Untuk apa lagi peristiwa dulu itu aku kenang? Untuk apa? Kenapa rapuh sangat hati ini untuk terus ikhlas melupakan.
Ahhhh, ternyata ia amat sukar untuk aku lupakan. Kenapa tiba-tiba dia datang membuka kisah silam yang sudah aku tutup rapat-rapat didalam lubuk hati aku. Sudah aku karamkan kenangan itu bersama tangisan air mata yang saban hari aku alirkan sejak 5 tahun yang lalu!
Bila teringat saja kisah silam lalu, sungguh.. amat sakit hati ini. Begitu lama aku cuba untuk melupakan semua ini diatas apa yang telah dia lakukan. Aku bertahan atas sebuah keyakinanku bahawa ini semua takdir dari Allah. Aku bertahan untuk sekian lama itu. Tapi kenapa dengan mudah semua itu bagai baru semalam terjadi? Tidak cukupkah apa yang kau lakukan selama ini terhadap diriku? Kenapa??
Masih belum ada keikhlasankah dihati aku untuk memaafkan dirimu? Kenapa keras sangat hati ini untuk memaafkan padahal semua itu adalah kerana takdir dariNYA. Menguji hambaNYA yang mengaku beriman kepadaNYA. Ahhhhh.
Kenapa setiap kandungan surat itu kembali menguasi nafsu amarahku? Allah, tidak tertahan airmata ini untuk dialirkan. Rapuhnya diriku untuk ujian sekecil itu.
Mahu saja aku meletakkan kesalahan itu pada dirimu. Kenapa mahu diturut cakap manusia disaat hatimu tidak sanggup? Kenapa perlu dilupakan sesuatu yang masih belum bisa kau lupakan? Kenapa buat keputusan diatas kehendak orang lain? Kenapa perlu dikorbankan semuanya sedangkan kau masih belum ikhlas berkorban?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Dan sekarang kau datang meminta untuk aku terus ingat setiap inci kenangan kita yang sudah aku buang jauh? Aduh.. manusia jenis apa kau sehingga samggup buat aku merana begini? Tidak cukupkah 5 tahun dulu kau tinggalkan aku tanpa sebarang kata sehingga semua kesalahan itu tertuju padaku? Tahukah, aku didatangi perbagai soalan disaat kau pergi menjauh! Sekuat apa aku menghadapi semua soalan-soalan keras itu??
Tidak pernah kau bertanya bagaimana kehidupan aku setelah kau pergi tanpa khabar. Tidak pernah kau tahu. TIDAK AKAN KAU TAHU! SELAMANYA TIDAK AKAN KAU TAHU!
Penat sudah aku memikirkan dirimu. Aku sudah bahagia sekarang ini bersama sahabat-sahabat yang sering memberi kekuatan padaku(Atas izin Allah), yang sering mengingatkan padaku bahawa diakhir semua ini ada bahagia yang menanti. Ya, hanya itu keyakinanku.
Maafkan aku, kini aku tidak boleh menerimamu. Jalan kita berbeda. Sangat jelas perbedaannya. Kau juga meyakininya. Malah setiap manusia mengetahui perbedaanya.
Aku juga sudah punya jalan yang aku pilih. Jalan menuju redha Ilahi meskipun aku masih belum kukuh dijalan ini, sekurang-kurangnya aku berusaha untuk meraih redhaNYA. Apapun yang kau katakan selepas ini, aku hanya mampu tersenyum. Tersenyum melihat dirimu.
Doaku, semoga kau berbahagia dengan jalan yang telah kau pilih. Kini kau sudah besar, kau mampu memilih. Kau mampu berfikir. Tidak terniat dihati ini untuk menyimpan dendam, percayalah.. aku sudah memaafkanmu. Cuma perlu kau tahu, aku manusia yang lemah lagi hina disisiNYA. Sering terpedaya dengan bisikan syaitan! Terkadang kisah silam itu membuat aku seperti bukan aku. Kau juga tahu betapa sakitnya aku kehilanganmu! Begitu juga dirimu kan?
Pesanku, sebelum buat satu keputusan yang kau rasa tidak mampu kau hadapi.. cubalah untuk bertahan. Sekarang dirimu ditinggalkan oleh mereka yang selama ini memaksamu membuat keputusan itu. Tiada siapa lagi kan disisimu?
Aku?????
Maaf, aku sekali lagi tidak dapat untuk terus bersamamu. Seperti yang telah aku katakan, jalan kita berbeda! Sekiranya kau memerlukan aku sebagai pemberi nasihat, insyaAllah dengan senang hati aku boleh memberimu kata-kata semangat (khususnya buat diriku yang utamanya). Tapi itupun aku perlukan waktu, aku perlukan kekuatan dariNYA. Kemungkinan besar, semua itu tidak akan mampu aku lakukan.
Hanya doa untukmu buat masa ini. Hanya doa.
Maafkan khilafku. Aku perlu waktu untuk melupakan semua itu. 5 tahun masih belum mampu menghapuskan duri yang kau tabur dihatiku!
Hanya Allah yang tahu perasaan aku. Senyum diluar tapi sebenarnya menyimpan kisah silam yang kelam. Cubaku hindari rasa ini, sekali lagi aku jatuh diatas sajadah cintaNYA. Memohon syafaat dari Yang Esa. Sentiasaku tenangkan hatiku dengan dalil-dalil pembangung jiwa. Tenang.. Ternyata untuk seketika.
Aku tak terdaya T_T. Ku pohon petunjuk dariNYA agar berikan aku jalan keluar. DIA temukan aku dengan kenyataan yang lebih berat untuk aku terima. Inikah ujian untukku? Lancar pertuturanku memberi nasihat kepada yang memerlukan tapi sebaliknya aku sendiri merasa seakan tidak mampu menghadapinya.
Janjiku...
Akanku cuba. Akan kuhadapi dengan tenang dan penuh sabar. Moga ku dipertemukan jalan yang kuingini. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hukmahnya dan sesungguhnya hanya ENGKAU yang layak menerima cintaku ya Allah. Lapangkan hatiku agar redha diatas segalanya.
Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beriku kaktus berduri.
Aku minta kepada Allah kupu-kupu, DIA beriku ulat bulu.
Aku bersedih dan kecewa tapi tetap sabar...
Tidak lama kemudian, kaktus itu berbunga..
Indah sekali..Subahanallah
Tidak lama kemudian, ulat bulu itu menjadi kupu-kupu..
Sangat cantik..Allahu Akhbar
Rupanya begitulah cara ALLAH mengasihi kita, selalu indah bila tiba waktunya. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment