Assalammualaikum semuaa :)
Hari ini terlebih rajin pula untuk update entry. InsyaAllah semoga bermanfaat buat kita yang membacanya ^_^
Pertama sekali, pasal entry saya tentang PTPTN masuk CRISS tu ambil itu sebagai pengetahuan kita sahaja ya sebab kerajaan BN dah tak jadi masukkan PTPTN dalam CRISS. Alhamdulillah. Apa-apa pun, hutang WAJIB bayar ya ^_^
OK.
Nak tanya semua ni,
Siapa penggemar Roti Telur, Burger Telur atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengan telur. Hihihi.
Saya antara penggemar telur juga.
Tapi pasti tak telur yang kita makan itu HALAL @ HARAM ??
"erkkk...telur pun ada halal haram juga ka? macam mana nak tahu telur tu halal atau haram?"
"biar betul telur ada haram ada halal? bukan halal ke makan telur?"
Iya..mungkin sebahagian kita masih tidak tahu. Mai sini saya nak habaQ...
Alhamdulillah diberi kesedaran oleh Allah tentang telur ni. Macam mana saya tahu?? Saya tahu selepas baca novel "Syahadah Gadis Atheis"
Ok la, baca ni...
Basuh dahulu telur sebelum digunakan. Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan. Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti 'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak nampak najis tersebut) atau najis aini(jelas masih terdapat najis melekat).
Hari tu dating berdua dengan En.Suami ~pegi pasar malam saja punnnn~
Tiba-tiba teringin makan martabak (pastinya ada telur kan?). Tapi niat tu terkubur begitu saja sebab rata-rata peniaga tidak basuh telur tu terlebih dahulu.
Belum ada kesedaran lagi rupanya. Kita kena buat risalah ni. Kena edar kepada semua. Semoga usaha kecil kita itu dapat menyelamatkan makanan kita dari menjadi haram kan kan :)
~opsss siapa yang mau buat risalah ni??~
InsyaAllah akan diusahakan bersama-sama badan NGO ^_^
Kalau di rumah pula, sebelum masukkan telur dalam peti ais...saya pastikan ianya dicuci dulu!
makin come blog si ha nih...ehehe...
ReplyDeleteMcm kaka jga...smkin come ;)
DeleteErrrkkk.ade jgk yg harammm.
ReplyDeleteTelur je pon...
Ape pon tima kasih info ini...;)
Saya memang basuh telur ayam dulu sebelum masak... Hihi nasib baik lg kan.
ReplyDeleteApapun, info yang bagus tuk yang belum tahu.