manusia yang buat begitu (saya terkena sudaaa).

Tapi iya la..itu pendirian dia kan. Semoga kita sentiasa memberi manfaat buat orang lain ^_^

Ok... Jom kita sama-sama kongsi tips berniaga :)

Tips berniaga ni saya sudah amalkan sejak duuuulu lagi. Dulu saya berniaga di pasar malam, pasar tamu dan pasar tani dan hari-hari berniaga. Saya jual kuih muih, air pelbagai perisa, lauk pauk, nasi, mee goreng dan baaaaaanyak lagi. Kakak saya pula jual bunga ^_^

TIPS BERNIAGA

1. PENTING. Jangan campur adukkan duit jualan dengan duit harian kita.

Kalau kita letak duit jualan dan duit harian kita sama-sama, nanti kita terguna / terpakai pula duit jualan. Itu yang menyebabkan kita rasa jualan kita hambar :). Kalau sudah ada dalam tangan RM100, cepat-cepat bank in dan jadikan modal lagi :)

2. WAJIB. Simpan la sekurang-kurangnya RM20 sehari dalam tabung jualan.

Saya selalu buat begitu. Ikut jualan juga. Kalau jualan saya banyak, banyak juga yang saya simpan.

3. POSITIF. Jangan kerana pelanggan kurang atau jualan hambar, terus putus asa.

Kena ingat, berniaga ni ada masa-masa hangat macam goreng pisang, ada juga masa-masa dingin. Jadi kena bijak mencari ruang dan peluang.

4. PENTING. Jangan buat terlalu banyak bisnes dalam satu masa. (Nasihat dr usahawan internet yg berjaya)

Yup! Penting tu. Jangan kerana mahu untung cepat, semua benda mau buat. Yang dikejar tidak dapat, yang digendong berciciran. Jangan begitu. Saya mula-mula begitu. Semua benda mau di buat. Tapi sekarang ni saya fokur pada 2 perniagaan dulu. Bila ok bisnes ni, saya try bisnes lain pula :)

Bah, itu saja buat masa ini. Boleh juga bagi tau tips2 yang lain ya. Sharing is caring kata orang kannn :)

Ok, pada yang berminat untuk menjadi agen topup.. Mai sini....saya daftarkan. Yuran tiptop :)

Nota Hati : Berniaga ni salah satu sunnah Rasulullah. Berusaha la kita menjadi bisnes man / woman yang berjaya macam Rasulullah :)


:: 10 Benda Yang Mungkin Pernah Kita Lakukan Dalam Hidup Kita ::


Adakah ini adalah hari untuk mengenang kisah zaman budak hingusan dulu-dulu? Hihihi


Masih ka kau ingat?? Hihihi

Hari yang buat hari saya tersenyum. Alhamdulillah. Seronok betul bila mengenangnya.. Hihi.. Senyum sorang-sorang.


Nah! Siapa pernah buat antara 10 benda zaman budak-budak dulu?

Oppppss..sebelum tu, beri tepukan kepada my 'biras' (Biras juga la ba tu kan?? hihihi)

--> Khasmah Midin <-- br="">

Why?? Sebab dia buat saya tersenyum dengan status dia pasal gambar di atas tu. Opkos la kan. Itu la zaman yang paling mengembirakan! Takkan mau sedih? Hihihi

Semua perkara di atas tu saya pernah buat kecuali yang no 1 dan no 9

Kenapa tidak pernah buat? Kalau no 1 tu..entah..memang tidak pernah buat. No 9 tu pula sebab kami dulu mana ada tV! Haha. Jadi tidak tau apa-apa pasal lagu tu. -_-

No.2

Berjalan sambil cuba mengelak garisan-garisan di lantai.

Ya..selalu buat. Sambil tumit ke atas. Bila kena garisan terus rasa kecewa kunun. Haha. Lagi satu, bila mau terkena garisan, mesti ketawa geli hati. Haha. Oh My Sweet Memory. ^_^

No. 3

Tutup peti ais perlahan-lahan sebab mau tengok lampu peti ais dengan perlahan dari dalam peti ais.

Haha. Ini memang tidak boleh blah. First time ada peti ais rasanya masa saya umur 8 tahun (kalau tidak silap). Dapat peti ais pemberian makcik saya. Haha. Kesian kan. Masa tu memang sakai betul. First time ada peti ais kan. Riuh juga satu rumah. Haha.

Memang selalu tutup peti ais pelan-pelan. Kehairanan sebab macam mana lampu boleh buka dan boleh padam dengan sendirinya. Jadi, saya pun meng'explore' peti ais. Rupanya ada satu butang di tepi. Bila dapat tau budang tu, riuh juga satu rumah. Hahaha.

No. 4

Berebut-rebut tekan lif

Hahaha. Ketawa dulu. Rasanya first time naik lif masa umur....tidak ingat pula..tapi first time naik, rasa jantung tu macam mau jatuh ke bawah saja. Terbang melayang-layang. Haha. Tapi sekarang, tidak suda la sakai sebab hari-hari naik lif untuk sampai ke ofis. Takkan la sudah besar macam ni pun masih mau berebut-rebut naik lif. Malu la kan. Hihi. Alhamdulillah tidak pernah lagi terperangkap dalam lif :)

Begitu la kisah hidup di era 90-an 80-an  kan. Ada-ada saja permainan yang tercipta. Kreatif2 sungguh. 

Budak sekarang?? Hmmm kebanyakannya tidak kenal semua tu. Yang diorang kenal ipad, hp, laptop, fb dan sewaktu dengannya. Kalau tengok diorang pun rasa tidak seronok. Macam terkongkong saja. Hihi. Tidak apa la. Itu era diorang sudah :)

Alhamdulillah anak-anak buah saya masih lagi buat macam zaman 90 an 80 an tu cuma cara yang berbeza.

Dulu, kalau pi masjid..pakai tudung main ikat saja. Budak laa ni, mau juga pakai ala-ala Najwa Latif. Pi masjid saja pun. Haiss..

Nota Hati : Hebat rencana Allah kan. Allah didik kita untuk lalui semua zaman kanak-kanak yang penuh dengan keseronokan untuk dikenang hari ini dan selamanya.


:: Profil Mr. Bean ::

Kalau sebut pasal Mr.Bean, mesti semua kenal kan? Kartun lucu yang menjadi tontonan budak-budak di hujung minggu. Orang dewasa pun tidak terkecuali. Hihii..

Tapi saya kurang minat dengan kartun ni. Ntah kenapa. ^_^


Jom kita terja, siapa biodata Mr.Bean, si pelawak ni. Hihihi

Sekilas Profil keluarga Mr.Bean & famili:

NAMA : ROWAN SEBASTIAN ATKINSON a.k.a Mr.Bean

Tempat dan tarikh lahir : Newcastle, 09 -01- 1955

Isteri : SUNETRA SASTRY

Anak lelaki : BENJAMIN ATKINSON

anak perempuan : LILY ATKINSON

Dengar cerita, Mr. Bean ni memang seorang profesior di salah sebuah universiti terkemuka. Tapi tidak tahu di mana. Pernah baca sekali je profil Mr.Bean yang lengkap tu pun ingat-ingat lupa.


:: Gambar Pancung Kepala Versi Vietnam ::


Assalammualaikum..Salam Ramadhan :)

Apakah jadah tiba-tiba buat entry pasal gambar-gambar manusia yang kena pancung!

Saya dapat tu dari belog Penpatah sangat-sangat la terkejut.

Ok la... korang just layang gambar-gambar hukuman pancung yang dijalankan di Vietnam di era 1905.  Penpatah kata, gambar-gambar ni tersimpan dalam galeri di Vietnam. Kenapa kena pancung tu saya tidak tahu. Kena ambil tahu juga ni! Kan..?

Ni antara gambar2 tu...





Cukup gambar ni je kot! Tidak sanggup untuk tengok seterusnya..( walaupun saya sudah tengok habis hihi)

Boleh ke belog ni untuk tengok gambar yang lain -> Penpatah




:: Sebenarnya Aku Rindu ::


Ehem..ehem..

Sebenarnya saya rindu kamu! U know wyh?? b'coz i miss u laaa...hehe

Ok ok..serius!!

Cerita ni macam ni, Alhamdulillah pada tahun 2009 saya terbang ke bumi kenyalang! First time naik kapal terbang! Sangat-sangat la teruja. Almaklum FIRST TIME tu!! Siapa yang tidak teruja kan? kan? kan?

Why saya terbang ke bumi kenyalang? Hihihi.. Alhamdulillah saya dapat tawaran KERJA. Weeeee kecik-kecik suda kerja kannn...Umur masa tu 19 TAHUN. Muda sangat kot.. Hihihi

Kerja as Pembantu Tadbir. Jauh kan saya dibuang. Adakah bumi bayu suda tidak memerlukan khidmat saya? Aisemennn.. Sebenarnya ALLAH mahu temukan saya seseorang yang buat saya ni selalu RINDU dia! Haissss...apa jampi yang dia guna saya pun tak tahu la.. Rindu-rinduan~~~~

Baik kan ALLAH sebab hantar dan didik saya untuk berdikari dan meluaskan salam di bumi Kenyalang! Allah...Alhamdulillah! Syukur padaMU!

Eh...siapa dia yang dimaksudkan ni???

I call her ' Kak Atikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk '

Ya..memang saya selalu panggil dia macam tu. Bukan sebab dia kurang pendengaran OK! Sebabbbbb.. saya suka... saya suka...(macam mei2 dalam upin ipin)


haaaaa... ini la kerja kami bila bos tiada. Kami selalu offer diri kami untuk buat kek cheese di ofis! Kalau bos tiada la. Kalau bos ada, siap la kena leter!

Dan itu juga yang buat saya kangen pada dia dan juga pada warga MUSB! Ya, itu pengalaman berada di bumi orang. Pengalaman yang mendewasakan kita sebenarnya. Alhamdulillah wa syukurillah!

~~~~~~~~~~~

Saya masih ingat first time ukhwah kami terjalin. Tanggal 12 Mac 2009, Masa tu dalam jam 2 petang :)

Masa tu, saya masih malu-malu kucing. Alaa dia pun malu-malu kucing juga. Hihihi. Selepas sesi berkenalan dengan kawan-kawan sekerja yang lain, saya duduk sebelah meja dia. Hihihi. Haaa, start dari sana la kami mula bertukar cerita.

Dia pertanya tanya saya macam ni...insyaAllah saya akan ingat sampai kapan pun! Aisemenn..

Dia : yati, yati tau tak 'klaka' tu apa?

Saya : Tau!! Lucu.

Lepas tu dia ketawa!! Serius.. Dia ketawa. Saya pun ketawa juga. Dia cakap..

Dia : bukan la..kalau kat sarawak..'klaka' tu cakap..

Kak Atikkkkkk... i want to say sumting...boleh??

Sebenarnyaaaa saya tau 'klaka' tu sebenarnya 'cakap' tapi saya pura-pura tidak tau sebab mau jadikan itu sebagai satu titik permulaan persahabatan kita. Maaf buat Kak Atik macam tu. Maaf sangat sebab buat-buat tidak tahu. Saya ada cousin yang study di sekolah agama Matang..Dia banyak ajar saya klaka sarawak. Jahat kan saya -_-

Satu lagi..saya selalu buat-buat tidak tahu sebab saya mahu meraih sahabat saya yang sedang bercerita sesuatu. Seronok kan bila kita tengok sahabat kita bercerita penuh semangat?? Apa perasaan kamu kalau kamu tengah semangat cerita satu benda ni pada kawan kamu, tup tup belum abis kamu cakap, dia sudah jawab yang dia sudah tau cerita tu..

Apa perasaan kamu? Mesti semangat yang ada tu melayang jauh kan?? Oleh itu, raihkan la sahabat kita. Atau kita boleh minta izin cakap bila mungkin dia lupa kan??

~Raihkan sahabatmu!~

Sedangkan lidah lagi tergigit...

Ya... kami ada sejarah hitam. Emmmm bukan hitam laaa.. Kami ada sejarah pahit yang buat ukhwah kami tambah kebaBOMMMM!!

Tapi biar la kenangan tu, tidak perlu la diungkit lagi kan. Pass is pass. Apa yang penting, ambil iktibar dari apa yang terjadi. Jangan kerana satu perkara kecil buat kita tidak saling bertegur. Hihi. Lucu pula bila kenang perkara tu balik. Sayang awak!!


Dia ni seorang yang baik. Ya..sangat baik. Pantang nampak orang susah sikit!! Mula la dia dok sibuk tanya.. "yati ok ke tak?".."yati kenapa ni? ada masalah?".."yati diam saja kenapa ni? risau kak atik"

Best kan kalau ada yang take care kita macam ni? Hihihihi


Bila hendakku ceritakan tentangmu, tidak tertahan air mata ini. Ya..Aku dilamun rindu yang tak sudah pada sebuah ukhwah yang indah ini. 

KAU...antara anugerah terindah dariNYA.

Bilakah dapat bertemu lagi duhai sayangku?


~copy this from u blog~

The moment we share together!




~ Kak Atik....saya tidak pasti sampai bila saya mampu simpan setiap inci kenangan terindah kita dalam memory saya sebab saya tidak tahu apa akan jadi masa akan datang..itu sebab saya coretkan sesuatu untukmu sebagai tatapan dirimu dan diriku kelak. Saya tidak minta kak Atik untuk ingat saya, cukuplah kita ingat ALLAH yang telah menyatukan kita dan hati hamba-hambaNYA :) ~


:: Kawin? Betulkan Niat Dahulu ::


KAWIN??

Dengar bunyinya macam best kan? Iya la, dapat bersama dengan yang tersayang. Siapa yang tidak mau kan? 

Hari tu, sahabat saya yang baru saja bertunang tu mesej saya. Dia mintak nasihat sebab dia on the way ke alam perkahwinan. Hmmm.. Satu tugas yang berat.

Nasihat saya, kena fikir betul-betul bila mau kawin ni. Bukan apa, kawin ni kan bukan macam bercinta. Senang-senang saja putus then sambung balik. Bukan begitu. Kawin ni untuk selamanya till JANNAH. Itu kan matlamat kita?


 Bila kita nak kawin, kita mesti ingat yang pasangan kita tu bukannya sempurna. Selagi namanya manusia, pasti tidak sempurna. Jadi set dalam minda kita yang pasangan kita juga ada baik dan buruknya macam kita juga sebab, biasanya bila dah kawin baru kita akan nampak semuanya. Siapa pasangan kita sebenar. Jadi persiapkan diri. Jangan terlalu anggap pasangan kita tu yang the best person in the world sebab kita takut dengan satu kesalahan kita terus hilang respect pada dia.

Nama juga manusia kan?

Satu hal lagi yang kita perlu sedar, bila kita terima dia bermakna kita terima juga keluarga dia dalam hidup kita. Mahu atau tidak, itulah hakikatnya. Mungkin kita boleh terima family dia, tapi family dia boleh ke terima kita? Jadi, kita kena dalami perlahan-lahan kehidupan pasangan kita. Kita cuba ikut rentak irama lagu..baru serasi. InsyaAllah. ^_^ (yang penting tidak melangar syarak..)

Perkahwinan ni ada manis pahitnya. Sedangkan lidah lagi tergigit kan...Kena sentiasa pandai main peranan. Kita akan pelajari banyak perkara baru. Jiwa mesti kental. Hati mesti tabah. Apa yang penting, jangan pernah belakangkan Allah dalam urusan bersama.

~Saya doakan Kak Atik bahagia dunia akhirat. Layari kehidupan ini dengan bahagia kerana Allah sentiasa ada untuk kita~

~Kenangan.... Hari Pertunangan. First time jumpa bakal mak mentua..hihi~

Dan kini...kami telahpun bersatu :)


inilah permata hati ummi & abi :)

si kembar AmanAmin


:: Khasiat Buah Kurma ::

Jenis-jenis kurma :)


Khasiat Tersembunyi Buah Kurma yang jarang diperkatakan:

Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers