Mungkin
ada antara kita yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang tidak tahu. Saya
menulisnya kerana saya juga baru tahu dan mahu kita sama-sama tahu, sama-sama
mencegah dan sama-sama saling beringat. Not only for women but for men juga.
Yang perempuan, kita sama-sama mencegah. Yang lelaki, kamu sama-sama
mengingatkan kami ^___^.
Pernah
dengar ujian lumuran
pap??
Hmmmm
tidak pernah???
Baiklah….
Kalauuuuu
pap smear test???
Haaaaaaaa
ini pernah kan??
Heeee…yang
English juga yang kita tahu kan kan kan ^___^
(mula-mula saya pun nda tau apa tu ujian lumuran pap…blurr2
ni waktu perkataan tu disebut…sekali kena cakap ‘pap smear test’ terus saya pun
“oooooo yang ituuuuuu”..Adadada ketara betul jarang membaca bila En.Zauj)
What
is pap smear test?? (ecehhh terus speaking kunun)
Ujian
lumuran pap ni ialah ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan.
Hmmmmm tidak menyebabkan sebarang kesakitan? Mungkin la kot sebab saya tidak
pernah buat lagi. Tapi menurut sumber-sumber terdekat yang mengkhabarkan keadaan
ujian ni, ada yang cakap ianya sakit. Sakit itu mungkin bagi dia sahaja dan
mungkin orang lain tidak sakit. Apa-apa pun kita janganlah cepat membuat
spekulasi yang kita tidak pasti lagi. Orang kata, belum cuba belum tahu. Sudah
cuba baru kita tahu ^_^. Kalau suda tahu, kasi kongsi sama yang belum tahu ^_^.
Oh ya,
bila kita buat ujian mestilah bertujuan kan?? Baiklah ujian lumuran pap ni
boleh mengesan barah pangkal rahim (cancer serviks) pada peringkat awal dan
rawatan pada peringkat awal boleh membawa penyembuhan sepenuhnya. Ujian ni juga
untuk mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada
peringkat awal. If result meragukan, kita (wanita) akan dipanggil semula untuk
menjalani ujian colposcopy untuk
mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran
sel luar biasa yang dipanggil cervical
intraepilhelial neoplasia (CIN)
Adoiiiii
apa pula CIN ni?? Inilah istilah sains. Berbelit-belit lidah menyebutnya kan.
Hehe. Okey CIN ni adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah
berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN ni tidak memberikan sebarang
gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap. See, pentingkan buat
ujian lumuran pap ni.
Macam
mana cara ujian lumuran pap? Hee… saya tidak pernah buat lagi. O, I don’t know
but seperti yang saya dapat dari en.Wikipedia anak kepada en.Google kata ujian
ni merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan
contoh sel. Sel-sel ni diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang
keadaan luar biasa di makmal.
Huh……Maha
Hebat Allah mencipta manusia yang hebat-hebat ni.. I mean the doctor. ^__^
Kita
perlu berfikiran positif atau dalam bahasa yang mudah kita fahami bersangka
baik diatas apa yang telah ALLAH takdirkan kepada kita. Ini kerana, bagi
kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya tetapi pada sesetengah
wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan
peringkat awal barah.
Jadi,
bagi wanita-wanita diluar sana yang tidak mempunyai masalah ini ucaplah
“ALHAMDULILLA” dan bagi mereka yang bermasalah pula tetaplah ucap “ALHAMULILLAH
dan INNA LILLAH”. Ketahuilah dirimu terpilih untuk melalui ujian yang akhirnya
meningkatkan darjat mu disisi ALLAH dengan syarat terus redha, sabar dan
berusaha untuk ‘melawat’ sakit tersebut. Tetaplah tersenyum walaupun hakikatnya
dirimu menanggung beban didalam hati ^_^. Tersenyumlah kerana dirimu masih
miliki apa yang tidak dimiliki orang lain kerana dirimu adalah istimewa ^__^
Jadi
bagi yang disyaki sel-sel yang tidak normal, ujian akan dilakukan sekali lagi
dan jika perlu pemeriksaan seterusnya akan dilakukan. Itu sebab, bagi
wanita-wanita yang tidak menjalani ujian ni tidak akan mengetahui mereka
sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.
Untik
pengetahuan kita, dianggarkan lima hingga tujuh peratus sapuan pap menghasilkan
keputusan tidak normal seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah.
Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan barah pangkal rahim, tetapi
ianya merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan awal perlu dilakukan.
Bagi
yang disyaki itu, jangan risau kerana akan ada cara-cara dari pihak hospital
untuk mencegahnya atau membuangnya. Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui
pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan
benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun : base on
kita punya kesihatan juga la ^__^.
Ok,
bagi wanita bujang pula dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya
perlu menjalani dua pemeriksaan iaitu ultra bunyi dan barah payudara.
PENAFIAN (copypeste): Apa yang
saya tulis ini sekadar pengetahuan sahaja. Saya sarankan kepada anda untuk
dapatkan nasihat doctor/pakar bertauliah mengenai perkara ini. Maklumat
perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan
jagaan professional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doctor/pakar
perubatan bertauliah. Tulisan ini juga tidak mempunyai jawapan kepada semua
masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. SILA BERJUMPA DOKTOR/PAKAR ya
^__^.
salam, orang kata dia cuma calit je sikit kat bhgn tu then buat ujian lab kan
ReplyDelete