:: Miss Gedoooooottss ::

Sudah lama tidak makan roti canai di kedai NONO. Teringat-ingat kari ayam dia. SEDAP.

Silap hari bulan, boleh habis 4 keping. Sebenarnya kalau makan 4 keping tu tidak cukup! Haha. Hari bulan boleh silap ka>? Adei, lucu pulak kan. Kalau silap la, kalau tidak silap kan kompom boleh makan lebih 5 keping. Setiap yang memandang, pasti akan kehairanan bin keajaiban. Tapi, bukan dorang tau pun kalau makan banyak macam tu. Kalau malu, tapau la 3 atau 4 bungkus. Sambung makan di ofis! Tidak susah kan?? Macam la tidak pernah buat macam tu kan Kak Ada...haha

Terus teringat, time tu my lovely brother datang sarawak semata-mata menjaga adik manja dorang ni. Sebulan saya dijaga oleh si Boboi, satu-satunya abang kechayanganku! Ceritanya bermula macam ni, saya ada kursus di HQ, mau tidak mau c Boboi kena ikut juga. Takkan saya satu orang pegi kuching! Tidak berani saya baa.

Lepas check in, terus bawa si Boboi pegi The Spring. Mencari makanan untuk dimakan. LAPAR. Dengan sabar si Boboi menjaga adik dia yang cerewet ni.

"eeee ok ka kedai tu? macam lain-lain seja..."

"cari kedai lain la..lelaki seja di kedai tu.."

"halal ka tidak ni? Tengok tu...daging apa tu?"

"boi, kedai tu ok. Jom makan sana.......tidak jadi la...ada lelaki"

"kedai ni tiada jual mee, saya mau makan nasi....saya lapar nasi, bukan lapar mee"

"eeee mahal juga harga makanan ni...kalau ayam tu besar tidak apa la...cari lain saja"

"eeeeee lelaki tu pakai senglet jak masak! Tidak mau!!! Berpeluh lagi tu!!"

"kita pegi KFC...mau? Pi sana jak la. Ok. Jom"

Si Boboi belum bagi keputusan lagi, sudah tarik tangan dia pegi cari KFC. Haha. Pening juga kepala si Boboi menjaga adik manja dia ni. Tapi, seronok la bila ada orang yang menjaga kita. Selama sebulan dia temankan saya di Sarawak, dia sudah mula solat. Tidak merokok lagi. Almaklum, adik manja ni garang sikit. 

"Boi......pi solat!! cepat!! Nah, ini sejadahnya, ini kain pelekat. WAJIB solat. Tutup tV. Ingat mati ni kita boleh tangguh ka??? Kalau boleh tangguh, tidak payah la solat. Kalau kompom diri tu masuk syurga inda apa la kan. CEPATTTTTT. Solat. Ui.....boiiiiiiiiii....CEPATTTTTTTTT"

"eeeeeeeeeeeeeeee bau rokok!!!!!!!!!! pening ba kepala saya. Jangan merokok ba boi. Sayang la diri tu sendiri. Tau ka, bukan ko seja yang dapat kesan dia tapi saya, dia, dia, dia dan ramai lagi akan dapat kesan. Ko tau ka, dalam tidak sedar ko adalah seorang pembunuh! Pembunuh bersiri! Pembunuh dalam senyap. Jangan lagi merokokkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Saya pening. Tidak hensem siapa yang merokok!"

Sekarang ini?? Entah la, kalau merokok rasanya tidak sudah kot sebab hari tu dia masuk wad entah pasal apa tapi ada sangkut paut tentang rokok juga. Solat?? Manusia. Biasalah, perlu sentiasa ada yang mengingatkan. Saya pula jarang berhubung dengan dia. Dalam sebulan mungkin sekali sahaja atau boleh jadi langsung tidak berhubung. Di call-call tidak menjawab, di sms tidak membalas. So, doa saja la buat dia. Dia sudah banyak berjasa dengan saya. Hikhikhik

Masak sarapan pagi, gosok baju kerja saya, jemur baju kerja saya, masak malam disediakan, rumah berkemas. Ish, macam puteri la rasanya. Haha. Menu paling saya suka, dia buat burger tiap pagi untuk saya. Wah!!! masa tu saya gemukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Hujung minggu pula, ada saja menu dia. Menu biasa-biasa saja tapi fulamakkkkkkkkkkk sedapppp! Kadang2, saya makan 3 4 pinggan nasi. Berselera selama sebulan. 

