:: Jejak-Jejak Terakhir ::

Lama juga tidak 'memasak' di teratak usang yang penuh contengan sang hamba yang hina disisi KEKASIH AGUNG. Ketandusan kata-kata kali kan.


Bila Allah timpakan sesuatu musibah buat kita, itu tandanya Allah mahu mengangkat darjat kita disisinya tapi ada syaratnya.. mestilah REDHA dan SABAR. Sakit yang kita rasa juga satu anugerah terindah dari Allah untuk hambaNYA yang sering leka dengan nikmat menggunung (aku la tu...hihi).  Itu juga kifarah atas dosa-dosa kecil kita ^_^

Alhamdulillah, untuk kedua kalinya dibulan yang mulia ni Allah menarik balik nikmat sihat yang dipinjamkan. FLU~ Tiada daya untuk menolak, jadi terima dengan penuh keredhaan dan s.a.b.a.r. Ya, takkan kita perlu marah kan bila pemilik hakiki diri kita ni menarik balik sesuatu yang kita pinjam dariNYA.

Contoh ;- kita pinjam buku kawan kita, then dia minta balik. Takkan kita mahu marah kan kalau dia mau ambil balik buku dia? Sedar la diri kita hanya 'peminjam tegar'. Hah, begitu juga dengan pemilik hakiki diri kita ni. Ada paham?? 

Sebenarnya serba salah dengan perasaan sendiri. Kenapa? Iya la, begini la perasaan orang perantau. Minta dicepatkan saja masa tu lebih-lebih lagi bila mau dekat-dekat lebaran. Tapi hati ni kurang senang pulak sebab seolah-olah mau Ramadhan ni cepat berlalu =_=. Eh, bukan macam itu ok. Kalau yang merantau tu, aa tau tau la perasaan tu macam mana.

iya dak??

Iyakan saja la ye!!

Ha, sepanjang dikampung nanti Pakcik Pesbuk, Auntie Google, Kakak YM tidak dapat diziarah kot. Bukan apa, masa dikampung tu terlalu banyak aktiviti yang disusun. Belum lagi termasuk ziarah saudara mara time raya. Huh!! Malam baru balik kot. Mungkin bila sampai rumah, semua sudah penat, capek gitu lo.. ^_^

Paling tidak sabar ni, mahu berkumpul sefamily. Wah!! Saat itu adalah saat yang dinanti-nanti. Iya la, setahun sekali. Raya haji kompom diperantauan! Sudah 3 kali tau beraya haji di perantauan. Tapi tidak kisah sangat la sebab ramai family yang tidak balik time raya haji. Sebab?? Entah, lu pikir la sendiri ^_^

Yeaaaaaaaa, dapat jumpa mama bapa, kakak abang adik, makcik pakcik, saudara mara, anak-anak buah, cucu-cucu, cicit-cicit. Wah!!! dalam tidak sedar, i oreD have cicit. Seorang saja la. Yes!! i'm oreD jadi....................selepas nenek apa?? buyut??? Whatever!

Raya ini juga akan terjadinya pertemuan si 'dia' dengan keluarga saya. Hmm, biarlah. Kita tengok siapa yang berani, siapa yang malu~~ Selepas itu, saat yang ditunggu-tunggu dan aktiviti WAJIB bersama sahabat-sahabat.. kitorang akan jalan-jalan kesana kesini mencari duit raya. Ceyyyyy, tidak la.. just jalan-jalan dan perkara WAJIB ada adalah sesi 'bicara hati ke hati'. Saat itulah saat yang paling menyentuh hati. Menangis bersama dan berbahagia bersama. Ya Allah, rindunya saya padamu sahabat!!!!!

Then, sedang merancang waktu tidur dirumah si kembar. Entah bila masanya. Tercari-cari tarikh dan masa yang sesuai. Almaklum, banyak tarikh dan masa yang sudah di 'booking' oleh aktiviti-aktiviti tertentu. Ceh, macam artis pulak kan. Nda ba pula, cuti kan 14 hari saja termasuk sabtu ahad dan cuti umum. Nah, singkat tu bagi orang perantau macam I!

~Semoga masa yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin selama berada dikampung halaman tercinta. Sesungguhnya saya hanya merancang tapi penentu segala perancangan itu adalah Allah~

Dalam gembira-gembira menanti Syawal, ada juga rasa sedih dihati. Terkenang iyai (nenek) yang sudah kembali menunggu dialam lain. Terasa sangat kehilangan iyai. Teringat kenangan bersama iyai dulu. Masa itu iyai sakit. Saya yang jaga, tidur sekatil dengan iyai di ruang tamu rumah. Bagi mandi (bergilir dengan kakak dan adik perempuan) iyai, potong kuku iyai, makan sama-sama iyai.

Rindu sangat masakan iyai. Simple tapi ada rasa yang membuka selera. Masak apa saja la, mesti sedap punya. Pucuk kepayas (betik) yang pahit tu pun sedap kalau iyai yang masak. Memancing jangan dikata, guna umpan cacing lagi. Saya la tukang tangkap cacing besar-besar tu! Seronok pegang cacing.

Terlalu banyak kenangan antara kami (cucu) bersama iyai. Rindu rasanya. Rindu juga dengan arwah atuk dan paksu (adik bungsu mama). Banyak juga kenangan bersama arwah atuk dan paksu tapi tidak dapat ditanding keakraban kami dan iyai. 

Semoga Allah menempatkan Iyai, Atu, Paksu, dan semua umat islam ditempat yang diredhai Allah ^_^

Raya ini, destinasi pertama semestinya rumah Iyai. Kumpul-kumpul sana. Boleh saya kacau nenek yang sorang tu. Melatah!! Haha.

Ya Allah, beri hamba kekuatan untuk meneruskan jejak-jejak terakhir ramadhan tahun ini. Amiin ya Rabb.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers