Kadangkala kita senyum
sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk
mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin
sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tidak siapa yang tahu. Semuanya
demi maruah diri. Walau siapapun kita, dimana kita berada, langit tetap
dijunjung, tanah tetap dipijak. Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan. Jangan
sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk
Allah yang sedang diuji oleh-NYA.
Ketahuilah di sebalik rasa
sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di
sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada
kita kerana kesedihan dan kekecewaan tidak bermaksud kasih sayang Allah telah
padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba
untuk menerima ketentuan dan memahami erti hidup ini.
~Salam Muhasabah~
0 comments:
Post a Comment