Oh ya, selepas kami makan di KFC, saya ajak si Boboi pegi MPH. Cari buku. Alhamdulillah jumpa lah 4 buah buku. Beliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saja, bacanya entah.. Alhamdulillah buku-buku berkenaan sudah habis di baca dan entah ditangan siapa sekarang ini. Semoga ianya baik-baik saja ^_^

Lepas dari MPH, saya ajak dia beli Big Apple Donut. Tau ka?? hehe. Febret saya! Mula-mula saya beli 6 biji. Si Boboi makan 1, saya makan 5. Si boboi punya la marah saya makan banyak!!!! Tapi apa boleh buat kan. Dah saya mau makan. Macam mana lagi. Tidak cukup 6 biji, sebelum balik ke hotel saya ajak lagi si Boboi beli big apple donut. Si boboi cakap, beli yang 3 biji seja nanti tidak habis. Ohh sedihnya. Lepas tu, demi makanan...saya menjadi seorang yang membantah!

"ai...saya mau beli 6 biji, 2 box..."

Maksudnya, 12 biji semuanya. Punyalah si Boboi marah! Dia cakap macam ni, "awas kalau tidak habis!!!". Sampai di hotel, terus buka lagi. Makan 3 biji. Rehat. Pi la mandi, solat. Then sambung lagi makan 3 biji. Si boboi sudah geleng kepala. Hairan kali tengok adik dia makan banyak. Lepas tu saya pun duduk diam tengok tV. Mahu tahu???? Tanpa disedari 6 biji itu habis saya makan depan tV. Punya la saya sedih. Rasa macam tidak cukup. Hahaha. Lepas tu dapat amaran dari si Boboi ;-

"bisuk tidak boleh makan donut lagi. Nanti saya beli makanan di bawah. Ko tunggu dalam bilik seja."

Wah...macam perintah berkurung! Dengan sedihnya, duduk saja la dibilik. Sarapan pagi dengan nasi ayam. Dah la ayam tu kecil, nasi sikit pulak. Terpaksa kebas nasi ayam si Boboi. Siapa suru lambat makan. Kalau sejuk mana sedap. Then, si Boboi makan meggi cup saja. Maafkan adik mu ini ya..

Sangat-sangat bersyukur ada abang macam dia. Lepas tu, rumah sewa sebelum ni ada meja pingpong. Kami pun beli la alat utk permainan pingpong. Ada juga la bersenam. Hahaha. Siap main bola lagi di halaman rumah tu. Itulah kerja saya dan abang saya. Kadang-kadang kami main pestol-pestol. Ala, tuan rumah tinggalkan permainan anak dia tu. Daripada terbiar, saya dan abang saya pun main la. Lucu!

Lepas tu, kami beli puzzel yang 1000 pcs tu. Sambung-sambung. Alhamdulillah siap akhirnya!!!! Sudah melekat di rumah Kalansanan. Bila saya dapat rumah sewa baru dan ada teman, abang saya terpaksa balik. Sedihnyaaaaaaaaaaaaa. Tiada sudah keluarga di sri aman. Sebagai hadiah dari saya, saya beli gitar untuk dia. RM2++ juga harganya. Tidak apa, dia suka kan. Beli saja la. Tidak terbalas jasa dia menjaga saya di sri aman.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....inilah big apple donut!!

~Jangan risau, kuat makan tapi tidak pandai membesar! Huhuhu. Sekarang ni tidak sudah kuat makan. Haha~


Kalau dulu boleh makan banyak tu, sekarang ni saya makan sikit. Sikit begitu pun ada 'orang' tu still cakap saya gedoooottttsss. Yes! saya la miss gedooottss. ^___^. Kadang-kadang Kak Ada boleh risau kalau saya makan sikit, almaklum sudah kenal saya dengan kuat makannya. Tetiba makan sikit. Huh! Mesti ada yang tidak kena...Biasanya time sedih-sedih, time sakit, maka saya menjadi orang yang anti makanan. Haisss boleh pulak macam tu.


Nota Hidup :- jangan lupa baca doa makan ya. Bila kita tidak membaca doa makan, syaitan akan turut serta makan makanan kita kemudian syaitan laknatullah tu akan muntahkan semula makanan itu. Bila ingat yang kita terlupa membaca bismillah atau doa makan, baca la bismillahi awaluhu wal akhiruhu. Semoga makanan kita mendapat keberkatan dariNYA. Doa makan tau ka? Kalau tidak tau, saya boleh ajarkan. ^________^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers