:: Mood Entah Apa-Apa ::

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.

Entah kenapa hari ini otak saya tidak boleh terima apa-apa! Allah. Tention sangat. Buat ini, salah. Buat itu, salah. Tulis ini, padam lagi. Tulis itu, padam lagi. Allah. Rasa macam mahu teriak saja. Tidakkkkkkkkkkkkkk. Bila semuanya tidak kena, mula la menangis macam anak kecil. Ahhhhhh jangan la nangis. Bertahan lah. Sakit sikit saja pun. Macam la sebelum ini tidak pernah rasa sakit macam tu! Ape laaa!

Muhasabah diri ini T_T

Inilah tanda kasih sayang Allah pada hambaNYA. Diberi ujian berupa kesakitan untuk menyedarkan kita bahawa nikmat sihat itu haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Tapi itulah sunnatullah sebagai hamba yang sering lalai lagi hina disisiNYA. Acap kali nikmat sihat itu digunakan untuk perkara yang sia-sia. Tidak terfikir akan kebaikan dan hikmah bagi kesenangan dan kemudahan yang Allah kurniakan. Bila tiba waktu sakit atau susah, mulalah menyedari diri ini tidak punya apa-apa melainkan kekuasaan Allah.

------------------------------------------

Astaghfirullah T_T 

------------------------------------------


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers