:: Segalanya Bermula Di Sini ::


Disaat air mata ini tidak mampu untuk ditampung lagi, lantas diri mengingat kembali pada keadilan yang Allah bentangkan dihadapan ku sekarang. Antara percaya dan tidak. Maka aku memilih untuk PERCAYA padaNYA disaat kepercayaanku kepadanya sedikit goyah. Masakan tidak, diri ini juga miliknya! Selayaknya aku percaya dan yakin padaNYA.

Iya, benar setiap kita punya kisah silam yang kelam. Percayalah. Mungkin kisah kita berbeda tapi jalan penyelesaiannya sama, kembali kepada Allah kerana kita datang dariNYA. Memang amat perit untuk kita melupakan kisah kelam dalam diri kita. Tapi apa daya kita untuk memutarkan kembali waktu yang telah berlalu. Waktu yang tidak mungkin dapat kita ubah walau sehebat mana teknologi yang kita miliki. Jangan biarkan kisah dongeng doremon menghantui kita. Tidak! Tidak mungkin kita kembali kezaman budak hingusan seperti mesin masa dongeng itu!

Maka aku memilih untuk PERCAYA sekali lagi bahawa Allah itu Maha Pengampun. Hanya dengan taubat, kita pasti mampu menjalani kehidupan ini. Usah dikenang kisah kelam yang terjadi dalam diri kita kerana makin dikenang, makin ia memakan diri. Tapi jangan sehingga kisah silam itu membuatkan kita tersalah langkah lagi. 

What you give, you get back.

Benar. Apa yang kita lakukan dalam hidup kita, kita akan dapat balik imbalannya. Aku punya kisah. Kisah hidup yang sentiasa memburu. Terkadang menangis mengenang kisah itu. Ada sesalan dihujung nafas. Tapi aku yakin, pasti setiap kita punya kisah silam yang kelam. Tapi aku lagi yakin bahawa setiap kita yang punya kisah silam yang kelam tidak selamanya berkelana dengan kisah itu selagi hidayah Allah tidak diabaikan. Maka aku memilih untuk percaya lagi.

Perlahan air mata disambut lembut oleh jemari yang sentiasa hadir membantu disaat empangan ini pecah. Dipujuk hati yang tengah gundah. Usah ragu, usah bimbang. Aku akan sentiasa memilih untuk percaya. InsyaAllah. Iya, disaat segalanya hampir punah.. maka aku memilih untuk percaya bahawa Allah tidak sesekali menimpakan ujian ini tanpa tujuan. Siapa kita untuk menidakkan kekuasan Allah. Yakinlah, sebentar lagi senyuman itu pasti terukir kemas. Bukankah itu sudah menjadi lumrah kehidupan kita.

Disaat beginilah ujian dari Allah itu silih berganti. Tapi aku yakin, dihadapan aku kelak pasti terhidang ujian yang lebih besar dari hari ini. Masakan pelajar sekolah menengah diberi soalan kira-kira budak tadika. Itu mustahil. Nah, begitu juga kita. Akan diuji mengikut kemampuan kita bukan diluar kemampuan kita. Maka, untuk berhadapan dengan segala ini, pilihlah untuk bersabar dan bersyukur. Bersabar kerana ujian, bersyukur kerana kita hamba terpilih untuk diuji. Bukankah itu tandanya Allah hampir pada kita??


Pegang ini kata-kataku :- "dahulu, hari ini, insyaAllah esok dan akan datang aku percaya kepada dirimu. Jangan sia-siakan kepercayaan ini kerana aku percaya kepadaNYA.."

~Salam Maal Hijrah~

Segalanya Bermula Di Sini --> HATI <--


:: Santai Ruang Tamu ::


Ada sahabat bertanya, kenapa saya menulis didalam blog? menceritakan kisah-kisah hidup saya dalam blog. Saya tersenyum. Itu bukan soalan pertama saya dengar. Sudah banyak kali soalan itu diutarakan. Malangnya terbiar tanpa jawapan. Hari ini saya menjawabnya.

Bismillah, 
Kenapa saya menulis kisah-kisah hidup saya dalam blog ni? Pertama, insyaAllah semua ini diniatkan Lillahi Taala. Semoga segalanya keranaNYA semata-mata. Kedua, blog ini merupakan diari terbuka saya. Sesiapa boleh membacanya tanpa halangan. Anda suka, saya suka. Anda tidak suka, maafkan saya kerana membuat anda tidak suka. Tiada daya saya untuk membuat anda suka (^_^)v

Ketiga, ingin berbagi rasa gembira, bahagia, suka duka, pahit manis dan segala macam lagi perasaan bersama pembaca. Semoga bermanfaat buat kita bersama. Saya manusia biasa, bila-bila masa boleh kehilangan memori terindah. Sekurang-kurangnya bila saya menulis sedikit sebanyak kisah-kisah saya, saya akan mengingatnya semula apa yang terjadi sehari sebelum dan sehari selepas kejadian itu apabila saya membaca kisah itu. Begitulah seterusnya. Semoga dengan itu, saya tidak terlepas dari kenangan-kenangan yang pasti akan berlalu tanpa disedari.

Nah, oleh kerana itulah saya akan berusaha untuk menulisnya. Bukan mengharap mereka-mereka membacanya. Cukuplah sekadar saya menulisnya mengikut rentak hati berirama. Semoga semua yang ditulis bermanfaat kepada saya yang utamanya dan kepada anda yang membaca khususnya. Maaf sekiranya ada tinta yang tidak menyenangkan hati. Maaf,
---------------------------------------------------------

Semalam selepas mengajar anak soleh solehah di Surau Al'amin, singgah membeli burger untuk buka puasa. Kalau mahu masak, memang tidak sempat sebab jam 8.30 malam pula ada kelas Quran. Sampai rumah, tengok-tengok kak Syuhada dan Kak Wan di ruang tamu. Makan nasi goreng. Kak Syuhada masak. Kebetulan Kak Syuhada pun puasa juga.

Saya?? Selepas makan burger, sambung lagi makan nasi goreng yang Kak Ada masak. Kak Nurul ikut sama menjamu selera. Selepas makan, kami pun bercerita itu ini. Terlalu banyak topik. Sambung menyambung. 

Antara perbualan yang sempat dirakam dalam kepala ;-

Kak Ada : Yati, habiskan nasi tu. Alang-alang sudah bah. Sikit saja lagi. Cepat.

Yati : nda mau ! kenyang sudah ni. Kak Nurul laa.

Kak Nurul : saya pun sudah kenyang bah.. tidak mau lagi. Habiskan bah, suami soleh itu.

Yati : hah, kak Ada, habiskan. Suami soleh tu.

Kak Nurul : iya betul tu.

Kak Ada pun makan baki nasi yang tinggal. Kami tergelak bersama.

Kak Nurul : Yeaaaaaa. Kak Ada habiskan. Suami Soleh. InsyaAllah.

Yati : ok ok ok ok. Cepat tadah tangan. Kak Wan angkat tangan kita berdoa. "Ya Allah kurniakanlah suami soleh kepada Kak Ada"

Kak Nurul : aiiiii kita bah..bukan Kak Ada sorang.

Yati : hehehe.. Ok ok ok. "Ya Allah kurniakanlah kami suami yang soleh...aminnnnnnnnnnn"

Kak Ada, Kak Wan, Kak Nurul : amiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnn.

Nah, itulah kami. Kalau sudah bercerita pasti tidak ingat lagi kerja yang lain. Sempat juga buat sesi luahan hati ke hati. Mendengar luahan sahabat kesayangan kami ini. Ada cerita sedih, geram, lucu dan macam-macam ada. Selepas makan, kami makan buah rambutan lagi. Kiriman dari kampung kak Nurul. Sedap. Alhamdulillah. Sempat juga 'membuli' kak Nurul dan Kak Ada. Almaklum adik mereka ini terlalulah manja. Sehingga kulit rambutan tu pun Kak Nurul atau Kak Ada yang tolong kopekkan untuk si adik. Ish ish ish~~.

Kak Ada dengan rajinnya tolong bersihkan meja makan. Saya dengan Kak Nurul mengusik. Kak Ada pun tersipu-sipu malu dan mengusik kami semula.

Kak Nurul : Yeaaaa kak Ada tolong kemas. Ada pahala itu.

Yati : Ya. Banyak pahala. Hehehe. Kalau kakak saya kan, Erna. Hari tu kami makan dikedai, saya yang mau bayar tapi dia cakap macam ni "kamu ni, bagi-bagi bah pahala. Saya pun mau juga kumpul banyak-banyak pahala. Bukan kamu saja. Saya bayar" Hahaha. Hah, kak Ada kumpul banyak-banyak pahala aa..

Kak Nurul : Nah, ini lagi kak Ada. Dapat pahala juga.

Gelak pun terlerai. Aduh, malam itu memang tak kering gusi dibuatnya. Kerja terhenti seketika. Ada usrah santai tanpa diduga.

Kak Nurul : eiiii, dengar ba. Kamek sik ingat la hadis ka apa. Tapi bunyinya macam tok, tok kisah Aisyah dengan Rasulullah lah. Aisyah madah macam tok, "ya Rasulullah, hanya tinggal tulang ini untuk kita, yang lainnya telah diberikan kepada yang lain".. Rasulullah pun madah "ya Aisyah, sebenarnya bukan ini saja yang tinggal tapi yang inilah yang sebenarnya yang terbuang". Kitak faham sik maksud Rasulullah ya? Apa yang kita beri itu sebenarnya yang tinggal, yang untuk kita ya sebenarnya yang terbuang. Macam makanan nak, kita makan ya tapi akhirnya ya jadi najis. Tapi yang kita berik ngan orang ya sebenarnya untuk kita. Untuk akhirat kita.

Yati : ya ya ya ya ya. Faham. Iya kan, betul juga tu.

Kak Ada : Iya. Betul tu. Maksudnya, kalau makanan tu kita bagi orang itu sebenarnya milik kita nanti. Ok. Usrah ni. Akak dengan Yati macam tu la. Tengah-tengah cerita tu, tiba-tiba akan kaitkan semula macam yang kita cerita la.

Yati : itu la. Sudah habis luahkah masalah ofis dan share-share cerita, ceh diakhirnya cakap macam ni "nda apa ba kan, mesti ada hikmah kan. Sabar". Pujuk diri sendir konon. Hahaha

Kami pun tergelak sama. Walaupun tujuan awalnya sekadar ingin bersantai-santai diruang tamu, ada juga ilmu yang bermanfaat yang sempat kami kongsikan bersama. Belum lagi ditambah sesi mendengar luahan hati ke hati. Tapi sesi itu tidak boleh diceritakan di ruangan ini. Kenapa?? Sulit dong ^_^v

Kak Nurul : kamek nak, bersyukur sangat sebab Allah tapis sahabat-sahabat kamek. Kebanyakan sahabat kamek kenal dalam majlis ilmu, program-program.

Kak Ada : dan kita kenal disini...hehehe

Sekali lagi tawa bergema diruangan santai kami. Tempat kami melabuh segala keresahan, kegembiraan, kebahagiaan, dan kisah bersama. Terlalu indah bersama mereka. Terlalu Maha Baik Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang sentiasa membawa hati ini tertarik kepadaNYA. Sungguhpun saya lah antara adik yang manja, selalu saja buat kecoh, mereka tetap sabar melayan. Ya Allah, terlalu indah hadiah ini. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Yati : oiiii jam 8 sudah oiii. Ngaji ngaji. Mandi mandi.

Kak Nurul : seronok bercerita sudah bah..

Kak Ada : dah tak sedar jam dah. Cepat !

Selepas membersihkan diri, sepatutnya kelas bermula jam 8.30 malam, tapi kami keluar dari rumah sudah jam 8.30 malam. Nah, inilah pertama kali kami terlebih lewat. Tidak mengapa. ustaz tidak akan marah punyer. Sampai saja di kelas, hanya ada 4 orang yang hadir ditambah kami berempat pula, hari ini hanya 8 saja yang hadir mengaji. Mungkin yang lain ada hal yang tidak dapat dielakkan. 

Ujian surah an-nazii'aat. Seperti biasa, saya akan membaca dihadapan kak Ada sebelum diuji di depan Ustaz Sodikin. Kak Ada adalah pelajar cemerlang dalam kelas. Berkali-kali membaca di depan Kak Ada, hehehe ada juga yang salah. Sabar dia melayan si adik manja. 

"Kak, nama kamek Haryati. Panggil kamek 'Ha' ok..."

And now, i have a new name.... Ha. Sweet ^_^v

:: Ilmu Pelita Hidup ::


Jangan pernah lelah menimba ilmu. Galilah sebanyak mungkin. 

Men'download' ceramah-ceramah dari Ustaz Kazim Elias, ceramah Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Kebetulan hari line internet di ofis laju. Sekejap saja, selesai mendownload. Kebetulan hari ini saya sangat-sangat free.Kerja sudah diselesaikan sebelum jam 10 pagi. Apa lagi, memanfaatkan masa yang ada untuk mendownload sebanyak mungkin ceramah-ceramah berguna.

Antara ceramah yang berjaya di download (Alhamdulillah)

1) Amalan Soleh
2) Berkahwin
3) Bila Kita Ada Ayah Dan Ibu
4) Derhaka Pada Ibu Bapa
5) Dunia Ini Ibarat Permainan
6) Forum Perdana Hal Ehwal Islam
7) Ikat Perut (Tanyalah Ustaz)
8) Isteriku Sayang
9) Meninggalkan Sembahyang Punca Kejahatan
10) Meraih Pahala, Melabur Dosa
11) Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami
12) Tipu Daya Syaitan

Ada 3 lagi ceramah yang sedang di download tapi tiba-tiba line ofis menjadi slow. InsyaAllah esok menyambungnya lagi. Semoga bermanfaat. Siapa yang nak, saya boleh copy ke dalam cD untuk anda ^_^


:: Usah Bersedih, Tersenyumlah ::


Jalani kehidupan kita hari ini dengan penuh rasa syukur kepada Allah.

^_^ Alhamdulillah wa Syukurillah ^_^

Ayuh kita nyanyi bersama. Hiburkan harimu yang kelam, ceriakan hatimu yang dirundum duka, leraikan tawamu yang dibaluti luka.. Ayuh !

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Semoga anda gembira hari ini. Usap air matamu, tidak mahu ada kesedihan yang singgah. Biarkan hatimu sedih untuk perkara-perkara yang berfaedah. ~Pesanan buat hatiku dan hatimu ^_^~

Wajahmu kupandang dengan gemas, mengapa air mata selalu ada di pipiku.. 

Hai nona manis biarkanlah bumi berputar, menurut kehendak yang kuasa.  
Apalah artinya sebuah derita, bila kau yakin itu pasti akan berlalu.. 

Hai nona manis biarkanlah bumi berputar, Menurut kehendak yang kuasa.

Tuhan pun tau hidup ini sangat berat, tapi takdir pun tak mungkin selalu sama, 
coba-coba lah tinggalkan sejenak angan mu, esok kan masih ada...


Syair ini milik Almarhum Utha Likumahuwa.
Penyanyi kawakan Utha Likumahuwa meninggal dunia pada Selasa (13/9/2011) pukul 13.13 wib di RS Fatmawati, Jakarta Selatan. Alfatihah buat beliau.


Sungguhpun ini pertama kali mendengar lagunya, pertama kali nama ini dikenali, sudah terpikat pada bait-bait indah dalam syairnya. Ada bait berupa nasihat didalamnya. Hayati dan renungi.

Seperti yang kita tahu bahawa dunia ini berputar tanpa bantahan mengikut arahanNYA, maka untuk apa lagi kita bersedih untuk sesuatu kejadian yang pasti berlaku. Untuk apa kita berduka pada sesuatu perpisahan kerana kita yakin suatu hari nanti kita tetap juga akan terpisah. Untuk apa kita bersedih sedangkan kita tahu  sebentar lagi kita pasti akan tersenyum. Usah khuatir kerana begitulah sunnatullah kehidupan kita didunia ini. Renungkan, apa didunia ini yang akan kekal selamanya? Sudah tentu tiada kan.

Nona Manis, ingat ini pesanku..menangislah selalu bila kita menghadap Ilahi. (Pesan buat diri ini)

Hai hatiku, Hai nona manis, 
Jika hari ini kita derita, esok pasti bahagia. Jika hari ini bahagia, esok pasti derita. Itu pasti akan berlaku dalam kehidupan kita, seumur hidup kita, selama mana jantung kita masih berdegub. Jadi, kenapa kita perlu takut untuk berdepan dengan kehidupan kita seterusnya? Bukankah kita telah melepasi kisah yang lalu. Kalau dahulu kita mampu dan kuat setelah pelbagai ujian dan cobaan dariNYA, kenapa kita perlu risau untuk terus berdepan dengan masa hadapan? 

Hai hatiku, Hai nona manis,
Usah ragu, usah bimbang. Jalani sahaja hari muka berbekalkan dua hadiah terindah tinggalan Kekasih Allah, Nabi Kita, Muhammad Rasulullah. Alquran dan Sunnah. Biarkan bumi berputar sesuai kejadiannya yang taat pada arahan Pencipta. Bila Allah mentakdirkan jalan kehidupan kita dikerumuni kedukaan, usah membantah kerana dirimu insan pilihan, diangkat tinggi darjatmu disisi Allah. Syaratnya hanya perlu SYUKUR dan SABAR.

Kakasih hatiku pernah berkata ;- Syukur itu lebih tinggi nilainya dari Sabar.

Iya. Itu betul. Orang sabar, belum tentu dia seorang yang bersyukur. Dia boleh bersabar, tapi akan ada keluhan demi keluhan. Berbeda dengan orang yang sentiasa syukur. Diuji kehilangan isteri, dia syukur dan sabar. Diuji keretanya yang rosak, dia syukur dan sabar. Diuji dengan kesakitan, dia syukur dan sabar. Diuji dengan kehadiran isteri baru kerana kematian isteri lama, laaaaaaagi bersyukur dan kena bersabar. Hehehe. Iya kan. Harus syukur dong. Bukankah setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Tuhan pun tau ~~~

Nah, perlu diingat. Allah Maha Tahu kemampuan hambaNYA. Yakinlah, apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah yang termampu dan terdaya untuk kita lakukan. Allah tidak pernah menguji kita diluar kemampuan kita. Itu janji Allah. Allah NGAK pernah tipu. Menyedari hakikat bahawa Allah menguji mengikut kemampuan kita, percayalah kita mampu menghadapi segalanya dan ujian kita pasti berbeza dengan orang lain. Soalan peperiksaan tahunan di sekolah kita kan berbeza dengan sekolah yang lain. Tidak mungkin sama, kalaupun sama pasti jalannya beda, pasti solusinya beda.

Tapi, kita boleh meminjam kertas soalan dari sekolah lain untuk jadikan latihan tambahan untuk kita. Nah, begitu juga kita dengan sahabat kita. Ujian yang dilaluinya, kita ambil pengajaran sebagai persediaan siapa tahu kita akan melaluinya atau bisa membantu yang lain. Siapa tahu rencana Allah, oleh itu kena persiapkan dirimu HARYATI !

Setiap kali diri diuji lautan kedukaan, ribut kekeluargaan, gelombang kesedihan melanda, syaitan menggempuri, tenangkan diri kita. Allah tahu kita kuat, Allah saja yang tahu kita kuat jadi untuk apa kita harus merasa lemah dengan ujian ini?? Kalau merasa lemah, luahkan pada Allah. Bukankah Allah sediakan kita hadiah terindah berupa sahabat solehah, isteri solehah, suami solehah. Lantas disini peranan kita berkerja. Lumrah kita sebagai manusia, sungguhpun keyakinan kita kepada Allah itu melebihi apa adanya kita tetap perlu teman untuk mendengar segalanya. Itu lumrah. Sahabat, isteri, suami, keluarga itulah sebagai perantaraan kita dan Allah.

Jadi, apa yang perlu ditakutkan? apalagi yang perlu disedihkan? jika kita tahu bahwa ALLAH itu ADA dan menepati janjinya, tidak akan ada masalah besar lagi karena ALLAH jauh lebih besar dari masalah yang kita hadapi, terpuruk hanya akan membuat waktu kita terbuang sia-sia. Jadi biarkanlah bumi berputar JANGAN mendzalimi diri sendiri dengan menyedihkan diri, yang bikin sedih itu kita sendiri.

Tidak ada hujan yang tidak berhenti kan (^_^)v

Sekali lagi  bahwa setiap ujian menegaskan bahwa segala yang menimpa manusia adalah sebuah sunnattullah yang harus dijalani.

Jadi, memang tidak ada yang aneh dan berat dari hidup ini, jikapun terasa berat dan aneh itu kita yang membuatnya menjadi aneh, jikapun terasa berat biarkan waktu yang menyembuhkan, membuatnya cari … dan biarkan bumi berputar menurut kehendak ALLAH, bukan kehendak kita !!

~Salam Senyum untuk semua~

Ya Allah, tambahkan kekuatan dihati kami. Amiinn.

:: Bertandanglah Rindu ::


Satu demi satu mesej dihantar. Mengadu rindu yang tak sudah pada bidadari kecintaanku, srikandi kesayanganku. Tiada siapa yang boleh menghalang rasa rindu tatkala Allah mencampaknya kedalam hati setiap manusia. Mungkin kita boleh berbohong pada manusia tapi tidak pada Allah. Bukankah Allah Maha Mengetahui akan hati hambaNYA, luar dan dalam?? Ya, aku dilamun rindu. Rindu yang teramat. Pada insan-insan kesayanganku, kecintaanku.

"Nad, kalau kita rindu seseorang kan, dia rindu kita juga tak?"

Dengan titisan air mata, mesej itu dihantar. Nad, dia antara anugerah terindah Allah untukku. Sentiasa membawa hati ini dekat denganNYA. Sentiasa melabuhkan sendunya untukku. Subhanallah. Hebat benar rasa yang Allah semaikan kedalam hati hambaNYA. Walau tidak pernah bertemu, tidak pernah tangan ini memegangnya, tidak pernah pipi ini menyentuh pipinya tapi rasa cinta dan rindu untuknya dariNYA sentiasa subur ditaman hatiku. Maka, siapakah yang mencampakkan rasa ini kalau bukan Allah Yang Maha Berkuasa. Alhamdulillah wa syukurillah !!

"cikgu pernah kata memang dia akan rindukan kite balik. Tidak tau la sejauh mana kebenarannya. But i always trust my teacher and saya pun rasa 'ya'.."

~~Andaikan rindu ini membuatkan rindu kami kepadaMU bertambah, bertandanglah rindu...~~

" Mungkin kan..tetiba rasa rindu.. "

"Pabila rindu bertamu, bertasbihlah memuji Ilahi"

~Nadine~
~Ajlaa~
~MM~
~Sharmila~
~GAD Semekta~
~Bidadari Syurgawi~

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkhbar.
KepadaMU rindu ini hamba serahkan..

Siapalah kita untuk lari dari perasaan RINDU. Kerana rindu adalah sebuah perasaan yang tulus dan ikhlas. Ku iringi perasaan rindu ini dengan doa-doa kebaikan, kebahagiaan, keselamatan, ketenangan dan kedamaian  kepadamu.

"ummi, kalau kita rindu seseorang..adakah dia akan rindu kita juga??"

"Subhanallah, tersenyum ummi. Yati, bila kita rindu seseorang.. Allah akan campakkan sepuluh kali dari rasa rindu kita kepada orang yang kita rindu. Subhanallah. Baiknya Allah. Iya, orang yang rindu kita akan rindu kita juga ^_^"

Disaat rindu ini bertandang, melayan rasa rindu menatap wajah-wajah kesayanganku dihadapan laptop, melihat aksi-aksi mencuit hati, merenung kasih yang tersulam indah didalam rakaman video, mengimbas kenangan lalu yang sentiasa bermain diminda, satu mesej dari srikandi kesayanganku hadir..

"sayang ana, tarbiahlah ana. Saat ini hati diuji dengan perasaan rindu terhadap sidia"

Tersenyum. Air mata ditahan. Usah ditumpahkan. Biarkan ianya bertakung dikelopak mata. Menatap gambar srikandiku yang menjadi gambar utama di muka laptop kesayanganku. Iya, mereka adalah srikandi kesayanganku. Bersama sejak dibangku sekolah. Bersama-sama mentarbiah diri ditempat yang jauh dari kehidupan bertuhan agar lebih hampir dan dekat kepada Allah. Namun sering tewas dengan cubitan sayang dariNYA. Sering saja diri terleka dengan dunia, terlalai dengan nikmat sementara. AllahuAllah T_T

Dengan rasa yang sarat dengan rindu, mesejnya dibalas.

"Bungkus lah rindu itu kemas-kemas. Simpan doa di dalamnya. Kemudian serahkan kepada Pemberi Rindu agar diberikan kepada penerima yang selayaknya. Aku juga kerinduan. Rindu yang teramat ! "

"Subhanallah.. Air mata menitis lagi saat dalam perjalanan hiking sekarang. Teringat zaman kita"

Nah, air mata tidak dapat dibendung lagi. Terlerai juga akhirnya. Iya. Siapa yang tidak merindui zaman persekolahan dulu. Zaman hingusan, zaman bermain, zaman kecomelan. Itulah juga zaman kami mengenal Islam. Subhanallah. Zaman kami dipandang serong oleh sesetengah guru kerana memakai tudung labuh. Zaman kami di'bebel' oleh keluarga kerana berusaha untuk menjaga aurat ketika keluar dari muka pintu rumah. Subhanallah.

Sesekali kita kena juga pandang belakang. Bukan untuk menyesali keadaan dahulu tapi diambil iktibarnya agar kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Bukankah kita dulu melalui semua itu? Kenapa harus ditinggalkan kalau ada pengajaran yang sepatutnya kita ambil. Bukankah setiap yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita? Yang pasti ada hikmahnya. Yang baik kita kekalkan, yang buruk kita cuba untuk bersihkan. Kalau baju kita kotor, ada pelbagai jenis sabun untuk membersihkannya. Nah, begitu juga kita. Perkara buruk yang telah terjadi dalam hidup kita, kita bersihkannya dengan taubat nasuha. Ingatlah, Allah itu kan Maha Pengampun. ~Pesanan buat diri ini yang utamanya !~


Rindu~~~ berlabuhlah diatas sajadah cintaNYA..

xxxxxx Salam Rindu xxxxxx

Bismillah...

Rindu itu adalah Anugerah dari Allah, Setiap manusia yang berhati nurani pastilah mempunyai rasa rindu. Merindukan kedamaian, merindukan ketenangan, merindukan kesejahteraan, dan juga merindukan kebahagiaan.

Orang-orang yang bertaqwa, merindukan kebenaran, merindukan kejujuran dan keikhlasan, dan puncaknya adalah merindukan keridhoan Allah.

Orang-orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh dan solehah, merindukan isteri-isteri solehah, merindukan terwujudnya keluarga bahagia.

Para pencinta kebenaran pula merindukan suasana masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera, merindukan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi, dan merindukan keampunan Illahi.

Mari kita ubati kerinduan ini....

"Ayuh bungkus rindu kita, serahkan kepadaNYA agar rindu ini diserahkan kepada sesiapa yang dirindu (^_^)v"

:: Cerita Semalam ::


Tajuk entry 'cerita semalam' tapi sebenarnya cerita lama sudah. Alhamdulillah, hari ini masih lagi mampu berjalan di bumi Allah. Masih lagi mampu menikmati keindahan dunia kurniaan Allah. Alhamdulillah. Sentiasalah kita mensyukuri segala pemberian Allah secara percuma ini. Semoga rasa syukur ini menjadikan kita hamba yang lebih kenal siapa Pencipta Kita ^_^~Pesanan buat diriku yang utamanya~


Sering menyepi dari dunia maya. Hanya sekadar bertandang menyapa ruang kosong.

Oleh kerana tidak tahu buat apa-apa, saya pun menarikan tangan di papan kekunci Miss Lappy kesayangan saya. Teringat kisah sahabat serumah saya yang suka bertanya, dan saya insyaAllah menjawab dengan ilmuku yang senipis kulit bawang ini. Apa yang saya tahu,  insyaAllah akan dikongsikan dan akan cuba untuk terangkan kepadanya..

"Yati, kalau saya tanya sesuatu boleh ka? Pasal Agama kamu ni."

"insyaAllah, boleh saja ^_^. Selagi saya mampu jawab, insyaAllah saya akan jawab. Tapi kalau saya tidak tahu, saya minta maaf. Saya kena rujuk dengan yang pakar dulu kemudian saya bagi tahu kamu. Boleh?"

"Apahal ada dalam agama kamu yang kamu tidak tahu? Bukan sepatutnya semua sudah kamu tahu ka?"

Saya mula tersenyum. Terus menatap muka si Minah Cina yang comel ni tapi kadang-kadang buat saya geram. Ada riak yang kurang senang diwajahnya bila saya memberi kenyataan bahawa saya kena bertanya yang pakar jika ada soalan yang saya tidak tahu jawapannya. Terus saja tersenyum sambil saya buat muka 'comel' depan dia.


Saya mula menyusun kata :-

"ok, kamu belajar math dari sekolah rendah kan? Dari umur mungkin 4 tahun sudah mengenal nombor, 1, 2, 3..Mungkin sudah boleh sebut A, B, C dan masuk sekolah rendah sudah kenal operasi-operasi tambah tolak darab dan bahagi. Bila naik sekolah menengah, kenal pula operasi-operasi yang lebih tinggi lepas tu banyak jalan kiranya. Iya kan?"

~dia mengangguk, masih kelihatan wajahnya yang kebingungan. Saya tersenyum dan meneruskan untuk memberikannya kefahaman. Tidak mahu dia tertanya-tanya.~

"...dan dari kecil begitu juga tahap kamu diajar mengenal Agama anutan kamu? Mama kamu bawa kamu ke Tokong. Didik kamu cara hidup dalam anutan agama kamu. Iya kan?"

~sekali lagi dia mengangguk. Kemudian dia tersenyum seolah-olah dapat menangkap apa yang akan saya katakan.~

"...kalau sekarang saya bertanya kamu tentang agama kamu, boleh kamu jawab? Boleh kan tapi ada batasan soalan yang tidak mampu kamu jawab. Macam sebelum ini saya pernah tanya, kenapa dalam agama kamu ada banyak dewa? kenapa mayat perlu dibakar? Apa hari-hari istimewa dalam agama kamu? Banyak yang kamu tidak dapat jawab kan?.."

"iya..."

~akhirnya dia bersuara diiringi senyuman manis. Berlesung pipit macam saya ^_^. Saya pun terangkan maksud seterusnya ;- ~

"..nah, begitu juga dengan saya. Ilmu saya terbatas. Lebih-lebih lagi saya baru merangkak mengenal agama saya walaupun saya dilahirkan dalam keadaan islam. Saya juga bukan pelajar dari bidang agama, hanya bersekolah di sekolah menengah biasa yang mana sekolah saya tidak menitikberatkan soal agama. Saya juga lahir dari latar belakang keluarga yang biasa-biasa. Masih jauh untuk mencapai tahap seperti yang kamu sangka. Logikkah budak tadika disoal mengenai Subjek yang dipelajari oleh pelajar menengah atas? Tidak kan. Nah begitu juga dengan saya. Kamu boleh soal apa sahaja, kalau saya mampu jawab insyaAllah saya akan jawab. Tapi kalau tidak, macam yang saya kata tadi saya akan bertanya dengan yang lebih arif lagi. Ok?"

~minta persetujuan dengan si Amoi ^_^~

"Auk. Tapi kamu jangan marah kalau saya tanya oooo."

"ish...tidak la. Ok maa ^_^"

"kenapa kamu mesti bertudung? Tidak panas ka. Dalam rumah pun pakai juga. Dalam bilik kamu pakai ka? Mandi pun kamu pakai ka?"

Allahu Allah. Semoga Allah memberikan kelembutan lidah ini untuk menjawab soalan tu. Untuk menjawab soalan dia, saya hanya menggunakan logik akal. Kalau dikeluarkan Firmah-firman Allah, takut dia tidak dapat memahaminya. Labih-lebih lagi ada beberapa ayat bahasa melayu yang tidak difahaminya. Tersenyum memandang wajahnya.

"Pertama sekali, kenapa kami mesti atau mesti pakai tudung?? Sebenarnya bukan mesti pakai tudung tapi WAJIB tutup aurat, maksudnya tidak semestinya hanya pakai tudung. Kalau pakai kain pelikat pun boleh yang penting tutup AURAT. Kenapa WAJIB menutup AURAT, kerana itu adalah perintah dari Allah, Tuhan yang kami sembah. Bila Allah memerintahkan sesuatu keatas umatNYA, sebagai umat islam kami WAJIB mentaatinya tanpa sebarang bantahan. Kenapa?? Sebab bertudung ini ada banyak hikmahnya. Ok, macam ni.. Saya ada dua biji gula-gula. Yang satu berbalit plastik, yang satu lagi terbuka macam tu tanpa dibalut plastik. Gula-gula tu saya letak atas meja ni. Dan sekarang saya bagi kamu pilih antara dua gula-gula tu, yang mana satu jadi pilihan kamu?


Terus saja merenung matanya. Menanti jawapan yang bakal dipilihnya. Tersenyum. Nampak wajahnya ligat memikirkan apakah yang menjadi pilihannya. Saya yakin pada apa yang dipilihnya adalah sama seperti pilihan saya. Berbalut plastik.

"pilih gula-gula yang berbalut plastik la..."


Tersenyum lebar. Nah, disana boleh pancing mindanya untuk mengetahui sendiri hikmah disebalik perintah Allah, hijab yang menutup diri ^_^. Saya menyoal lagi dengan penuh semangat. ;-

"kenapa pilih yang berbalut plastik?"

"sebab lebih bersih. Tidak ragu-ragu untuk dimakan. Rasa gula-gula berbalut tu lebih selamat."


Dan saya menyambung ;-


"iya. Selamat dan insyaAllah bersih. Manakala gula-gula yang tidak berbalut tu mudah terdedah dengan kotoran. Semut pasti mengerumuni gula-gula tu. Debu pasti melekat sungguh sukar untuk dikesan kehadirannya. Dan pasti permukaan gula-gula tu sudah tidak cantik. Lubang sana sini kerana semut. Iya kan??? Dan gula-gula yang berbelut tu, mesti tiada keraguan untuk kita makan.. Ada banyak lagi hikmah memakai tudung sebenarnya. Gangguan dari jantans pun dapat dielakkan. Fitrah manusia ini mahu yang cantik, seksi dan banyak lagi."


"Tapi kenapa yang lain pakai tudung tapi pakai baju pendek lengan. Kalau duduk nampak yang dibelakang. Pakai tudung tapi nampak juga bahagian dada? Ada pula yang pakai tudung tapi baju ketat. Boleh kah begitu?"


Allah. Apa yang patut saya jawab. Berusaha untuk mencari jawapan logik akal agar mudah dan boleh diterima oleh dia. Meminta izin sebentar untuk minum padahal otak memikir jawapan untuk soalan seperti ini. Selesai minum, melihat dia sedang membalas mesej yang dihantar oleh teman, saya mengambil masa itu untuk berfikir dan zikir. Allah. Saya pasti boleh!!


"Dalam Agama Islam, Allah sudah sediakan satu garis panduan menutup aurat dengan baik. Tapi kerana kecetekan ilmu seorang penganut, maka itulah yang terjadi. Ada juga yang tahu cara menutup aurat tapi sengaja diendahkan kerana mengikut trend terkini yang diasaskan oleh barat. Sememangnya cara berpakaian yang kamu cakap itu adalah salah, tapi kita tidak boleh terus meletakkan kesalahan itu diatas bahu mereka. Iya memang itu salah mereka, tapi sebagai khalifah atau pemimpin itu sudah menjadi tugas kita untuk menegur dengan syarat tegur cara sopan. Jangan terus herdik. Tidak. Mana boleh macam itu. Biarlah penuh hikmah. Baru senang hati yang mendengar kan kan kan ^_^"


"ooo. Tapi bikin rosak agama bah macam itu..Satu lagi yati, kenapa orang yang balik dari pegi naik haji, sampai sini tapi masih juga buat jahat, berjudi padahal naik haji sudah banyak kali. Bukankah sepatutnya orang tu berubah? Lain betul. Kenapa Islam macam itu?"


Alhamdulillah, kali ini ada jawapan untuk menjawabnya. Alhamdulillah


"ok, saya mahu tanya ni..Dalam agama kamu, ada ka perkara-perkara yang dilarang oleh agama kamu? Bagi satu perkara yang dilarang saja."


"hmmmmmm dalam agama kami, kami tidak boleh makan lembu yang kami sembelih dan kami masak. Kami hanya boleh makan lembu yang orang lain sembelih."


"aikkkk kenapa pula??? Ok. Tidak apa. Sekarang ni, katakan bapa kamu sembelih lembu, lepas tu mama kamu masak dan kamu sekeluarga pun makan dengan penuh seleranya. Tapi macam yang kamu kata, kamu tidak boleh makan lembu yang disembelih oleh kamu dan dimasak oleh kamu melainkan yang disembelih oleh orang lain. Jadi persoalannya disini, siapa yang salah, salah kamu atau salah agama kamu???"


Dia hanya terdiam. Saya yakin dia sudah menemukan jawapannya.


"Nah, tidak boleh kan kalau saya kata itu salah agama kamu?? Agama kamu sudah larang macam itu, tapi kamu buat juga. Salah itu pada diri kamu sendiri sebab mungkir dengan janji tuhan kamu. Begitu juga dengan Islam. Allah sudah bagi satu garis panduan untuk kami sebagai orang islam....."


"...Berbalik dengan soalan kamu tadi, kenapa orang yang sudah berkali-kali naik haji tapi masih juga buat jahat, berjudi dan sebagainya dan kamu tanya kenapa Islam macam itu?? Tidak. Islam bukan macam itu, bukan macam orang yang kamu maksudkan. Sama macam kes sembelih lembu. Salah itu siapa? Kamu atau Agama kamu? Dan untuk kisah naik haji ni, salah siapa?? Salah Islam atau salah orang yang naik haji???"


"Kita tidak boleh salahkan agama dalam segala hal. Bukankah setiap agama yang ada menuntut penganutnya berbuat kebaikan?? Ada ka agama yang menyuruh penganutnya berjudi, mencuri dan sebagainya? Ada? Rasanya tiada kan. Sepatutnya kalau hal tu terjadi, orang disekeliling dia kena tegur. Tapi macam yang saya cakap tadi, tegur la dengan hikmah. Jangan sesekali tegur dikhalayak ramai. Malu nanti dia. Itu salah satu hak dia tau. Kita kena jaga hak dia."


~~Ya Allah, semoga apa yang diperkatakan olehku adalah perkara yang betul dan semoga mudah untuknya membuang tanggapan buruk mengenai Islam yang melekat di mindanya. Sesungguhnya hamba yang hina dan penuh dosa ini memohon keampunan kepadaMU~~



:: Pokok Semalu ::


Hebat mana kita merancang untuk diri kita, MAHA HEBAT lagi Allah yang merancang untuk kita. Kita tidak boleh mengubah takdir yang telah Allah tentukan buat kita, tapi kita boleh mengubah diri kita untuk menerima ketentuan dariNYA. Syukur dan Sabar. Pengajaran buat diri yang sering terleka. Rancangan awalnya sekadar ingin berziarah ke tanah Ranau. Tidak berniat untuk bermalam.Atas cubitan kasih dariNYA, kami terpaksa bermalam juga di Homestay Walai Tokou di Kampung Sinisian.

Bersama mama, nenek, adik (Apik), adik (Kundung), kakak (Ompoi), Kak Syuhada dan srikandi kesayanganku Athira dan Saizzah, putera kecintaanku Arif. Selesai makan, kami bergerak ke rumah penginapan. Ada rasa sedih dihati. Si Kakak tempatku bermanja (Erna & Odea) terpaksa balik semula ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Begitulah lumrah kerjaya seorang Wartawan. Bila-bila masa sahaja perlu siapkan diri. Dipanggil, hadirnya menjadi kewajipan.

