DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
ASSALAMMUALAIKUM wbt (◕‿◕✿)
Alhamdulillah, untuk simpan cop-cop saya yang berlambak tu *ceh berlambak kunun padahal..1 2 3 4, ada 13 jak* sudah selesai walaupun memakan masa yang lama. Nasib baik, 'dia' makan masa saja, kalau 'dia' mahu pizza, kepC, atau yang mahal-mahal tu, nah pokai la sia. Hikhikhik *ketawa kecil sambil tutup mulut* ANDA DILARANG MEMBAYANGKAN AKSI ITU.
Alhamdulillah, untuk simpan cop-cop saya yang berlambak tu *ceh berlambak kunun padahal..1 2 3 4, ada 13 jak* sudah selesai walaupun memakan masa yang lama. Nasib baik, 'dia' makan masa saja, kalau 'dia' mahu pizza, kepC, atau yang mahal-mahal tu, nah pokai la sia. Hikhikhik *ketawa kecil sambil tutup mulut* ANDA DILARANG MEMBAYANGKAN AKSI ITU.
Nanti la sia take pic kalau sudah selesai 50%, sekarang ini inda buli lagi. Malu bha sia. Kunun saja la malu, padahal inda juga malu. Eh, malu bha. Siapa bilang inda malu? Aik, malas kalau macam itu o.. Huhuhuhu.
Eh, sebenarnyakan.. sia mau post sesuatu untuk sahabat terchenta sia bha ni. Dia tengah bersedey neh. Sia pun sedey juga tengok dia sedey. Tapi, sia nda le tengok muka dia la bap dia jauh neh. Saaaaaaaaaaaana semenanjung. Sia baca mesej dia seja pun sia rasa sedey suda. Jadi, sebagai sahabat menjadi tanggungjawab sia untuk berada disisi dia dan mendoakan dia. Sia neh nda la pandai sangat memberi kata semangat, sikit-sikit tu boley la, lagipun untuk sia juga nasehat dan kata semangat tuh.
Nah, buat sahabatku.. Mau kasi mention ka juga nama dia neh? Aiyo, takut dia marah pulak. Inda apa, sia gelar dia 'Srikandi Kecintaanku'. Ok juga ka?? Misti la ukey kan? Sepa yang cakap inda ukey tu, nah cemburu kali. Hikhikhik *aksi sama..hahaha = nda sopan!*. Ish, sia men-men seja bha tu.
Manakah, semua sahabat sia Srikandi dihati sia. Cermin sakti sia. Kalau kamu nampak sahabat-sahabat sia, itulah sia juga. Kalau dorang comey, nah sia pun comey juga. Hahaha. Aik lari suda tupik ni entry sia. Merapu seja. Bikin takut -_-".
Buat Srikandi kecintaan sia, kamu faham juga bha kan sia cakap lohgat sabah ni?? Ala, macam kamu inda pandai kan. Hikhikhik. Nah, jan bha kamu sedey2 lagi. Sia pun sedey juga neh tengok kamu sedey. Macam orang cakap cubit paha kanan, kepala terasa sakit?? hahahaha. Eh, betul ka tu? Hebat kan, cubit paha, kepala terasa. Macam mana tu??
*inda dapat dibayangkan. Cuba la cubit paha kanan dulu, kalau kepala terasa sakit betul la kan??*
*inda dapat dibayangkan. Cuba la cubit paha kanan dulu, kalau kepala terasa sakit betul la kan??*
Merapu seja bha sia ni kan. Sia mau kamu ketawa bha ni. Kalau inda mampu ketawa, sinyum pun boley la. Sia mau tengok kamu sinyum neh. Sia tau bha kamu neh kuat kan, sia percaya kamu kuat. Kamu kan juga yang banyak bagi sia semangat waktu sia buntu dulu. Sia call kamu sambil sia nanges-nanges. Tapi sia nda dapat nanges lama sebab kamu tu suka buat lawak. Kamu memang lawak.
Bha, Srikandi kecintaan sia...˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Lepaskan seja la Abg A**** pegi. Mungkin ada yang lebih baik untuk kamu. Memang la, amat payah untuk kita melupakan seseorang lebih-lebih lagi saat-saat bahagia itu hampir tiba. Tapi, siapa yang mampu melawan takdir Allah?? Mungkin bukan Abg A**** yang tercatat untuk kamu di Loh Mahfuz, tempat yang terjaga kesuciannya.
ingat neh, carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah dalam GENGGAMAN.
Kita patut bersyukur sebab dalam nda sedar, rupanya kehadiran dia memberi satu pengajaran buat kita. Jangan terlalu mengharap dengan manusia, letakkan kebergantungan kita kepada Allah. Pengharapan kita hanya pada Allah. Bila kita terlalu mengharap sama manusia kan, kita mesti akan kecewa sebab manusia ini sifatnya tidak sempurna. Mesti ada seja yang buat kita sedey atau kecewa. Tapi kalau kita letakkan harapan kita kepada Allah yang utamanya, kecewa macam mana pun...kita tidak akan terseksa sangat sebab diakhir segala rasa itu ada bahagia yang menanti. Subahanallah!!
Indahnya tarbiyah Allah!!!
~berhenti menaip sekejap, sia makan eskem sama kuih 8. Sodapppp. Rindu pula mau makan sama-sama kamu neh dengan kawan kita yang lain. Kan kawan kita yang sorang tu kuat makan eskem, ala yang sama sekolah sama kamu tuh, yang bakal Doktor ^_^~
lupa sia kasi tau, sia makan eskem vanilla sama stroberi. Coklat teda suda T_T..sedey sia neh!
Kuih 8 tu, sia beli 2 biji seja RM0.50. Tapi kan, itu makcik bagi lebih satu biji. Alhamdulillah!!! Rezeki jangan ditolak bha kan. Apa lagi, terima seja la. Semoga Allah memberkati, merahmati dan menambahkan rezekimu makcik. Ameen. Jom ramai2 kasi ameen!!!
Bha, sambung-sambung!!!
Srikandi Kecintaan sia, ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Jangan bha kamu risau, kumbang itu kan bukan seekor. Ada banyak lagi kumbang di luar sana yang menanti kamu. Kalau teda kumbang kan, ada juga belalang. Ukey juga bha tu. Kumbang ramai sudah yang ambil, nanti pupus neh. Nah, kita ambil la belalang. Hahaha. Nah, jan kamu marah sia ar. Sia neh kan suka bergurau sama kamu. Kan di surau sia selalu kacau-kacau kamu. Kamu nda marah juga bha kan?? Kalau mau marah pun, sia sedia menerima hukumah. SIAP!!
Srikandi Kecintaan sia, ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Kan kamu mau sambung study lagi, kamu tumpukan dulu la sama pelajaran kamu tuh. Bukankah Jordan itu impian kamu? Sia doakan neh. Nanti dapat juga sia melawat kamu di Jordan dengan syarat kamu la sponser tiket pergi dan balik. Hahaha. Semoga Allah memberi kekuatan pada kamu melalui liku-liku kehidupan ini. Sia mendoakan kejayaan kamu dunia akhirat.
Srikandi Kecintaan sia, ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Semoga dirimu terus kuat menghadapi ujian dari Allah ni. Ingatlah, ada ramai lagi manusia yang hebat ujiannya. Apalah sangat ujian yang kita hadapi ni. Baru kehilangan sedikit nikmat, sudah mau mengeluh. Sia la tu macam tu, sikit-sikit mau mengeluh.
Lagipun, Abg A**** itu kan cuma barang pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Allah berhak keatas MILIKNYA. Mungkin kita ada khilaf selama barang pinjaman itu ditangan kita. Mungkin juga kita telah lalai menikmati indahnya cinta sementara. Masa dulu kita tidak sedar, tapi sekarang ini cuba kita koreksi diri? Adakah betul kita berkasih dalam landasan syariat yang sebenar?
Sia minta maaf kalau apa yang sia cakap ni buat kamu terasa hati, sia pun begitu bha. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita tersedar dari lamunan semalam. Tapi, itulah manusia kan. Sedar, tapi buat lagi. Sedar. Buat lagi. Sesungguhnya mujahadah ini sangat payah kerana syurga itu indah tak terkata!! T_T. Kasi ingat juga sia, sia neh pun selalu lalai.
Srikandi Kecintaan sia, ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Allah tahu kekuatan kita, bersangka baiklah dengan ujian dari Allah. Beruntung mereka yang ditimpa musibah. Darjat mereka diangkat disisi Allah. Para malaikat akan mengaminkan doa-doa kita. Tapi dengan syarat kita bersabar dan redha dengan musibah itu. Percayalah, itu salah satu proses dosa-dosa kecil kita terampun. Apa lah sangat ujian yang kita hadapi ini berbanding hamba Allah yg lain... Bila rasa ujian kita terasa berat, ingatlah bahawa ada lagi yang lebih susah dari kita ^_^...
Srikandi Kecintaan sia..˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Satu lagi, redha ibubapa tu sangat penting. Sebab redha Allah itu kan berserta dengan redha ibubapa. Tapi, iya la. Sebagai mama dan bapa..mereka kena la faham juga kita. Tapi, biasah seorang mama dan bapa ni mau yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka lebih kenal siapa kita dari orang lain. Siapa tahu, mereka juga dapat rasakan siapa yang layak untuk kita. Kan? Macam sia juga, mama sia cakap 'jangan fikir dulu. Berkorban untuk keluarga dulu'. Iya, betul la tu. Kan kita neh harapan orang tua terutama mama.
Nah, disini satu lagi pengajaran yang kita belajar. Belajar untuk berkorban demi kebahagiaan orang yang kita sayang. Kalau kita sudah berkeluarga, keutamaan lebih kepada sang suami terchenta. Mesti masa bersama keluarga tu sudah kurang seket. Jadi, sekarang ini masa untuk kita mencurah bakti. Itupun masih belum mampu membalas pengorbanan mama dan bapa. Kan kan kan.
Tapi kan, kalau ada jodoh..mau juga kawen cepat-cepat ni. Hikhikhikhik. Allah kan sudah menjanjikan rezeki bagi mereka yang membina baitul muslim Lillahi Ta'ala. Nah, semoga dipercepatkan urusan jodoh kamu dan sia juga ^_^
Srikandi Kecintaan sia..
Tadi kan, sia jalan-jalan bha di fB. Mencari yang tidak dicari. Hahaha. Sia jumpa la neh, macam sesuai jak untuk kamu. Sia mau post di wall kamu tapi sia nda dapat post. Lebih 1000 pp bilang. Terus sia terpikir mau tulis di belog sia. Lagipun sia kan free sikit hari ni. Mau tau ka apa yang sia jumpa tu??
Bha, teruskan membaca. Tapi janji jan sedey-sedey lagi. Nda mo kamu sedey!! Nanti sia pi semenanjung, insyaAllah kalau ada masa kita jumpa!!! Mau peluk kamu neh!!! Rindu gila-gila-gila. Tapi sia nda gila la. Waras juga neh..hehehe. Kamu seronok kah baca entry merapu sia neh?? Kamu jan nanges terharu pulak. Hehehehe. *PERASAN* bha kan budak ni. (sia la budak tu.. ^_^)
....................♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥....................
✿ܓ ✿ܓ KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA ✿ܓ ✿ܓ
.................... ♥♥•.¸¸.•*♥`(¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) ♥`*•.¸¸.•♥♥......................
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…
˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH di saat dirimu TERLUKA..
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNya..
kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu..InsyaAllah, Allah sentiasa bersama2 denganmu..
*moga sma2 kita diizinkan ALLAH mnjadi MuSLiMaH yAnG DiRiNDuI sYuRGa~~~~ ^_^
Apa lah sangat ujian yang kita hadapi ini berbanding hamba Allah yg lain... Bila rasa ujian kita terasa berat, ingatlah bahawa ada lagi yang lebih susah dari kita ^_^...
0 comments:
Post a Comment