Aku pernah bersangka, bila aku sudah ‘rosak’ aku
tidak akan diperlukan lagi seperti sahabat-sahabat aku sebelum ini. Terbuang.
Terbiar. Sangkaan itu bertambah kuat bila kejadian itu terjadi didepan mata aku
sendiri. Sekejam itu sahabat aku diperlakukan setelah sahabat aku berkhidmat
dengan penuh setia. Tiada satupun arahan yang dibantah meskipun dipaksa untuk
berdepan dengan benda-benda kotor, tempat-tempat kotor. Tetap akur pada
ketentuan Ilahi. Menjadi setia pada dia yang dahulunya sudi tapi kini berpaling
arah.
Saban hari aku menjadi penanti. Penanti yang setia
menanti. Siapakah yang akhirnya akan sudi memiliki diri yang tidak punya
apa-apa ini. Tidak punya rupa paras secantik, secomel, se’cute seperti yang
lain. Kadang-kadang tertanya pada diri, kenapa harus aku dicipta seperti ini.
Aku juga punya naluri untuk menjadi secantik yang lain. Ingin merasa bangga
disaat ada yang memandang. Aku cemburu. Bukan, ini bukan cemburu tapi HASAD
DENGKI. AllahuRabbi.
Selama ini, aku asyik mendongak ke atas tanpa menundukkan
sedikit pun wajah ini kebawah. Kembali muhasabah diri. Aku redha. Mungkin ini
sudah suratan takdir Ilahi untuk diriku. Rupanya, disekeliling aku ada yang
lebih menderita sehingga terpaksa di’buang’ tanpa dimiliki. Peritnya menanggung derita itu. Akankah aku
juga seperti mereka?? Siapakah yang akhirnya sudi memiliki diriku ini?? Aku
masih bersyukur, ALLAH masih memelihara diriku sungguhpun aku hanya menjadi
perhiasan mata-mata manusia lalu lalang.
Terdiam sejenak mengenang akan nasib diri ini dimasa
akan datang. Akankah dibuang tanpa rasa hormat setelah aku dimiliki seperti
terbuangnya sahabat aku dihadapan mata aku sendiri?? Sehina itu kah
penghormatan yang akan aku perolehi kelak?? Tiadakah ucapan terima kasih diatas
khidmat yang dia berikan selama ini?? Menjadi sampah yang memusnahkan dunia.
-_-
Benar kan, sifat sabar itu pasti ada ganjarannya.
Penantian selama ini berakhir. Senyuman manis terukir disaat diri ini dimiliki
insan yang baik hati (JANGAN PERASAN YA
SI ‘INSAN YANG BAIK HATI’ ITU). Aku saja bagi caps lock siap bold lagi
hikhikhikhik. Supaya ‘dia’ tidak memPERASANkan diri. Hehehehe. (kasi caps lock
lagi).
Tiba masanya aku ingin menceritakan kebahagiaan
yang aku rasai bersama ‘dia’ yang baik hati (KONON SAJA LAAAA). Iya, aku
bahagia dimiliki oleh ‘dia’. Mungkin dan tidak mungkin akhir hidup aku adalah
sebuah cerita derita seperti mana sahabat aku sebelum ini. Bacalah dengan penuh
penghayatan. Tidak ada kisah sedih melainkan kegembiraan semata-mata.
Alhamdulillah wa syukurillah ^__^. Vsiuwwwww *huhuhuhu*
Berkenalan dengannya adalah satu anugerah.
Walaupun hakikatnya aku mengetahui bahawa aku adalah pilihan terakhirnya.
Almaklum, aku hanya sebutir pasir di gurun sahara. Tidak punya apa-apa
keistimewaan untuk dimiliki. Manakala disisi dia ada yang jauh lebih baik dari
aku. Sungguhpun begitu, aku tetap merasa bahagia. Iya, sangat-sangat bahagia.
Siapa yang tidak bahagia kan??? Mestilah bahagia. Tidak tercapai dek akal ^__^.
Siapa dia ni??? Aku jadi penasaran…(kata si pembaca)
Dia sentiasa akan mencari aku bila aku hilang. Dia
akan menjadi bising bila aku hilang. Best kan dia ni. Mencari juga rupanya.
Wah, sungguh bermakna rupanya kan aku ni ^__^ .
Sungguhpun begitu, aku tidak pernah masuk ke dalam
biliknya. Itu menjadi satu ‘pantang’ baginya. Selangkah aku memasuki biliknya,
maka terajang mautnya singgah pada aku. Maka aku menjadi penunggu setia
dihadapan biliknya. Sesetia pungguk menanti bulan jatuh ke riba. Tapi bila
kakinya melangkah keluar dari bilik ‘rahsia’nya, maka akulah yang akan dicarinya.
Tau pun cari aku!! Hahaha
Pernah sekali, aku diterajang. Sakit. Lebam sana,
lebam sini. Kalau lebam ini boleh aku rakamkan, pasti tidak mampu dirakam
(kalau macam tu nda payah la rakam kan..hahaha). Tapi, sepak terajang itu
merupakan kasih sayangnya (kemaruk cinta punya pasal kan..sepak terajang jadi
‘kasih sayang’). Kadang-kadang aku main elak-elak kalau dia mau sentuh aku.
Buat dia geram. Suka sebenarnya tengok muka ‘cute’ dia bila dia geram. (SILA
JANGAN PERASAN!!!). Aku caps lock lagi. So, jangan perasan ya.. Hahahaha.
Itu lah kisah bahagia aku bersama dia. Aku menjadi
yang setia padanya. Dia juga tetap setia pada aku sehingga ke hari ini walaupun
aku tidak lagi seperti dulu. Aku kini sudah menampakkan raut ‘ketuaan’.
Bulan lalu, aku menjadi ‘cacat’. Jalan sudah tidak
betul. Masa peristiwa itu, dia sangat sedih. Dia pula menyalahkan dirinya
diatas kejadian itu. Aku jadi sedih. Kenapa harus dia persalahkan dirinya. Aku
masih kagum, sungguhpun aku sudah ‘cacat’ dia masih lagi menjagaku. Aku tahu,
dihatinya ingin mencari penggantiku tapi dia berusaha juga untuk menerima dan
membiasakan dirinya dengan keadaan ku yang ‘cacat’ ini. Baiknya engkau (JANGAN
PERASAN!!).
Satu rumah heboh pasal kecacatan aku. “selipar
saya putusssssssssssssssss…” teriak dia. Hahaha. Lucu. Sampai sekarang aku
bahagia bersama dia. Eh bukan, dia bahagia bersama aku. Inilah kisah bahagia
aku si Selipar Jipun dan dia tuanku si Kudui bersama. ^__^
~Salam senyum dari Selipar Jipun~
0 comments:
Post a Comment