Nah, begitu juga kerjaya kita sebagai hamba. Bila Allah memanggil, segera datang tanpa ragu. Korbankan segala kesenangan hidup keranaNYA. Hakikatnya diri ini sentiasa menangguh ketika panggilan menghadapnya datang. Masih belum sanggup dan masih belum bisa mengorbankan nikmat dunia yang sementara. Astaghfirullah -_-


Sempat mengambil gambar kenangan bersama srikandi kesayanganku. Tersenyum mengingat telatah Tira. Meradang sepanjang hari itu. Meradang kerana dilarang memanjat tembok papan tanda. Sepanjang perjalanan memujuk. Tangisan yang membingitkan telinga. Lenguh tangan mengangkat dia. Sampai saja dirumah penginapan, tangisannya masih keudara. Mengajaknya keluar, meninggalkan Kak Syuhada dan dua lagi anak buah dibilik. Mama, nenek, Kundung, Ompoi dan Apik sudah berangkat balik ke Kota Kinabalu. Kami masih menunggu di homestay.

Umi : ok, sekarang Tira bagi tau umi apa yang tira mau sebenarnya? Kalau Tira nangis macam ni, mana umi tau apa yang Tira mau.

Langsung tidak mendengar kata-kata. Saya dekat dengan dia. Merenung matanya. Ada rasa marah dalam hati, astaghfirullah cepat-cepat rasa itu dibuang. Dia anak kecil. Tidak tahu apa-apa. Sabar. Kak Syuhada sudah kebingungan menjaga si Arif dan si Saizah. Semuanya dengan karenah masing-masing. Kadang-kadang naik juga suara ni dan tangan juga sempat mencubit si Arif yang penuh dengan karenah macam-macam.

Umi : ok, mari sini. Tira pakai selipar ni. Kita pegi jalan sana. Cepat.

Akhirnya dia akur. Tapi masih ada perasaan marah diwajahnya. Penat memujuk. Tidak mahu berjalan, mahu digendong juga. Lenguh tangan mengangkat Tira yang sudah berumur 4 tahun. Tidak apa, belajar dari pengalaman ini ^_^


Antara dialog bersama Tira ketika usaha memujuknya. Meletakkannya diatas tayar kereta. Merenung matanya yang bulat.

Umi : Tira, tira marah umi ka? Minta maaf aa. Umi larang Tira panjat sebab umi tidak mau tira jatuh. Tempat tu bahaya. Kalau jatuh siapa susah nanti? siapa yang dapat sakit nanti? Tira kan. Kalau kita ada kenderaan tidak apa, ini kita tidak kenal siapa-siapa di sini. Mau tunggu Apik ambil, lambat lagi. 

Tira buat muka membantah. Menunjuk-nunjuk ke arah tempat dia memanjat. Masih belum puas hati bila keinginannya dihalang. Tetap bersabar.

Umi : ok, kita boleh pegi sana. Tapi Tira kena jalan sendiri. Umi penat angkat Tira. Tira bukan baby kecil lagi. Tira sudah besar kan. Lagi pun, umi lapar. Umi makan sikit saja semalam. Tidak sampai separuh pun. Sekarang sudah jam 11 pagi. Dari pagi belum makan. Tira jalan saja aaa.

Memujuk Tira. Alhamdulillah. Akur dengan perintah. Saat itu, perut ini sudah mula berkeroncong. Menahan lapar tapi dilayan juga anak manja ini. Tidak mengapa, bukan selalu dapat bersama dengan dia. Hati memujuk, perut ini bila-bila dapat diisi. Tetaplah bersabar.


Umi : eh..tira, tengok ni. Pokok semalu. Mari sini. Tengok, kalau umi sentuh dia mesti tutup... Subhanallah. Cantik kan..

Tira akhirnya bersuara. Mungkin terkejut melihat keajaiban ciptaan Allah. Tira menghampiri pokok semalu. Penuh hati-hati. Direnung dalam-dalam. Tangan mula digerakkan. Menyentuh salah satu daun pokok semalu. Tertutup. Dialihkan kepada daun yang lain. Tertutup. Tira mencuba lagi. Penuh semangat. Satu-satu daun disentuhnya. Tiba-tiba dia bersuara ;-

Tira : umi, naaaa dia tutup.. (suara anak yang minta puji >_<)

Umi : Iya. Dia tutup. Malu bila disentuh oleh orang asing. Tira, cuba tira tengok pokok semalu ni.. sekali sentuh saja sudah tertutup. Naaaa, tira pun macam itu aaa. Umi cakap sekali saja, tira mesti dengar. Bukan umi saja, semua la. Bila nenek, atu, mama, bapa, ibu, kundung, apik, boboi, kakak sama abang cakap, selagi perkara tu betul tira mesti dengar. Macam pokok semalu ni la. Boleh??


Tira : emmmmmm. (mengangguk). Tidak boleh jajal ka umi?


Umi : (tersenyum) iya. Tidak boleh nakal-nakal aa. Jadi, sekarang ini kita balik bilik dulu. Makan, solat lepas tu kita pegi sini lagi main dengan pokok semalu. Tapi kena hati-hati aa. Pokok semalu ada duri.


Tira : kenapa ada duri umi?


Umi : sebab itu salah satu cara dia melindungi diri dia dari ancaman sesiapa saja. Macam tira, apa pelindung diri tira?


Tira : pisau. Tajam tu.


Umi : aikk.. pisau?? Pelindung kita Allah la. DIA selalu jaga kita.


Tira : oooooo. Bila dia buka balik umi?


Umi : Bila dia rasa selamat dia akan buka balik. Jadi, sekarang ini kita balik bilik dulu. Makan, solat lepas tu kita pegi sini lagi. Masa tu mesti dia sudah buka. Boleh?


Tira : okey umi.


Alhamdulillah. Akhirnya terpujuk juga hatinya. Alhamdulillah

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers