Bismillah :)
Eh hari ini betdaya saya ka? Aisemen
pura-pura buat tidak tau. Alhamdulillah. Genap la umur 23 tahun. Menjadi isteri
dan mama muda..ahaks ada
lagi yang laaaagi muda dari saya ba.
~jap-jap, imbas kembali aa~
Ari tu, time dalam wad..mula-mula saya di bilik
2, kira macam bilik yang ada risiko sikit la..bila doctor cek, pintu rahim buka
3cm suda so saya pun dipindahkan ke bilik 1 seawal jam 5 pagi. Bilik ni khas
untuk yang akan bersalin nda lama lagi. Kira tempat para ibu2 tunggu turn masuk labour room. Bila tengah hari tu kan, masuk pula
satu ibu ni. Nampak macam budak lagi.
Saya pun meramahkan diri. Mula-mula
senyum-senyum seja. Tapi bila tengok dia asik mundar mandir tidak tentu pasal, saya pun bertanya la.. Tanya dia, mengandung anak keberapa..dia jawab anak ke
dua..tapi kali ni dia cakap, rasa sakit lain macam. Langsung tidak boleh duduk
maupun berbaring, sakit katanya. Time pregnant anak 1st, dia cakap
langsung tidak boleh duduk atau berjalan. Asik baring di katil saja. Banyak
ragam juga kan ibu-ibu mengandung ni.
Saya pun Tanya la, umur dia ni berapa. Dia
jawab baru 21 tahun. Saya tidak la terkejut. Biasa la kan kawin muda. Saya Tanya lagi, anak pertama berapa umur..dia jawab mau masuk 2
tahun suda. So?? Dia kawin maybe dalam umur dia 17 or 18 la kan? Awal lagi dari saya kan..hee
Satu yang buat saya kagum, tengok kekuatan
dia menahan sakit tu. Rupanya dia mundar mandir tu sebab tahan sakit. Bila
doctor suru baring sebab mau cek pintu rahim buka berapa cm, rupanya pintu
rahim dia sudah buka 9CM! Subhanallah. Sikit masa lagi mau bersalin.
See…kekuatan seorang wanita.
Ok ok..itu cerita dulu.
Saya sebenarnya mahu say something pasal
bufday gurl ni..SAYA la kan..hee ^__^
Seingat saya, first time sambut betday yang
ada kek time saya tingkatan 3. Itu pun time di asrama dulu. Mama datang bawa
kek 1.5kg. Wahh itulah yang paling mengembirakan. Almaklum 1st time
ada kek sendiri. Ada nama ‘Haryati’ lagi. Warna hijau dan putih. Kulihat hijau
^_^
Lepas tu tiada kek lagi sampailah tahun
2009. Bila Tahun 2010, saya sambut betday sama-sama dengan kakak saya, Erna.
Kek kecil saja. Setengah kilo sorang. Ok la kan. Bersyukur sangat.
Alhamdulillah.
2011?? Inilah tahun yang lain dari yang
lain. Sambut betday di bumi Kenyalang. Dengan kawan serumah. Best. Akan di kenang selamanya.
Alice, Yong dan Kak Ada. Ini kawan-kawan saya yang tidak pernah saya fikir akan berada disisi saya time betday saya.
Kami sambut betday di Opah Tom Yam. Antara tempat makan yang menjadi tempat kami bergosip, ahaks J
Masih ingat lagi, kek saya tu ada kartun
doremon! Haha. Ini Alice punya kerja la ni.. J Paling best, time tu saya makan free. Diorang bertiga yang akan
share bayar. Begitu juga sebaliknya kalau yang lain betday J
Tahun 2012 pula tahun yang paling best.
Best la sebab ada suami sudah kannnn *_*. Sambut bersama yang tersayang
kannn e_e. Ok stop ^_^
Alhamdulillah sampai juga di tahun
2013. Iya la, tiada siapa tahu bila roh kita akan terpisah dari jasad kita.
Kita pun tau kan, mati ni tidak kira masa dan umur. Bila-bila saja. Mungkin
hari ini atau beberapa minit saja. Semoga kita sentiasa mengingati mati supaya
kita tidak terleka dengan dunia yang banyak sangat buat kita lupa MATI. Semoga
apa yang saya tulis ni menjadi peringatan buat saya yang utamanya. Rugi kan
kita memperingati yang lain tapi kita pula tidak memperingati diri sendiri.
Tengah malam tadi, terkejut juga sebab en.suami kejutkan saya. En.suami ucap selamat hari lahir. Lepas tu abi bagi hadiah J Terima kasih. Akan di jaga hadiah tu baik-baik J
Pertama sekali, syukur
Alhamdulillah..Terima kasih Allah atas nikmat usia yang tidak disangka ni.
Semoga hamba menjadi hamba yang lebih dekat kepadaMU. Selawat dan salam buat
Nabi S.A.W..semoga syafaatmu mengiringi ku diakhirat kelak.
Buat mama dan bapa, terima kasih sebab
sudah menjaga dan mendidik saya sehingga saya besar. Jasa mama dan bapa akan
saya kenang. Semoga mama dan bapa sentiasa dirahmati Allah.
Buat suami tersayang, terima kasih sebab
sudi menerima siapapun saya dalam hidup kamu. Sudi mengalas semua tanggungjawab
yang dulunya menjadi tanggungjawab sang ibu dan ayah. Terima kasih juga kerana
menjadi sahabat suka duka saya. Terima kasih sebab masih sabar melayan karenah
saya yang masih kebudak-budakkan. Terima kasih sebab sudi dengar semua
cerita-cerita saya yang tidak pernah habis walaupun ada cerita yang
membingungkan. Terima kasih sebab selalu mengingatkan saya. Terima kasih sebab
banyak berkorban untuk saya. Pokoknya, terima kasih deh atas segalanya. Love u..heee
Buat saudara kandung tersayang, terima
kasih segalanya. Saya bersyukur sangat dan gembira bersama kamu!
Buat sahabat tercinta, yang namanya tidak
dapat disebut satu persatu…saya sangat bahagia mengenali kamu. Ingatlah setiap
inci perkenalan kita. Semoga persahabatan kita sentiasa mekar walaupun saya
sekarang sudah bergelar isteri dan ibu. Saya akui, memang saya sudah jarang
menghubungi kamu, tapi ketahuilah…jauh disudut hati ini, saya sentiasa merindui
dan mengingati kamu semua. Maaf sangat-sangat kalau ada diantara kamu yang
terasa hati bila saya menyepi terlalu lama. Maaf sangat-sangat. Saya harap kamu
memaafkan saya.
Buat anak-anak umi, si kembar kesayangan
ummi..Aman dan Amin, umi minta maaf sekiranya ummi gagal mendidik AmanAmin. In
syaa Allah ummi berusaha untuk mendidik Aman Amin menjadi hamba Allah yang
soleh. Semoga Aman Amin menjadi anak yang menyejukkan hati ummi dan abi. Percayalah
kehadiran kamu satu kebahagiaan pada ummi dan abi. Sayang Aman, Sayang Amin J
Buat Haryati, semoga kamu beroleh
kebahagiaan disisi suami dan anak-anak. Semoga kamu sentiasa kuat, sabar dan
bersyukur atas segala nikmat dari Allah J
Segala Puji Bagi Allah
Diari Hati Ummi~
Ummi
0 comments:
Post a Comment