:: Cinta Kerana Allah ::


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, ”Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan  pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta. “Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah.

Tapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa,  si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana,”jawabnya.
“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.
“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?”, tanya pemuda lagi.
“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku,” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita?  yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi  kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau  cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

:: Menolak Cinta ::


Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.

Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina


Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang.  Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.

Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu. Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.

Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina. Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun,  sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 
Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?

Jangan tertipu Oleh Perhatian

Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita. Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian

Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih. Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati. Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

Menolak Cinta

perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?

Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.

Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.


:: Kopipes Dari Ct ::

Tadi kan, saya terjumpa satu page ni. Dalam rumah pakcik Pesbuk. Nanti kelapangan bolehlah berziarah ^_^



Saya sudah pun tekan butang like! Yes i like this page. So, korang yang sudah buka page tu silakan renung-renungkan menggunakan mata, tapi bukan mata tu..mata hati ^_^

:: Cinta Hatiku ::

Belum puas rasanya berkasih sayang bersama mereka T_T





















:: Telefon Kesayanganku ::



Apa yang dalam genggaman kita, belum tentu menjadi milik kita. Oleh itu, redha dan sabar diatas ketentuanNYA. Pasti ada hikmah yang belum kita ketahui dan itu adalah satu pengajaran buat diri kita *Terutama diriku*

Mood : Telefon masih di 'hospital'.

Itu status yang Sia buat selepas pulang dari 'hospital' hantar si Sony kesayangan Sia.

Rupanya Allah sedang mendidik hati kecil ini. Hati yang selama ini sering lalai dengan nikmat dunia sementara. Astaghfirullah. Benarlah bahawa apa sahaja yang kita miliki itu sebenarnya bukan milik hakiki kita. Allah jua yang pemilik yang Agung.

:: Wajah Baru ::


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah lebih sehari siya mem'projek' belog ni, maka inilah hasilnya. Siya sangat berpuas hati dengan hasil kerja siya. Bukan mudah rupanya ubah sana ubah sini dalam belog ni. Kadang-kadang, mahu menangis juga bila apa yang kita harapkan tidak berhasil. Lebih-lebih lagi kena ubah banyak bila kita pilih template yang tidak sama dengan belog. Ini siya kurang mahir. Siya tidak tahu sangat nama-nama dalam belog ni.

Mula-mula mencari template berwarna purple sebab itu adalah warna kegemaran siya. Cari punya cari, ada tu ada tapi... kurang berkenan pulak corangnya dihati. Siya pun mulakan operasi mencari lagi, mula-mula jumpa warna pink. Cantek!!! Tapi akhirnya siya tukar juga. Itulah manusia, sentiasa tidak merasa puas. Nampak yang cantik, hati berubah pula.

Akhirnya...

:: Luka Itu Kembali Berdarah ::


Untuk apa lagi peristiwa dulu itu aku kenang? Untuk apa? Kenapa rapuh sangat hati ini untuk terus ikhlas melupakan.

Ahhhh, ternyata ia amat sukar untuk aku lupakan. Kenapa tiba-tiba dia datang membuka kisah silam yang sudah aku tutup rapat-rapat didalam lubuk hati aku. Sudah aku karamkan kenangan itu bersama tangisan air mata yang saban hari aku alirkan sejak 5 tahun yang lalu!

Bila teringat saja kisah silam lalu, sungguh.. amat sakit hati ini. Begitu lama aku cuba untuk melupakan semua ini diatas apa yang telah dia lakukan. Aku bertahan atas sebuah keyakinanku bahawa ini semua takdir dari Allah. Aku bertahan untuk sekian lama itu. Tapi kenapa dengan mudah semua itu bagai baru semalam terjadi? Tidak cukupkah apa yang kau lakukan selama ini terhadap diriku? Kenapa??

Masih belum ada keikhlasankah dihati aku untuk memaafkan dirimu? Kenapa keras sangat hati ini untuk memaafkan padahal semua itu adalah kerana takdir dariNYA. Menguji hambaNYA yang mengaku beriman kepadaNYA. Ahhhhh.

:: Allah Temukan Aku Budak Cute ::




Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua?? Semoga sihat hendaknya. Siya Alhamdulillah sudah sembuh dari ujian sakit. Ternyata indah nikmat sihat itu! Tapi jangan lupa, nikmat kesenangan atau kesihatan itu juga ujian dari Allah. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat-nikmat yang diberi Allah. Sejauh mana nikmat kesenangan ini mampu kita hadapi. Takut-takut kita lebih lalai disaat senang dan ingat disaat susah. Astaghfirullahalazim!

Hari ini, Siya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Siya. 5S. Ada beberapa perkara sahaja yang belum Siya buat. Melabel dan ada la perkara-perkara tertentu lagi. Semoga Allah memberikan Siya kekuatan untuk meneruskan tugas ni. Sesekali Siya tidak mau urusan Siya dipermudahkan sebab Siya tahu Allah memberi ujian itu sesuai dengan kekuatan hambaNYA. Ya kan?? ^_^

:: KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA ::

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

ASSALAMMUALAIKUM wbt (◕‿◕✿)

Alhamdulillah, untuk simpan cop-cop saya yang berlambak tu *ceh berlambak kunun padahal..1 2 3 4, ada 13 jak* sudah selesai walaupun memakan masa yang lama. Nasib baik, 'dia' makan masa saja, kalau 'dia' mahu pizza, kepC, atau yang mahal-mahal tu, nah pokai la sia. Hikhikhik *ketawa kecil sambil tutup mulut* ANDA DILARANG MEMBAYANGKAN AKSI ITU.

Nanti la sia take pic kalau sudah selesai 50%, sekarang ini inda buli lagi. Malu bha sia. Kunun saja la malu, padahal inda juga malu. Eh, malu bha. Siapa bilang inda malu? Aik, malas kalau macam itu o.. Huhuhuhu.

Eh, sebenarnyakan.. sia mau post sesuatu untuk sahabat terchenta sia bha ni. Dia tengah bersedey neh. Sia pun sedey juga tengok dia sedey. Tapi, sia nda le tengok muka dia la bap dia jauh neh. Saaaaaaaaaaaana semenanjung. Sia baca mesej dia seja pun sia rasa sedey suda. Jadi, sebagai sahabat menjadi tanggungjawab sia untuk berada disisi dia dan mendoakan dia. Sia neh nda la pandai sangat memberi kata semangat, sikit-sikit tu boley la, lagipun untuk sia juga nasehat dan kata semangat tuh.

:: Jangan Sangka Matimu Tua!! ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Subahanallah!

Assalammualaikum WBT..

Sekarang ini, sorang-sorang duduk dalam ofis. Kawan lain sudah balik. Sekarang ni kan sama untuk rehat. Orang puteh cakap "time to rest". Orang dusun cakap pulak.... *thinking*..Aik lupa suda -_-''. Macam mana tu? Adoyai, whatever la. *Ketawa*

Alhamdulillah sedikit sebanyak proses untuk fS berjaya. Ceh, berjaya kunun padahal belum ada apa-apa perubahan. Tambah semak ada lah! Meja paling semak sia la. Bertaburan. Tapi, sia tidak kesah. Nanti, akan sia buktikan juga meja sia kemas ^_^. Ameen!!

Hari ini, ada lagi berita kematian. Orang tua. Sebab apa kematian sia tidak tau, yang sia tau, Allah telah menunaikan janjiNYA bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Cukuplah kematian itu pengajaran terbesar dalam kehidupan kita kerana itu menandakan dunia ini bukanlah selamanya melainkan sekadar persinggahan kita menuju kampung yang kekal abadi.

:: Suri rumahtangga Itu HEBAT Tau! ::


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua..

Hehehe, tetiba saja kan post about suri rumahtangga.

Why??

Mari sini sia jawab, tadi kan sia pi la belog sahabat sia ni. Tertarik dengan tajuk ni. Ceh, baru tajuk sudah tertarik menarik kau memang the BOMM. *Alamak terus menyanyi pulak*. Itu baru tajuk belum lagi isinya. Best bha isinya ni. Sia pun sinyum sorang-sorang membaca ni.

Terus ada orang bertanya ni, “eh, yati mau jadi suri rumahtangga?”

Sia pun senyum la. Tidak menjawab soalan tu. Sendiri mau ingat kunun. Haha. PENJAHAT. Dalam hati jak jawab macam ni, “salahkah saya menjadi seorang suri rumahtangga? Jadi pembantu peribadi suami?” Ceh, impian. Bila mau kawin ni? Atukkoi, mimboros nopo pasal manansawo.

Eh, tidak salah bha kan kalau mau cakap pasal kawin? Siapa cakap salah?? ^_^

~Cuba baca apa kawan saya cakap pasal suri rumahtangga ni ^_^~

Dunia saya sekarang ialah dunia bagaimana menjadi seorang perempuan, yang perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. Sebenarnya, tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa bukanlah satu tugas yang sangat mudah seperti yang pernah saya sangkakan... Rutin harian bukan sahaja perlu disiapkan, malah banyak ;agi tugas sampingan yang laen yg perlu dibereskan.. Salute sama mama sebab mama menjadi seorang suri rumah yang Berjaya sejak mama berusia 22 tahun sampai sekarang. Mama berbakti tanpa pernah minta berbalas.

Bila saya duk umah 24 hours, baru saya tahu, suri rumah nie dy lebih hebat dari orang yang berkerjaya. Nak tau sebab apa? Saya tengok, suri rumah nie macam-macam kerja dia tau buat. Ok, kite tengok dari sudut rutin harian dulu mula2 nya. Memang orang kalau tak pernah dok umah 24 hours cakap suri rumah nie macam maid. Sape yang berfikiran begitu sile lah dok umah 24 hours and baru korang tau, betapa bagusnye suri rumah dari maid.

Ok, suri rumah nie terlibat dalam macam-macam bidang kerjaya sebenarnye. Meh saya hurai satu-persatu.

1. Penyanyi = kita dilahirkan dah didodoi dengan selawat-selawat dan lagu-lagu yang tidak lagha tapi menghiburkan.

2. Perancang Pemakanan = merangka makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk sekeluarga, walaupun masakannya tak setanding dengan makanan2 di kedai yang dah diadun pelbagai perasa untuk

3. Interior Designer = mengatur hiasan di dalam rumah bagi menepati konsep ‘Rumahku Syurgaku’

4. Perancang Kewangan = menjadi penasihat terbaik buat suami, bagaimana menuruskan perbelanjaan rumah tangga, sebab kebiasaannya, suami kurang arif mengatur kewangan sendiri. ;)

5. Doktor = dialah doctor kite kalau kite sakit. Sibuk menguruskan ubat-ubat yang perlu untuk kita.

6. Nurse = menjadi peneman setia sakit kita. Pantang merengek siket, terus dia terjaga untuk memenuhi keperluan kita.

7. Ustazah = dia yang mengajar kita mengenal huruf2 al-quran, mengajar kita ilmu agama, bercerita kepada kita kisah para anbiya’ sebagai tauladan dan panduan kepada sedari kita masih kecil, agar cerita tersebut mampu dijadikan panduan hidup..

8. Cikgu = dengan sabar mengajar kita dari kecil mengenal huruf dan angka, menghafal sifir, menunjuk ajar pelajaran2 semampunya.

9. Gardener = banyak tanam bunga, siap ada reka bentuk susunan bunga-bunga yang ditanam lagi! Hebat kan?

10. Farmer = berbakti pada tanah, sekurang-kurangnya lepaslah nak makan sekeluarga, kurangkan belanja dapur. Perancang ekonomi yang sangat pintar!

11. Tailor = jahit baju sendiri. Yang tau jahit fesyen2, mabruk! Tapi reti menjahit pun dah cukup baguslah bagi saya.

12. Hakim = kalo anak-anaknya gaduh, dialah yang akan dengar masalah yang sebab mereka bergaduh. Haaaa dah habis semua mengadu, semua dapat ‘penalti’ yang sama.

13. Model eksklusif = penampilannya menjadi panduan, bagaimana penampilannya apabila berada di rumah, bersama ahli keluarga, bersama suami, keluar daripada rumah. Pakaian mereka akan menjadi ikutan anak-anak kelak, kerana anak-anak ini cara pembelajarannya bukan lebih kepada mendengar arahan, tetapi mereka akan mencontohi teladan yang dipersembahkan oleh kedua ibu bapa mereka.

Nie yang saya pk list kan. Mungkin ada lagi bakat2 full-time housewife yang tak tersenarai. Subhanallah… Banyaknya kepakaran yang Allah bagi pada full-time housewife yang mungkin tak ada pada wanita yang berkerjaya. Saya pun tak mampu lagi untuk lengkap seperti ini. Tapi mama sangat hebat! Kakak kagum dengan mama! Serba-serbi mama boleh buat. Tapi, disebabkan adik2 yang ramai lagi kecik2, ada jugak bakat-bakat mama yang terpendam misalnya Interior Designer. Mane tak nye, habis letak je bunga hiasan atas meja, ke belakang sekejap, bile tengok balik dah berderai… Haihhh Budak-budak…. Sabo je lah, kan ma? Hahaha


Pilihan saya nanti bila dah berkeluarga? Erm…saya dah plan awal-awal, saya tetap nak jadi wanita berkerjaya di samping suri rumah yang Berjaya. So, balance lah kan? =) Walaupun agak susah, kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh kan? ^_^

Tapi...saya sering tertanya-tanya, mampukah saya menggalas pelbagai amanah kelak? Sekarang yelah... Saya memegang amanah sebagai hamba Allah, seorang anak, pelajar. Selepas nie? Hamba Allah dan anak tu amanah tetap. Tambah lagi sebagai seorang pelajar, seorang yang berkerjaya, seorang isteri insya Allah, seorang ibu insya Allah... Mase tue.. Mampukah saya sesabar mama dalam menguruskan kebajikan rumah tangga? Memberikan kasih sayang yang sempurna dan bersabar melayan jerit tangis si kecil, sementara pelbagai kerja lain dalam masa yang sama, saya harus siapkan? Saya teringin sekali mendodoikan si kecil denga ayat-ayat al-Quran yang semampunya saya hafal tapi...mampukah saya??? Mampukah saya tersenyum bangga melihat bakal-bakal serikandi dan bakal ulama' negara saya stabil ukhrawi dan duniawi???

Selalu diri ini bermonolog, kita selalu nak apa-apa pun dalam hidup kita, yang terbaik. Tapi, ade tak kita sendiri berusaha menjadi yang baik itu? Sebenarnya, kalau nak yang terbaik, usaha itu bermula dengan diri sendiri, bukan sekadar MENCARI YANG TERBAIK, tapi yang lebih tepat ialah MENJADI YANG TERBAIK DAHULU, kemudian yakinlah dengan ganjaran-Nya, DIA AKAN BERIKAN YANG TERBAIK BUAT KITA...

Ya Allah... Hanya pada Engkau aku bergantung kekuatan untuk meneruskan langkah mengahrungi apa pun dugaan yang mendatang...

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers