Orang pernah kata kan
perempuan ni terkenal dengan kehebatan menganyam ketupat dalam bahasa lembutnya
tapi secara terus terangnya ‘mengumpat’. Opsss, maaf bukan saya yang bilang ni
aa. Saya dengar dan saya mengakuinya TAPI bukan semua perempuan begitu dan saya
sekali lagi mengesahkannya. Maaf, saya juga perempuan dan hidup saya selalunya
dikelilingi perempuan. Jadi, sometimes itu adalah benar.
Begitulah lumrah kita
sebagai wanita. Ada saja bualan yang menjadi topik lebih-lebih lagi topic yang
terhangat dipasaran. Kalau bukan pasal itu, pasal ini. Hiiiassss, lagi best
cerita kalau si kawan yang turut sama cerita 2 x 5 dengan yang kuat cerita. Nah
apa lagi, mula la menganyam ketupat sampai syaitan pun terlompat-lompat. Dosa
pun makin meningkat juga. Itulah bahana sukar menjaga mulut. Emmmmm ini semua
bersangkut paut dengan hati juga. Ya ALLAH, sepanjang hidup ini, diri ini
banyak cakap benda yang tidak betul. Astaghfirullah. Apa nak jadi dengan diriku
ini T_T
Kalau api kecil tidak
disimbah petrol, mesti lah apinya tidak akan membesar. Tapi kerana disimbah
petrol lah makin membesar pulak apinya. Begitu juga la dengan kita ni. Kalau
berkawan dengan kawan yang jenis pendiam dan bercakap bila perlu, insyaAllah
kita pun macam itu. Tapi kalau sudah berkawan dengan kawan yang banyak cakap,
nah itulah akibatnya. Perlu diingat, mungkin kerana diri kita, percakapan kita,
menjadi asbab terjadinya ‘gosip murahan’ itu. Jangan letak kesalahan itu pada
orang lain sahaja. Kembali muhasabah diri. Asyik muhasarawak jak kan selama ni.
Ahakzzz. Sempat pula main-main. Hahaha.
Kadang-kadang, kita
perlu seseorang untuk sentiasa mengingatkan kita agar menjaga tutur kata. Kalau
dua tiga atau empat orang atau lebih lagi pun boleh juga. Lagi bagus kan kalau
ramai yang sentiasa ingatkan kita. Hehehe. Pernah terbaca satu kata-kata kawan
ni, kalau tidak silap bunyinya macam ni “saya tidak risau dan tidak gentar
kalau tiada seorang pun yang akan mendengar apa yang saya dakwahkan, tapi saya
sangat takut kehilangan seorang sahabat yang sentiasa membawa hati ini dekat
denganNYA. Kerana itu merupakan hadiah yang sangat indah dari Allah.”
Wah, betapa best’nya
kan kalau kita ada sahabat begitu. Sangat-sangat best. Saya sudah memiliki
mereka ini. Malangnya saya selalu saja menghilang, selalu saja bergerak
senyap-senyap, selalu saja menjadi pengintai dari jauh. Bukan apa,
kadang-kadang malu untuk berada disisi mereka. Hebat-hebat semuanya. Maka, yang menciptakan kehebatan itu lagi
MAHA HEBAT.
Bila teringat diri ni
yang selalu saja ‘menganyam ketupat’, terus buat satu status di pesbuk. Status
versi sabahan punya lah. Mau tau, saya dapat ilham masa pergi tandas mau cuci
tangan. Bukan apa, asyik teringat diri ni dari pagi tidak henti-henti cakap
benda sia-sia. Astaghfirullah T_T. Bilalah diri ini akan insaf. Insaf sekejap,
lepas tu buat lagi. AllahuAllah.
*My setatus at pesbuk,
soundnya begini..*
Duduk rapat-rapat,
siuk-siuk menganyam ketupat (mengumpat), syaitan disebelah melumpat-lumpat,
pahala kita pun bertukar tempat, dosa kita apa lagi bertingkat-tingkat..Apa
lagi yang ada sama kita?? Tinggal lah karat..
~Astaghfirullah.
Muhasabah diri. Jangan jangan jangan lagi begitu bah T_T~
Macam mau menangis pun
ada. Apa lagi la ‘bekalan’ saya nanti ni. Sudah habis ter’transfer’ kepada yang
diumpat. Kalau banyak bekalan sendiri tidak mengapa, ini…untuk diri sendiri pun
tidak cukup. AllahuAllah. Teguran ALLAH sampai jua akhirnya. Ok, mujahadah!!!
Tidak mau lagi menganyam dosa lagi. ASTAGHFIRULLAH -_-
"Apabila kita
sendiri diuji dengan apa yang kita sering dakwahkan, itu petanda ALLAH sedang
mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana
ALLAH masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia."
~Salam Mujahadah~
0 comments:
Post a Comment