:: Mood Entah Apa-Apa ::

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.

Entah kenapa hari ini otak saya tidak boleh terima apa-apa! Allah. Tention sangat. Buat ini, salah. Buat itu, salah. Tulis ini, padam lagi. Tulis itu, padam lagi. Allah. Rasa macam mahu teriak saja. Tidakkkkkkkkkkkkkk. Bila semuanya tidak kena, mula la menangis macam anak kecil. Ahhhhhh jangan la nangis. Bertahan lah. Sakit sikit saja pun. Macam la sebelum ini tidak pernah rasa sakit macam tu! Ape laaa!

Muhasabah diri ini T_T

Inilah tanda kasih sayang Allah pada hambaNYA. Diberi ujian berupa kesakitan untuk menyedarkan kita bahawa nikmat sihat itu haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Tapi itulah sunnatullah sebagai hamba yang sering lalai lagi hina disisiNYA. Acap kali nikmat sihat itu digunakan untuk perkara yang sia-sia. Tidak terfikir akan kebaikan dan hikmah bagi kesenangan dan kemudahan yang Allah kurniakan. Bila tiba waktu sakit atau susah, mulalah menyedari diri ini tidak punya apa-apa melainkan kekuasaan Allah.

------------------------------------------

Astaghfirullah T_T 

------------------------------------------


:: Pensil Dan Pemadam ::



Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

Nota Hidup : Dalam hidup ini, kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu kehendak hati kita demi kebahagiaan orang disekeliling kita lebih-lebih lagi untuk orang yang kita sayang. Saya sedang belajar untuk berkorban sungguhpun air mata jadi taruhan, impian hidup menjadi tebusan. Pesan hatiku, disaat kita merasa tidak memiliki apa-apa cukuplah yakin dan percaya bahawa Allah itu WAJIB ADA ^_^.

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers